Friday, September 29, 2023

Bukan Tulisan Ku



Penat ya jadi lelaki?
Banyak yang tertanggung dibahumu.

Kamu tidak dibenarkan 
menunjukkan rasa lelahmu
kerana kamu akan dianggap lemah

Terkadang termenung.
pun dianggap salah

Setelah sekuat ini berjuang 
masih lagi tidak cukup dimata orang
sekilas kuman terdetik salah diprasangka mereka
lupa mereka apa yang telah kau korbankan untuk mereka

Apa pilihan yang ada melainkan 
Terus kuat dan bertahan.
Aku bertahan kerana aku sayang mereka
kerana aku disakitkan bukanpun selalu
Lebih banyak merekalah yang membahagiakanku
Mereka tetap madu dalam hidupku 

Kamu akan sedar
tak semua mahu faham kamu

Tak semua mahu
mendengar masalahmu
mereka tidak peduli dengan apa yang kamu lalui
mereka hanya tahu menyalahkanmu


Jika meluahkan itu menyakitkanmu, Untuk apa meluah? Namun jika diam tetap dianggap salah. Sulitnya menjadi seorang lelaki


Aku Sedang Sakit


Aku sedar hanya orang yang kita sayangi sahaja yang dapat menyakitkan hati kita, buatlah sehabis baik tetap tidak akan memuaskan hati mereka hanya dek prasangka sekecil kuman di atas keburukan kita yang terlintas difikiran mereka. Walhal aku tidak buat benda yang terlintas difikiran mereka. Dan aku akan menjadi manusia sekeji-kejinya dimata mereka. Tetap yang diingat kesalahan ku. Lupa dengan apa yang telah kuberikan pada mereka. Tanpa sedar aku mendahulukan mereka lebih pada diri ku sendiri hingga aku lupa pada kebahagian ku sendiri. Ku tumpahkan hanya untuk mereka. Mereka yang aku sayangi.

Aku sedar aku bukan manusia yang sempurna, baik jauh sekali,
Aku kalau salah akan aku akui kesalahan ku,
Namun jika aku betul tidak akan didengari. Tidak apalah.
Aku ikhlas untuk itu. Seikhlasnya. Inilah takdirku yang perlu aku jalani. 

Aku sedar.

Dan sampai pada akhirnya,
aku akan benar-benar hidup sendiri,
berpelukan dengan diri sendiri,
belajar memaafkan atas semua kesedihan dan tangis yang hadir setiap malam demi membahagiakan mereka,

Akhirnya, yang kupunya hanya aku dan sisa diriku sendiri,
berjalan pelan-pelan diatas takdir yang telah digariskan untuk ku.

Apapun,
Jalan terus ya, hati-hati.

Thursday, September 21, 2023

Mudahkanlah

"Kesakitan kadang mengajarku untuk menjadi lebih kuat. Berhenti meratap kerana pada setiap ceraian luka adanya pulangan bahagia."

Walau tahu apa yang ingin aku adukan kepadaMu, tetap akan aku luahkan dan tetap akan aku bercerita padaMu. Biar hati ini puas, biar jiwa ini lega!

Ku mohon permudahkan la ia. Bukakan lah hati setiap daripada mereka yang melalui jalur takdir ku untuk memahaminya. Aku tahu selepas hujan ada pelangi. Tetapi perjalanan menuju pelangi itu sangat sulit sekali. Aku tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Tetapi untuk menemui jalan penyelesaian itu, mengambil masa. 

Jadi Aku mohon segerakan la ia. Hanya kepada ENGKAU saja tempat ku meminta. 

Ya Rabb, hantarlah kekuatan yang luar biasa untuk aku harungi bahtera ini. Jika takdir ku akan ku pikul tanggung-jawab ini kerana Mu dan ke jalan Mu. Moga aku mampu menjadi nakhoda yang adil dan belayar dengan sabar hingga penghujungnya. Dan semoga pelayaran ini menjadikan aku dan tanggunganku menjadi insan yang lebih baik dan matang pada masa hadapan.

Kerana aku tahu rahmatMu terlalu luas.

Mudahkanlah.
 

Monday, September 18, 2023

Peringatan Untuk Diri


Rugi kalau asyik fikir pandangan negatif orang. Masa terbuang sebab terlalu fokus pada cakap orang.
Hidup ini sebenarnya mudah sahaja. Jika ada mulut yang mengata, pekakkan telinga! Biar dia lempar batu, kita sambut dengan senyuman. Belajar untuk tenang dan lepaskan semua kritikan yang menjatuhkan. Apabila kita tak melawan, lama-kelamaan diamlah dia. Sebab dia sedar bahawa umpannya telah gagal untuk buat tercabar.

Bertenang dan jangan biarkan suasana negatif mengheret kita ke dalam tekanan. Pentas dunia ini kecil sahaja. Untuk apa kusutkan fikiran pada benda yang remeh?

Belajar untuk melupakan!

Wednesday, September 6, 2023

Aturan Asbab

Orang lain tak akan berjaya menyakiti kita jika kita tidak membenarkannya. Membantah tidak semestinya dengan bersuara, tapi kita boleh tunjukkan bantahan kita dengan menjauhi mereka. Biarkan. Jangan ambil tahu lagi apa yang mereka kata atau lakukan. Kita jauhkan diri daripada mereka bukan kerana kita bencikan mereka tapi sebab kita sayangkan diri kita. Jauhkan diri. Tak perlu serahkan hati kita untuk disakiti!

Suatu hari nanti, orang yang engkau puja puji sebelum ini tidak lagi memberi erti, tidak lagi engkau rindui dan tidak lagi mampu menyakiti.

Kadang kau perlu pandai berterima kasih pada satu hal yang pernah buat kau sedih. Adakalanya Tuhan melukakan hatimu untuk menyelamatkan jiwamu. Dan saat bangkai gajah di kejauhan itu yang engkau hidu, engkau terlupa di hadapan mu ada lebah, menawarkan sesuatu yang lebih indah. 


Untuk Bahagia


Berbicara dengan Tuhan. Kemudian, segala kesakitan itu menjadi nikmat. Dia tenggelam dalam tangisan penuh kebahagian. Berasa diri sedang diperhatikan, berasa mujahadahnya sedang dicatat, dia semakin kuat memujuk semangat. Kemudian, dia menangis lagi. Kali ini tanpa setitik pun penyesalan. Tiada lagi bantahan.

Titis air mata menjadi bebola mutiara yang indah sucinya tidak mampu dinilai oleh sesiapa. Padanya ada kilauan iman, ada  segunung bukti cintanya pada Tuhan. Dan padanya ada esakan. Senyap dan perlahan tanpa sedetak pun suara yang kedengaran. Hanya bibirnya yang bergetar menahan rasa. Kemudian, dengan sebegitu derita, dia meraih bahagia lalu kembali meraih senyumannya. Siap sedia berdepan dunia bersama ku. 

In Sya Allah

Monday, September 4, 2023

Dan Aku Yang Hampir Menyerah


Menjadi beban dalam hidup orang yang engkau cintai, menjadi punca menggamit bala lalu menyusahkan dia yang engkau kasihi, apakah bencana yang lebih besar daripada ini? Apakah bentuk kewarasan yang mampu menahan engkau daripada segera menarik diri?

Terbungkam rasa! Lukanya bukan biasa-biasa. Lalu pergilah engkau dengan luka hati yang separah-parahnya. Melangkahlah engkau dengan luka hati yang separah-parahnya. Melangkahlah engkau dengan cucuran air mata sebanjir-banjirnya. Tak mengapa. Pergilah. Walaupun terpalit luka, sungguh itu lebih menenangkan buatmu dan lebih menyenangkan buat dia.

Engkau kalau benar cinta, harus sedia untuk berkorban. Biar engkau menangis, jangan dia! Biar engkau terluka, jangan dia! Engkau kalau benar faham soal cinta, harus sedia untuk mengalah. Maka pergilah. Cinta engkau, rindu engkau, luka engkau, tanggung saja sendiri-sendiri. Jangan kerana kedegilan engkau, dia menderita, hingga gugur bahagianya yang hakiki.

Sepatutnya

Tapi hatiku berbicara lain, aku perlu dia, dia sudah menjadi bahagian cerita hidupku. Aku inginkan dia. Melihatnya aku hanyut dalam ilusi yang membahagiakan. mendengarnya, aku beroleh terapi yang cukup menenangkan hati. Nikmat sekali. Namun ada kalanya juga membuat sesak di dada apabila dicuekin.

Demikian ujian. Betapa aku seringkali derita setiap kali harus bergelut dengan cerita lalunya yang aku tak mahu berulang. Aku sangat sayangkan dia. Aku tak mahu cerita lama berulang kembali. Akhirnya ku pasrahkan pada Mu ya Rabb. Mengharunginya buat aku semakin dekat dengan sejadah dan semakin kuat mahu berpaut pada Allah. Menyudahi ujian buat aku, dia dan kamu tersenyum indah menadah hikmah demi hikmah. 

Aku mohon Ya Rabb. Pemudahkan lah jalan kami. Dan tiada yang terluka. Hanya terpisah apabila ajal menjemput.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)