Tuesday, July 19, 2016

Bukit Pirasan, Tintitipon via Kinasaraban Kota Belud

Ahad 17 Julai 2016 jam 1.30 petang saya dan Lan bertolak ke Petronas Marabahai tempat pertemuan dengan rakan #Bukit ke Bukit. Kami meneruskan perjalanan ke Kg Kinasaraban Kota Belud. Saya dimaklumkan oleh Awer bahawa ada rakan Hikers (Tembak Bukit) dan Runers akan menyertai pendakian ke Puncak Bukit Pirasan melalui laluan Kinasaraban. Kami meletak kenderaan ditepi rumah orang kampung. Yon@Puro Eskanol telah mendapat kebenaran daripada orang kampung untuk mendaki bukit ini. Rakan pendaki lain telah disambut dengan meriah oleh orang kampung. Yon memaklumkan saya agar membawa kumpulan saya melalui laluan sawah dan kami bertemu di anak sungai untuk menemui kumpulan lainnya. Kami mulai bergerak agak lewat iaitu pada 3.30 petang dan setelah berjumpa di anak sungai Awer memberi sedikit taklimat. Saya terkejut melihat gelombang oren kali ini seramai 32 orang. Warna baju kebetulan bertembung. Anggota BkB hampir lemgkap Yon, Awer, Pau, Saya, Lan, Lijah dan Glen...(Mer sedang dalam perjalanan menawan Kinabalu). Yon dan Awer mengetuai pendakian kerana Yon telah terlebih dahulu mendaki melalui laluan Kinasaraban. Lijah, Glen, Pau, Saya dan Lan bertindak sebagai sweeper (berjalan paling belakang). 
Me and Lan

BkB, Tembak Bukit & Runners bergabung

Setelah melintas jambatan kami melalui kebun Pokok Getah dan mulai memasuki hutan. Laluan agak licin kerana baru hujan dan agak curam. Kami bernasib baik kerana berada dibarisan belakang jadi nyamuk pastinya sudah kenyang kerana ada 27 orang pendaki berada dihadapan kami. Baru 20 minit pendakian di kawasan hutan seorang pendaki Fatin keletihan dan berehat dibatu. Saya menegurnya kerana melihat wajahnya telah pucat. Saya bertanya adakah dia merasa pening. Sangat pening katanya lalu saya mengambil First Aid dan memberikannya minyak kapak. Saya memintanya berehat dan hilangkan pening baru meneruskan perjalanan. kebetulan seorang rakan mahu menjaganya dan sayapun meneruskan pendakian. Setelah melalui kawasan hutan saya melihat rakan-rakan lainnya telah sampai ke puncak pertama dimana ada sebuah pondok di sana. Lengkap bertandas dan ada tangki air disediakan. Setelah berehat kami memulakan pendakian ke puncak kedua. Laluan ke puncak kedua dan seterusnya melalui lalang hijau dan hanya sedikit pokok renik sepanjang perjalanan. Cuaca pada masa itu juga agak redup diikuti angin yang menyejukkan badan kami. 

Jambatan yang dibina orang Kampung

Lan, Lijah, Glen dan saya (Sweeper kunu)

Dari Puncak dua kami melihat laluan Kinasaraban ini memang Subhanallah memang lebih indah berbanding laluan Pirasan. Saya teringat semasa mendaki Merbabu di Jawa Tengah apabila melihat puncak-puncak Bukit Hijau dihadapan kami. 

Lan, Saya Pau dan Aisyah  di Puncak Pertama

Gelombang Oren dihadapan ku ke Puncak Ketiga

Sepanjang perjalanan ke puncak ketiga, keempat, kelima, keenam dan entah yang keberapa tiada kejadian tidak diingini berlaku. Cuma lalang agak panjang dan laluan agak licin menyukarkan pendakian kami. Saya terlupa membawa sarung tangan menyebabkan sukar berpayut dilalang yang agak tajam. Setelah melihat puncak bukit 10 di sebelah saya dan Lan bergerak agak pantas dan meninggalkan 9 orang pendaki terakhir (kerana mereka bergerak agak perlahan dan jika sebarang kejadian berlaku kami masih boleh melihat mereka di puncak 8 dan 9. Puncak 9 ke 10 agak curam dan saya beberapa kali tergelincir. Sampai dipuncak 10 saya mencari bendera yang saya pasang sebulan yang lalu tetapi hanya tali putih yang tinggal. Saya menggantikannya dengan bendera Sabah. Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak. So dipuncak masing-masing mula mnengambil gambar kenangan. Dan setengah jam kemudian kami mula bergerak turun dan sampai di starting point jam 7.20 malam.
Puncak 8, 9 dan 10
Kami di Puncak 10
Setelah turun BkB dipelawa beraya ke rumah Geng Hikers Tembak Bukit di Kampung Lentigi (Terima kasih jamu kami dengan masakan kampung, ulam-ulaman dan ikan bakar). Setelah itu kami ke rumah Aisyah di Kg Taun Gusi. Saya dan Lan sampai rumah hampir jam 11.00 malam. Terima Kasih geng BkB (Yon, Awer, Pau, Lijah, Glenn dan Lan)...Terbaik...jumpa di next bukit...Kita aturr lebih baik...
Bendera Sabah menggantikan bendera Malaysia yang hilang
Lagi Bendera Sabah kami pacak di Bukit Sebelah
Lan my best buddy
Thanks Mas Bro


Sunday, June 5, 2016

Bukit Gundul Sepanggar Sebelum Ramadhan

Selesai subuh abang Zenn menelefon aku, dan membawa ke Bukit Gundul. Aku lalu memberitahu my Rian jika dia mahu ikut kerana Kak Dang juga ikut. Arick seperti biasa teruja untuk mengikuti ku turut bersiap. Jam 6 pagi kami bertolak ke Sepanggar. Aku, my Rian, Arick, abg Zenn, Kak Dang, Qistina dan Alyia memulakan pendakian 6.10 minit pagi. Sebelumnya aku membeli 5 botol hundred plus untuk diminum sepanjang pendakian.

Qistina dan Alyia seperti biasa berlari mendaki bukit ini. Kak Dang berteriak-teriak memarahi mereka kerana risau mereka terlalu jauh dari kami. Aku meminta Arick mengejar dan mengikuti mereka dari belakang. Kak Dang yang selalunya bangga jika mengalahkan aku kini mula sedar bahawa dia mulai kepenatan setelah 70% pendakian. My Rian pula mula tercungap-cungap kepenatan. Aku dan Bang Zenn hanya tersenyum melihat mereka. Namun keindahan puncak Bukit Gundul menaikkan semangat mereka untuk terus mendaki dan akhirnya kami sampai ke puncak lebih kurang 25 minit pendakian. Masa yang cukup baik untuk mereka berdua sebenarnya. 

Seperti selalunya abang Bungsu ku sudah ada di Puncak bersama anak dan isterinya. Kami sempat berbual dan bercerita kisah pendakian bersama Abang Anak (abang kepada abang Bungsu). Setelah puas bergambar dan menikmati keindahan bandar Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dan kawasan sekitarnya kami mulai turun daripada puncak untuk ke Batu Bukit Gundul dan mengabdikan gambar di sana. Kak Dang yang gayat tidak mahupun mendekati batu itu. Aku, my Rian dan abg Zenn sahaja yang bergambar di batu ini. Arick dilarang oleh mamanya untuk bergambar kerana risau jatuh ke jurang.

Kami mulai turun dan akhirnya sampai di starting point 15 minit kemudian. Kami akhiri pagi kami dengan bersarapan di Restoran Sri Keningau. 

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak....
Bunga Lalang Mulai Tumbuh 



Kami di Batu Bukit Gundul, Sepanggar
My Rian Hairani dan Arick Syach
Atalarick Firman Syach


Hutan Simpan Bukit Gemuk Tawau

Melalui kawasan hutan simpan Bukit Gemuk Tawau pada 31 Mei 2016 dalam perjalanan Keningau ke Tawau menarik perhatian ku untuk menakluki puncak ini. Niat awalnya ingin merasakan hiking di hutan Maliau Basin, namun perbualan dengan pekerja di Maliau Basin yang mengatakan perlu memohon permit awal untuk ke hutan tersebut. Kekecewaan itu, agak terubat apabila melewati kawasan hutan simpan Bukit Gemuk yang menjadi sasaran ku. Sendiripun tidak apa, akan kutakluki bukit ini, bisik hatiku.

1 Jun 2016 setelah selesai majlis anak kakak ku, kami balik ke homestay dan aku bertanya kepada keponakanku Fadli untuk mendaki Bukit Gemuk. Fadli yang memang kaki hiking bersetuju untuk membawaku ke Puncak Bukit Gemuk. Jaraknya hanya 1.278KM dan dipuncaknya ada jambatan titi untuk melihat keindahan Bandar Tawau.

2 Jun 2016 saya bersiap seawal jam 6.00 pagi kerana janjian pada jam 6.30. Abang Zenn, Abang Hassan, Abang Frankie, Wan dan Afiq ingin ikut serta. Tepat 6.30 pagi Fadli dan Abang Anak datang menjemput kami. Kami bertolak ke starting point Bukit Gundul dan sampai di sana jam 6.50 pagi. Sebenarnya dekat sahaja tetapi Fadli singgah membeli drinking water. Sampai di kaki bukit, kami terkejut keranan rupanya kawasan ini berpagar dan dikawal oleh Taman-taman Sabah. Pengunjung yang hendak masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran RM5.00 dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak. Lucunya aku tidak membawa dompetku begitu juga yang lainnya, untung Wan adikku ada membawa begitu juga Fadli. Kami menyangka ianya percuma dan tinggal mendaki sahaja.

Kami menunggu hamper 40 minit barulah penjaga gate datang untuk membuka pintu pagar hutan simpan ini. Lagi lucu apabila Abang Anak (Pensiunan Sarjan Mejar Polis) memarahi penjaga gate tersebut. Free-free kena marah.

Kami memulakan pendakian tepat jam 8.00 pagi untuk ke Puncak Bukit Gemuk, laluan ke puncak agak mencabar dengan jalan yang agak licin sebab malamnya hujan. Hutannya juga agak tebal dan dalam masa pendakian kami terserempak dengan seekor Baboon (monyet). Beberapa spesies serangga dan pokok balak yang bersaiz besar masih terdapat di hutan ini. Pokok-pokok gemuk inilah yang menyebabkan hutan ini dinamakan Bukit Gemuk. Sepanjang pendakian saya kagum dengan kekuatan stamina abang sepupu saya Abang Anak yang sudah mencecah 66 Tahun tetapi masih kuat. Abang Frankie sahaja yang jauh tertinggal oleh kami. Diapun meminta kami meneruskan pendakian kerana kami juga dikejar waktu. Jam 10 pagi kami harus bertolak balik ke Keningau dan seterusnya ke Kota Kinabalu.

Setelah 20 minit mendaki kami sampai ke puncak Bukit Gemuk dan kemi terus menaiki Canopy Walk sepanjang 380 meter untuk melihat Bandar Tawau. Pemandangan yang sangat indah dan kepenatan mendaki tadi hilang apabila sampai di Puncak. Setelah berehat selama 5 minit. Abang Anak mengajak kami untuk berlumba turun ke bawah. Saya hanya tersenyum kerana pergelangan kaki kiriku masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Namun saya hanya mengiyakan saja. Afiq, Fadli, Abg Anak dan Wan mendahului kami, saya, abg Zenn dan Abg Hasan hanya berlari santai mengejar dari belakang. Lagipun saya ingin mengambil gambar untuk dikongsi bersama rakan-rakan HH dan BkB ku. Moga aku dapat membawa mereka ke sini dan terus menakluki bukit di Taman Bukit Tawau (Table) bersama mereka.

Afiq yang sampai duluan diikuti Fadli, Wan dan Abg Anak dapat ku kejar disebabkan Abang Anak jatuh tersandung akar pokok. Lutut kakinya berdarah dan untung kecederaannya tidak serius. Kami turun dari puncak Bukit hanya mengambil masa 15 minit. Lucunya abang Frankie hanya sampai di pondok ketiga lebih kurang 300M pendakian.

Terima kasih Abang Anak dan Fadli kerana membawa kami mendaki bukit ini. Bah nanti kita takluki pula Taman Bukit Tawau (Table) bulan Oktober nanti.


Batu-batuan yang ada semasa pendakian


Abg Zenn, aku dan Fadli. Pokok Balak yang kami temui

 Melalui Canopy Walk sepanjang 380M dan setinggi 130-150 M 


Saturday, June 4, 2016

Hiking Untuk Kesihatan



HIKING bukan sekadar petualangan kecil melintasi hutan kecil. Hiking ternyata punya faedah besar untuk kesehatan kita. Untuk mempertahankan kerja jantung, mengurangi berat badan bahkan mengawal diabetes.


Jadi tunggu apa lagi? Pakai kasut anda dan pergilah hiking!Menurut pakar latihan fisik di AS, hiking adalah cara yang menyenangkan untuk membentuk tubuh karena dilakukan di alam terbuka. Jadi bukan sekedar latihan aerobik yang efektif namun juga mampu membersihkan fikiran kita. Hiking menawarkan keseimbangan fisik dan pikiran.Melakukan hiking tidak perlu sentiasa keluar kota.


Anda boleh berjalan keliling blok kompleks perumahan sebagai permulaan. Hiking adalah salah satu cara penghancur lemak sekaligus menghindari osteoporosis. Bukan cuma itu berada di luar dan terkena paparan sinar matahari pagi yang kaya vitamin D juga membantu kekuatan tulang dan tubuh. Bila kita melakukan hiking di area perbukitan impaknya sangat bagus untuk kesehatan kardiovaskular seperti jantung karena gerakan kaki turun naik memberi jantung PR untuk bekerja lebih giat. Untuk para penderita diabetes, hiking memicu produksi insulin sehingga memperbaiki performa ginjal.


Hasil lain yang paling nyata mungkin perasaan relaks dan segar selesai hiking terlebih bila dilakukan di taman atau hutan kecil. Berikut beberapa tips untuk hiking yang sehat dan efektif yang dilakukan di luar kota atau area perbukitan:

1. Sebelum hiking ke hutan kecil jangan lupa bawa peta (dapatkan info terlebih dahulu) dan kompas agar tidak tersesat.

2. Hiking sesuai kemampuan fizikal kita. Mulakan ditempat yang agak mudah dahulu.

3. Bawa banyak air minum agar terhindar dari dehidrasi dan sedikit cemilan sehat yang mengandung protein dan karbohidrat agar level gula darah stabil. Jangan hanya minum bila merasa haus.

4. Gunakan pakaian yang sesuai untuk cuaca tempat hiking kita. Jaket untuk daerah dingin dan topi untuk yang bersuhu tropika. Kenakan sepatu/kasut yang nyaman atau sepatu olahraga yang mampu mengakomodir beban tubuh.

5. Kit Kecemasan jangan ketinggalan selain lampu seluh, pisau lipat dan mancis api.

6. Sun block please...SPF 15 atau lebih! Dan kacamata UV untuk mata agar aman dari ultraviolet.

7. Untuk yang "penyakitan", jangan ketinggalan obat-obatan khusus anda.

8. Stoking tebal apabila memasuki kawasan yang berumput panjang. (Elak patukan ular kalau dipatukpun tidak terlalu dalam)

9. Jangan lupa cuci baju dan seluruh badan anda sebersih mungkin sepulang hiking untuk menghindari bakteri atau kuman yang menyerang selama berada di alam terbuka.

Tips Untuk Aktiviti hiking, masuk hutan atau mendaki bukit dan gunung



Selama melakukan aktiviti outdoor atau di alam terbuka dan hutan, agar tetap selamat ikuti langkah-langkah berikut ini:


  • Banyakkan minum air putih untuk mencegah tubuh dari bahaya dehidrasi, hindari beraktivitas di bawah teriknya matahari, terutama apabila tidak terdapat area yang teduh. (Berdasarkan pengalaman mendaki Bukit Pirasan Mandap Kota Belud dan Gunung Semeru Jawa Timur)
  • Untuk langkah selamat, biasakan memberitahu kepada keluarga atau teman terdekat  ke mana anda akan pergi dan bila anda dijangka kembali. 
  • Bawalah ubat anti serangga seperti lotion anti nyamuk untuk mencegah terkena gigitan serangga disamping ubat lainnya (panadol, minyak cap kapak, spray anti kejang, minyak panas, kain pembalut, handyplast dan yang difikirkan perlu)
Tips Untuk Melakukan Hiking

Tidak ada seorangpun yang mahu untuk tersesat, namun setiap tahunnya selalu ada saja berita pendaki bukit atau gunung yang tersesat, untuk menghindarinya, ikuti beberapa tips ini:
  • Jangan melakukan perjalanan atau pendakian seorang diri, karena dengan melakukan sesuatu secara bersama-sama akan lebih selamat, jika bepergian dalam kumpulan, jangan sampai terpisah terlalu jauh. Namun jika anda ingin melakukannya sedirian saja pilih jalur yang jelas.
  • Beritahukan pada seseorang yang terdekat destinasi kemana anda akan pergi juga rencana kembalinya lagi.
  • Jangan lupa beritahukan juga kepada mereka saat anda sudah kembali lagi.
  • Tetaplah berjalan di jalur yang sudah dikenal dengan baik, memotong jalur atau membuka jalur sendiri dapat menyebabkan kemungkinan anda akan tersesat, perhatikan persekitaran anda dan tandai laluan anda atau tanda-tanda unik dipersekitaran tersebut, pastikan anda mengikuti laluan yang ada.
  • Jangan memanjat tebing air terjun, angka kemalangan yang tinggi diakibatkan terjatuh dari batuan yang licin dan basah.
  • Bawalah selalu perlengkapan anti hujan (rain coat) dan kembalilah apabila cuaca menjadi buruk (ribut atau petir). Jika anda kebasahan dan kedinginan, secepatnya ganti dengan pakaian yang kering dan lakukan kegiatan yang dapat menghangatkan tubuh, misalnya membuat unggun api untuk membuat air panas atau makanan agar terhindar dari hipotermia. Untuk itu pastikan membawa mancis bersama.
  • Semua pendaki terutama seharusnya membawa wisel yang dapat di dengar dari kejauhan dan membutuhkan energi yang lebih sedikit dibandingkan dengan berteriak apabila terjadi sesuatu.
  • Bawalah banyak air minum dan jangan beranggapan bahwa air sungai itu selamat untuk diminum secara langsung, atau boleh juga membawa penyaring air atau tablet penjernih air apabila berencana melakukan perjalanan yang jauh.
  • Jangan mengandalkan telepon sellular saat bepergian ke hutan atau ke gunung, karena besar kemungkinannya tidak tercover jaringan provider telepon sellular.
  • Jangan terlalu tergantung pada GPS agar tidak tersesat, karena bateri dapat habis atau perangkat bisa saja rusak atau hilang. Pastikan bawa bersama Powerbank semasa berpergian.
  • Pakailah pakaian yang berwarna terang, terutama pada jangan memakaikan pakaian yang ada efek comuflase seperti pakaian loreng pada tentera.
Bawalah Perlengkapan Kecemasan:
Setiap pendaki seharusnya membawa perlengkapan minimal seperti ini:
  • Air minum sekurang-kurangnya 3 liter (bergantung pada jarak perjalanan)
  • Kit Kecemasan (Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan)
  • Wisel
  • Lampu suluh dengan bateri secukupnya
  • Tongkat yang dapat menyala dalam gelap (Payungpun boleh)
  • Makanan berenergi (coklat, padat tinggi kalori, biskut tiger atau oat, pisang)
  • Bandana berwarna terang/Topi (mengelakkan pokok renik atau ular)
  • Beg plastik berwarna terang, multifungsi misalnya dapat digunakan sebagai penutup beg bila turun hujan
  • Alumunium foil, multifungsi, bisa direkatkan pada sekeliling pohon untuk memantulkan cahaya lampu suluh apabila tersesat, atau dapat dibentuk menjadi mangkuk untuk menampung air minum.
  • Pisau / Parang
  • Mancis
  • Khemah dan sleeping bag (jika bermalam)
  • Beg Sikut
  • Kasut hiking yang sesuai.
  • Tali
Sebelum memulakan hiking ke sesuatu tempat pastikan anda mendapatkan sedikit info dan bayangan tempat anda tuju tersebut. Hubungi mereka yang pernah ke tempat itu atau anda boleh minta bantuan Mr Google. 
Mulakan hiking dengan menyerahkan diri anda kepada Yang Maha Kuasa dan bacalah doa memulakan perjalanan dan doa selamat. Ciumlah tanah ditempat anda memulakan perjalanan. (Petua orang-orang tua agar kita tidak tersesat) kadang-kadang sayapun terlupa ini. Tetapi saya selalu amalkan mengambil wuduk sebelum memulakan aktiviti hiking. (Mudah juga untuk solat di hutan atau bukit). Setelah itu anda boleh memulakan aktiviti hiking anda.

Semasa melakukan aktiviti hiking anda mungkin akan berhadapan dengan pelbagai jenis cuaca. Jika panas terik anda perlu mempunyai air yang banyak dan harus bijak mengatur perjalanan anda. Jika anda berasa pening sebaiknya anda berehat sebentar tetapi jangan terus duduk. Ambilah nafas yang panjang dan hembus beberapa kali selepas itu anda barulah duduk. Setelah berehat dan berdirilah perlahan dan jika masih pening bererti badan anda perlukan air dan rehat sekitar 20-30 minit. Semasa berehat pastikan jari-jari kaki dan tangan digerakkan. Setelah itu, insyaAllah anda akan  pulih seperti sediakala dan boleh memulakan perjalanan. 

Jika hujan pastikan anda menukar pakaian anda dengan yang kering setelah hujan berhenti. Jangan biarkan pakaian anda kering dibadan kerana ianya boleh menyebabkan anda demam atau terkena deherdasi. Untuk itu, pastikan membawa baju gantian. 

Nah selamat berhiking.....

Monday, May 30, 2016

Bukit Botak With Arick




Bukit Gundul untuk kesekian kalinya

Misi membawa Mer ke Batu Puncak Gundul