Wednesday, April 27, 2016

Bukit Mandap, Bongol, Bukit 10 Puncak KG Pirasan Kota Belud

Setelah kenal dengan Primero dan diajak untuk joint sekali menakluki Bukit di KB pada 17 April 2016. Saya mencari rakan untuk bersama saya mengetahui dimana starting point bukit ini. Pada malamnya adik saya pula menelefon minta dijemput diairport pada jam 2 petang sama time dengan janji naik bukit with team Primero. Dengan kecewanya saya batalkan niat untuk menakluki Bukit ini. Keesokannya saya menerima whatapps dari adikku yang dia dapat flight awal jam 11 sampai di KKIA. Roslan pula menghubungi aku lepas solat Zuhur akan jemput aku di kampung untuk cari tahu starting point bukit Mandap itu. Kebetulan semua peralatan dan baju untuk naik bukit/jogging memang tersedia di bonet kereta dan jam 1.30 Roslan menjemputku di rumah ku di kampung. Saya menghubungi Primero saat akhir bahawa saya akan joint dan kebetulan merekapun baru bertolak dari Tamparuli. Kami berjumpa di stesen Petronas Jalan Tuaran Kota Belud By Pass tepat jam 2.00 petang dan terus bertolak ke starting point Bukit Mandap di Kg Pirasan Kota Belud. Dalam perjalanan tersebut baru saya tersedar saya tertinggal my wallet dalam kereta. Saya dan Lan masing-masing membawa air lebih kurang 1 liter seorang tanpa membawa makanan. Plan awal hanya untuk tahu starting point saja bah ceritanya. Keindahan Bukit Mandap mula terserlah dari Pekan Kota Belud lagi dan sangat mengamit perasaan untuk menaklukinya. Kami sampai di starting point dan parking kereta berdekatan tangki air. Setelah itu dengan kekuatan 12 orang 5 lelaki dan 7 wanita kami memulakan ekspedisi ke puncak 1. Trail ke puncak 1 agak mencabar dengan panas matahari sekitar 34C dan saya tidak membawa topi hanya menutup kepala dengan bandana dan tuala kecil. 
                               Di Starting Point With Liza and Mer (kedua-duanya Runner)

                                               
Perjalanan ke puncak 1 memang sangat mencabar dengan terik matahari yang menyengat...saya membasahkan tuala dengan air untuk menyejukan kepala dan meneguk air yang semakin berkurang. Lan bertanya kepada saya sudah tahu starting point ni so boleh balik sudah, tapi saya memujuk Lan untuk meneruskan perjalanan dengan menetapkan jam 5 petang sebagai destinasi terakhir kami maknanya jika sampai jam 5 kami akan patah balik. Dalam 25 minit kami sudah sampai di Puncak 1 dan kami teruskan perjalanan ke Puncak kedua. Tiga daripada rakan kami seorang daripadanya sudah pening2 dan agak pucat. Kami berhenti sebentar dan mereka memutuskan utntuk tidak meneruskan pendakian. Jadi tinggal 9 orang kami meneruskan perjalanan ke puncak 2, 3 , 4, 5 dan 6, dalam perjalanan kami melihat api membakar bukit ke 7. Dipuncak 6 kami berhenti untuk berehat sambil memerhatikan laluan ke 7 dijilat api. Pada masa itu, muncul sekumpulan pemburu dengan 10 ekor anjing pemangsa yang mengecutkan kami. Apalagi bila pemburu menjerit meminta agar kami tidak bergerak kerana takut kami digigit anjing mereka. Seorang daripada rakan kami Yon telah mendahului kami dengan meredah laluan terbakar tersebut dan memberi isyarat bahawa kami boleh meneruskan perjalanan. Saya bertanya kepada Lan, jadi macam mana mau teruskan atau balik...untunglah Lan masih mau meneruskan perjalanan walau tahu dia juga kepenatan sebab menaiki basikal pagi tadi. Begitu juga rakan2 saya yang lain mengikuti larian awal pagi. Si Liza mengadu mengalami kaki lecet tapi masih bersemangat untuk menakluki puncak ke 10. Saya dan Lan yang terakhir melalui laluan ke puncak 7 yang rumputnya agak panjang dan saya terserempak dengan beberapa ekor ular yang menjalar lari di sebabkan api membakar hutan. Dari puncak 7 ke puncak 8 memang tiada laluan yang kami ikuti jadi kami ikut naluri saja dan sampai ke pucak 8. Dari puncak 8 ke pucak 9 saya dan Lan hampir dijilat api di puncak 8. Rakan-rakan berteriak dari puncak 9 agar kami berlari kerana api sedang marak. Dengan kudrat yang ada tersisa kami terus berlari ke puncak 9.Laluan dari puncak 9 ke puncak 10 agak mudah cumanya curam. Kami sampai di puncak 10 lebih kurang jam 5.15 setelah dua jam perjalanan. Rasa penat hilang apabila melihat keindahan bumi Kota Belud dan persekitarannya.
Kami di Puncak ke 10
                                                                    Trail Bukit Mandap
        Ngam time selfi coz yang dibelakang tu ketawa inda percaya sampai ke puncak 10
 Berehat menunggu laluan ke puncak 7 dapat dilalui sebab sedang terbakar
 Dipuncak 10 BAH ini....
Laluan dari starting point ke puncak kesepuluh
    Run for your live....api-api di puncak 8 ke puncak 9







Bukit Nuluh Lapai I

26 Mac 2016 aku, Nuzie, Fadzli dan Rose bersama rakan-rakan dari PPD KK ke Nuluh Lapai. Agak lucu juga sebab kami tersesat mencari starting pointnya. Sampai di Batu 3 Nuluh Lapai sepatutnya kami parking kereta di sini tapi kami terterus pula dan akhirnya parking kereta berhampiran kumpulan pendaki lainnya. Seorang rakanku pula terus membawa kereta ke persimpangan di atas berhampiran Puncak Nuluh Lapai...yang sebenarnya tinggal lebih kurang 1 KM pendakian. Trail ini melalui jalan raya yang lama ditinggalkan dan agak mudah namun curam. Kami hanya memerlukan 20 minit ke Puncak Nuluh Lapai. 



Bukit Tirig II

Cantiknya View di Bukit Tirig menyebabkan aku membawa my family tuk naik ke Bukit ini kali kedua buatku pada 13 Mac 2016. Kami mula mendaki jam 6.30 disebabkan kelewatan my only adik lelaki and his wife. Kak Dang and familynya sangat excited sudah untuk mendaki Bukit kedua mereka selepas Perahu. Aku pula first time bawa semua my family kecuali my elder daughter Eka yang ada program di ODEC UMS at the same time.
Kali ini saya membawa sedikit beban iaitu my Azzel yang lebih banyak diangkat daripada berjalan. Perjalanan kami agak lambat disebabkan kurang fitnya my sister in law...but with semangat yang jitu akhirnya kami semua sampai juga menawan Bukit Tirig...kedua buat aku dan pertama kali tuk my whole family...




Bukit Gundul @ Bukit Botak Sepanggar

Bukit Gundul @ Bukit Botak Sepanggar sebenarnya telah aku takluki pada November 2013. Waktu itu aku berempat dengan rakan. Kami melalui Kg Melawa melalui jalan Salib. Seingatku waktu itu petang dan laluan pada masa itu sangat mencabar kerana trailnya rumput agak panjang dan hutan masih tebal. Masa balik itulah kami ternampak lembaga putih terbang melintas dihadapan kami. Dan peristiwa itulah yang menghentikan semangatku untuk menawan bukit-bukit lainnya lagian waktu itu naik bukit belum menjadi trend.

Berbalik ke Bukit Gundul @ Botak ini merupakan pendakian kedua ku ke Puncak Bukit Gundul melalui trail yang baharu. Kami bersama kumpulan yang agak besar pada kali ini berjumpa di Starting Point berhampiran terowong ke Sepanggar. 19 Mac 2016 kami mula bergerak jam 6.15 pagi disebabkan ada yang terlewat sampai. Trail ini agak mudah dan kami melalui kawasan hutan yang baru terbakar disebabkan El Nino yang sedang melanda Sabah. Pendakian di ikuti gelak ketawa dan aktiviti menyelfikan diri menyebabkan pendakian bersifat lebih santai. Laluan ke Bukit Gundul pula tidak seteruk ke Perahu dan tidak semudah ke Tirig. Akhirnya setelah melalui perjalanan hampir 35 minit kami satu persatu sampai ke Puncak Gundul yang jauh berbeza daripada 2013. Rumput yang dulu agak panjang kini sudah semakin menunduk. Viewnya tetap sama seperti dulu cuma bangunan-bangunan baharu yang membezakannya dengan view 2013.




Bukit Tirig

Dapat call daripada Nuzie bawa ke Tirig esok pagi 12 Mac 2016. Actually saya demam malam tu namun saya hanya mengiyakan saja ajakan Nuzie. Esoknya selepas subuh dengan demam yang belum sembuh total saya berjogging dari rumah menuruni bukit Sierra ke jalan raya utama untuk memanaskan kaki dan menunggu Nuzie datang menjemputku. Jam 5.50 Nuzie datang dan kami meluncur ke Kampung Lapasan mencari starting point Bukit Tirig.
Agak mudah mencari starting ponit kerana pada waktu itu ada beberapa pendaki juga memulakan pendakian jadi kami hanya mengikut dari belakang. Trail ke Puncak Bukit Tirig akan mudah berbanding Bukit Perahu. Laluannya juga merupakan laluan jalan salib seperti ke Bukit Perahu. 
Pendakian mengambil masa 25 minit dengan pemandangan sepanjang pendakian juga agak menarik iaitu KKIP, Bukit Gundul turut kelihatan, Sepanggar dan kawasan persekitaran Kampung Lapasan. 
Sampai di kaki puncak kelihatan beberapa orang kampung dengan beberapa ekor anjing menuruni bukit Tirig. 
Aku agak kelelahan disebabkan demam sampai juga ke puncak Tirig yang viewnya SubhanAllah sangat cantik dengan Teluk Mengkabong, Jambatan Mengkabong yang dulunya masa kecilku tempatku mencari ketam dan memancing ikan. Waktu itu, Bukit Tirig tidak pernah terlintas dalam fikiran ku untuk didaki sebab waktu itu aku hanya berminat mandi dilaut.




Bukit Perahu Kali Ketiga

5 Mac 2016

Aku membawa rakan-rakan dari pejabat bersama beberapa guru ETA untuk menaiki Bukit Perahu. Dengan stamina yang semakin membaik kami memulakan pendakian seawal 5.50 pagi. Ada rakan sepejabat yang mengalah setelah berjalan beberapa meter dan terkejut melihat kecerunan trail ke Puncak Bukit Perahu. Jumlah pendaki juga mula bertambah since aktiviti mendaki bukit ini mula trending, setelah berhempas pulas memberi semangat kepada rakan-rakan sepejabat dan guru ETA

kami akhirnya sampai dipuncak Bukit Perahu tepat jam 6.35 pagi lebih pantas dari pendakian pertama dan lambat sedikit dari pendakian kedua ku. Aku menanti satu persatu rakan pejabat sampai dipuncak dan ada yang mengambil masa sejam untuk sampai dipuncak. Keindahan di puncak Bukit Perahu menghilangkan kepenatan sepanjang pendakian.
Stamina dan Kekuatan Kaki

Bukit Perahu menyedarkan aku bahawa stamina dan kekuatan kaki perlu dipulihkan dan juga aktiviti bersenam juga amat dianjurkan khususnya seusiaku. Jadi aku mulai berjinak-jinak semula dengan aktiviti berjogging yang agak lama aku tinggalkan. Kesempatan bekerja dalam persekitaran yang dekat dengan aktiviti sukan aku gunakan untuk membangun semula stamina dan keluarkan peluh yang agak sukar mahu keluar.


Aku dan Bukit Perahu

Melihat gambar rakanku di Bukit Perahu tiba-tiba mengingatkan aku dengan kegilaan ku terhadap bukit/gunung ketika belajar di Malang Indonesia 20 tahun yang lalu. Keindahan Semeru, Kawi, Bromo dan bukit-bukit di Tanah Jawa mengamit memori silamku. Aku terus mencari tahu dimana lokasi Bukit Perahu dan akhirnya ternyata Bukit ini hanya beberapa KM dari kampung ku...Hahaha..

6 Februari 2016 aku bersama dua anak lelakiku Aidan dan Arick bersama Nuzie dengan dua anaknya, abg Ipar Zenn dan my Sis Dang with her 2 daughter Alya dan Qistina mula mendaki Bukit Perahu seawal jam 5.50 pagi. Trail ke puncak Bukit Perahu amat mencabar stamina ku dan berbekalkan semangat sahaja akhirnya pendakian selama 40 minit berakhir di puncak Perahu. Sayalah yang terakhir sampai disebabkan kekejangan kaki.


In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)