Monday, August 29, 2022

Kita Manusia Biasa


Tak pernah aku lupa apabila ENGKAU penjarakan aku dalam kamar yang gelap. Meraba-raba dalam kegelapan mencari jalan keluar.
Tak pernah aku lupa apabila ENGKAU hantarkan cahaya mengusir kegelapan. Saat itu aku sedar bahawa ENGKAU yang selalu aku tinggalkan, rupa-rupanya masih setia bersamaku, sedangkan aku yang selalu berpaling daripada-Mu.
Apabila dalam kesusahan kita bersungguh-sungguh merayu kepadaNya. Apabila kita bersedih atau bermasalah baru kita ingat padaNya. Melupakan Allah saat bahagia dalam gengaman, mengingati kembali Allah saat kesedihan itu bertandang. Sebenarnya, manusia semuanya sama. Selagi dia bernama hamba kepadaNya.
Janganlah biar langkah kita jauh tersasar kerana semakin lama kita berdiam, ditakuti ia menjadi kebiasaan hingga rasa senang dan tenang dalam membuat dosa.
Kita lupa diri sampai angkuh dan sombong untuk sujud kepada pemilik bumi. Kita rasa hayat kita masih lama atas dunia ini. 
Hingga kita sanggup tinggalkan Allah terlalu lama.
Menyerah tanpa berusaha perbaiki hati yang lalai. iaitu bukanlah jalan penyelesaian, tapi itulah keegoan.

Friday, August 26, 2022

Allah Tahu Yang Terbaik

Andai seorang hamba mengetahui maksud disebalik setiap takdir yang telah Allah tetapkan, nescaya ia akan menangis malu kerana telah berburuk sangka kepada Allah.

Tetaplah berbuat dan bersangka baik dan jangan berharap orang lain akan baiki kita balik.

Alah mendengar bah.

Jangan takut bila kamu harus diam. sebab Allah maha mendengar suara hatimu.

Begitu hati manusia sudah terlalu berat membawa rasa sakit, mereka tidak menangis. Mereka hanya diam. Benar-benar diam.

Kerana

Waktu tidak akan memberikan kesempatan untuk mengulangi apa yang sudah dilewati, tapi waktu memberikan kesempatan agar kita bisa melakukan perubahan.

Dibalik ujian yang hebat, akan ada suprise dari Allah yang begitu hebat pula.

Kerana itu,

Jangan malas mengingati Allah.

Pada akhirnya nanti kita semua akan tersadar, bahawa hidup tidak hanya tentang mendapatkan apa yang kita mahu.Tetapi juga tentang melepaskan yang kita sayang.

Menerima dengan syukur sebuah ketetapan, menerima dengan lapang sebuah keputusan. Bahawa memang nyatanya, hidup kita bukan tentang kendali kita. Tapi memang ada yang telah ditakdirkan begitu.

 

Monday, August 22, 2022

Tidak Aku Dustakan


Jangan kau salahkan dia yang pernah datang memberi harapan kemudian pergi meninggalkanmu terkapai-kapai keseorangan. Semua itu berlaku dengan izin Tuhan. Untukmu, itulah ujian yang akan menghadiahimu kematangan dan untuknya, itulah ujian yang harus dijawab di hari kemudian. Tiada yang mampu berlepas tangan.

Bila saja ada hati terluka, pasti ada yang akan menerima padahnya. Kalau kau yakin tidak bersalah, maka tenanglah. Biarkan takdir yang membalas segala beban rasa yang kau galas.

Jangan kau salahkan dia yang tiba-tiba hadir mengganggu hingga kau fikir telah merebut segenap inci kebahagianmu. Sungguh soal jodoh dan rezeki tidak akan pernah tertukar, maka biar! Kalau itu memang milikmu, yang kau perlu cuma bersabar. Hari ini atau esok, pasti jadi milikmu juga atau barangkali Tuhan telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih istimewa.

Tiada apa yang perlu kau susahkan kerana masa sentiasa bergerak ke hadapan. Justeru, dalam merungkai masa derita jangan sampai kau terlupa ada masa bahagia yang menunggumu di depan sana. Jangan kau salahkan sesiapa. Jangan kau seksa jiwamu dengan dendam dan kebencian kepada manusia. Percayalah. Ujian yang menimpamu ini daripada Dia. Ada sebabnya.

Thursday, August 18, 2022

Be Strong


Rencana Allah padamu lebih baik dari rencanamu. Terkadang Allah menghalangi rencanamu untuk menguji kesabaranmu... maka perlihatkanlah kepadaNya kesabaran yang indah. Tak lama kamu akan melihat sesuatu yang menggembirakanmu.

Dalam melakukan suatu hal, pasti membutuhkan proses, dari proses kita belajar bahawa hal yang dianggap kecil bisa menjadi langkah yang luar biasa.

Untuk banyak keinginan yang sulit untuk di ucapkan. 
Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui isi hati. Dan sebaik-baiknya pemberian adalah pemberian-Mu.

Believe!
Kalau sudah waktunya. Serumit apapun, sesulit apapun itu, akan Allah bukakan untukmu jalan terbaiknya.

To My Self.
Tetaplah mengumpulkan semangat memperbaiki diri dan andai ada yang meremehkan tetap teguhlah untuk bertahan hanya kepada Allah.

Percayalah.
Disaat kamu ikhlas dengan keadaanmu, disitu Allah akan merencanakan kebahagian untuk mu.
Lalu.
Jangan menunggu waktu untuk berubah tapi berubahlah selagi ada waktu.

Memahami bahawa kita semua memang mempunyai kesempatan untuk mencintai,
tapi tak selalu mempunyai kesempatan untuk memiliki, juga merupakan kedewasaan.

Planing Allah
Kita hanya bisa berencana, ketika hasilnya tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan, maka percayalah bahawa Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.

Kerana
Waktu tidak akan memberi kesempatan untuk mengulangi apa yang sudah dilewati,
tapi waktu memberikan kesempatan agar kita melakukan perubahan.


Monday, August 8, 2022

Talk To ALLAH

 

Tidak ada satu jiwapun yang lebih memahami kita selain Allah SWT.

Dia mendengar bahkan ketika kita tidak berbicarapun dia tahu isi hati dan buah fikiran kita.

Dia melihat apa yang kita sembunyikan dari dunia.

Dia tahu persis apa yang dilalui hati kita dan

tidak ada kenyamanan yang lebih baik selain denganNya.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)