Saturday, February 28, 2009

Anugerah Juara Penuh Disiplin




PDRM akan menyambut hari lahirnya pada 25 Mac ini. Setiap tahun saya tidak lepas menyertai perhimpunan Hari Polis sejak 2000. Sesuatu yang manis untuk dikenang apabila menyertai Peringatan Hari Polis di IPK Kepayan pada tahun 2006. Pada masa itu, saya terpilih untuk menerima anugerah Juara Penuh Disiplin peringkat negeri. Saya mewakili IPD Tuaran. Saya sampai pada jam 6 pagi dan kemudian melapor diri lalu masuk ke padang kawad pada jam 6.30. Jadi bayangkanlah kena berdiri sehingga penyampaian anugerah pada jam 8.45 pagi. Namun begitu saya tidaklah risau kerana saya faham PDRM ni on time selalu. Datuk Bakri Zinin datang tepat waktu lalu menyampaikan perutusan daripada Ketua Polis Negara. Pada masa ni ramai gak anggota yang tumbang terutama daripada kawalan. Namun saya faham mereka telah menjalani latihan yang lama maybe terlalu penat. Alhamdullilah setelah berdiri hampir 2 jam 15 minit Datuk Bakri menyampaikan anugerah kepada penerima anugerah. Bangga jugalah walau terpaksa berdiri lama.Kira kuat juga lah. Kepada my best friend Marious yang saya bawa tuk ambil gambar pada masa tu..thanks a lot bro...kepada PDRM anugerah yang sungguh manis ini akan menjadikan saya orang yang sentiasa akan berdisiplin dan boleh menjadi contoh kepada orang lain especialy anak-anak saya...Kepada warga PDRM Selamat Menyambut Hari Polis..

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)