Thursday, April 28, 2022

Bahagia Sejurus Sesudahnya


Bukan mudah menjadi aku.

Disebalik setiap kekuatan yang terpamer,

siapa tahu ujian yang terpaksa aku tanggung.

Disebalik celoteh kebaikan yang sering aku pesan,

siapa tahu kelemahan dan keaiban keaiban yang terselindung?

Tak mengapa, sakit itu penghapus dosa.

Tuhan mahu menyucikan aku semula.

Tak mengapa, aku cuma sedang diuji.

Mereka juga malah diuji. Semua orang juga diuji.

Entah siapa di antara kami, mampu lulus ujian ini.

Resah, gelisah adakala jiwaku ingin memberontak...

Namun setelah sujud, sesudahnya hatiku kembali memandang Allah.

Tak mengapa, rasa ini tanda cinta. Tanda rindu dari Dia. 

Pada saat aku lupa, Dia menarik aku semula ... menawarkan syurga.'


In sya Allah.

Aku Tak Sebaik Postinganku

 


Ketika setiap dari kita melafaz syahadah,

lalu kita perlu berdakwah walhal kita bukan pendakwah,

Ingatlah pesanan Sang Penghulu umat,

Sampaikanlah daripadanya walaupun satu ayat,

Sampaikanlah yang baik-baik walau kita pun bukan baik sangat.

Postingan ku sebenarnya untuk mengingatkan ku,

kerana jika ada orang yang mengikuti nasihatku dan aku sendiri tidak mengikutinya,

maka aku adalah orang terbodoh lahir di dunia ini...

Maka dengan itu aku selalu menulis dan memposting aktiviti ku,

bukan untuk menunjuk, tetapi sekadar memberi motivasi diriku sebenarnya...


Tulislah atau kongsikan kisah yang enak dibaca,

Tulislah kisah yang baik-baik sahaja,

Tulislah kisah indah untuk ditinggalkan,

Tulislah kisah bermaruah untuk dibacakan di hari kemudian.


Lalu ketika kita terpaksa menjadi apa yang tidak mampu kita jadi,

jangan diputuskan tali pergantungan pada Tuhan,

Mintalah pertolongan,

Usahakan.

Dan tetaplah Bersahabat dengan Allah...


Dan jangan meminta sesuatu pada Allah s.w.t yang jelasnya bukan untukmu.

tetapi serahkan semuanya padaNya.

Kerana Allah maha mengetahui mana yang baik buat mu.

Barangkali kamu menyukai sesuatu tetapi itu tidak baik buat mu.


Iya hati, iya. Memang kau suka dia.

Tapi dia bukan untuk kau. Jadi jangan meracau.

Lepaskan dia pergi. Ikhlaskanlah wahai hati!

Sudahlah wahai hati. Jangan sesekali menyalak pada apa yang kau tak layak.

Ia buat kau hina.

Kau tahu macam apa? Macam orang jahil tak waras akalnya.

Pada nikmat halal yang sekian banyak.

La Haula Wala Quwwata illa billahi


Ramadan 27 2022

Monday, April 25, 2022

Please Forgive Me



Takdir Allah itu pasti. 

Dengan siapa kita berjumpa

Siapa jodoh kita, 

Bagaimanakah bentuk rezeki kita,

Ke mana kah kita berjalan di muka bumi ini,

sehinggalah akhirnya bila kita dijemput semula olehNya.

Itu semua Rahsia dan HakNya.


Dalam meniti perjalanan kehidupan kita pasti akan menerima ujian daripadaNya

adakala kita berjaya mengatasi ujian 

dan adakala kita gagal dan melakukan dosa

segeralah kembali kepadaNya 

rajinkan bersujud dan jangan ulangi 


Kadang kita perlu mengalah lebih lebih lagi hal yang sememangnya kita tak akan pernah menang

redalah dan jadikan ianya ikhtibar dalam meneruskan kehidupan

Dia maha tahu segalanya

Pasrahkan Ikhlaskan dan Mohon Pengampunan


Ada janji yang terpaksa tak ditunaikan untuk kebaikan

bukan kerana lupa 

kerana hanya janji ALLAH sahaja yang pasti


25 April 2022...Ramadan Day 23


In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)