Tuesday, June 23, 2009

Salah siapa?


Atap stadium di Terengganu runtuh. Belum sampai setahun diserahkan kepada kerajaan. Salah kontraktorkah? Salah jabatan yang meluluskan kerja siap binakah? Salah kerajaan kah? Masing-masing menyalahkan pihak lain. Kontraktor dari Korea konon yang bersalah. Berapakah jumlah sebenar pembinaan stadium tersebut? Katakanlah 100 juta, pasti 50 juta dah pergi ke mana-mana? Kontraktor hanya terima 50 juta dan kalau kos bina mencecah 50 juta pasti kontraktor akan menggunakan bahan yang tidak berkualiti dan pekerja yang tek berkualiti. Lepas tu kontraktor pasti akan sisa sedikit RM tuk diberikan kepada pegawai yang meluluskan projek tersebut. Jadi masalah selesai. Semua tidak bersalah rupanya. Otromen dan raksasa pula yang telah merobohkan atap stadium tersebut....

Friday, June 19, 2009

Berurusan dengan agensi Kerajaan



Bercerita tentang prestasi agensi kerajaan seperti ada on off nya. Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan aku selalu memastikan aku dapat memberikan khidmat terbaik bagi pelangganku tanpa mengira usia, darjat, warna kulit dan yang sewaktunya dengan. Ikhtibar daripada layanan yang aku terima daripada agensi kerajaan tidak semuanya buruk ada yang dapat memberikan layanan yang baik. Aku tak salahkan agensi kerajaan kerana telah ditetapkan standard agar dapat memuaskan hati pelanggan. Slogan Bersih, Cekap, Amanah amat jelas. Namun faktor manusiawi di samping karenah birokrasi yang rumitlah yang mencemarkan imej agensi kerajaan. Aku pernah menerima layanan buruk sewaktu ke Hospital Kerajaan di Kota Kinabalu, waktu menunggu hampir 2 jam dan anakku semakin pucat sehinggakan aku memutuskan membawa anakku menerima rawatan di SMC dengan bayaran ribuan ringgit tetapi dengan layanan yang amat baik sangat mesra pelanggan.Keputusan itu (keizinan Allah s.w.t) telah menyelamatkan nyawa anakku yang memerlukan pembedahan usus segera. Pengalaman buruk juga ku terima ketika berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kakitangan tidak mesra pelanggan kebetulan ketika aku sampai mereka sedang mengadakan jamuan hari raya. Dengan makanan di mulut mereka melayan pelanggan. Aku menunggu hampir 2 jam baru dipanggil dan kemudian disuruh datang 2 minggu kemudian untuk mengambil sijil nikahku. Setelah dua minggu aku datang dan setelah hampir 2 jam menunggu aku dimaklumkan bahawa sijilku belum ditandatangani oleh pegawai dan aku disuruh datang keesokan harinya. Esoknya peristiwa sama berulang semula dan aku dijanjikan akan ditelefon apabila sijil tersebut telah ditandatangani. Aku menunggu panggilan telefon hampir seminggu tetapi tiada panggilanpun. Lalu aku ke pejabat tersebut untuk bertanya sijil tersebut dan jawapannya masih sama tiada pegawai 'sain', aku dengan perasaan marah lalu masuk dan bertanya berapa duit yang mereka mahu, dan seorang kakitangan di sana mula menenangkan ku dan setelah itu 5 minit kemudian sijil itu telah ditandatangani. Dan baru-baru ini aku memohon pengesahan salinan IC ku di JPN pun aku menunggu hampir 1 jam. Dan paling buruk ketika aku memohon cabutan sijil lahir anakku untuk membuat IC. Layanan pada peringkat awal amat baik, setelah semua dokumenku diambil aku diberikan tempoh 2 minggu untuk datang kembali. Setelah tarikh tersebut sampai aku ke JPN dan diberikan nombol giliran tepat jam 2.40pm. Aku menunggu dan nombor yang dipanggil tidak running. Tempat duduk penuh so berdirilah. Dan setelah 1 jam 13 minit nomborku dipanggil dan sangkaan ku sijil lahir dah siap tetapi aku dikehendaki membayar RM10.00. Setelah membayar aku disuruh tunggu semula. Nasib baik dah ada tempat duduk kosong dan namaku dipanggil pada 5.21pm. Bayangkan masa menunggu 3 jam + (2 minggu proses permohonan). Dimanakah silapnya?Slogan 'Amanah, Cekap dan Mesra' fikirku untuk JPN salah sama sekali 'Lembab, Lambat dan Lambam' rasanya lebih sesuai. Kenapa sewaktu di Wisma Dang Bandang, JPN sangat efesien, tetapi sejak berpindah ke Pejabat Baru dah jadi malas pula. JPN patut contohi Jabatan Imigresen di sebelah jak tu, lebih efesien dan jangka menunggu masih rasional (30 minit dan paling lama 1 jam) urusan anda pasti selesai atau jika mahu pergi ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia juga lebih cekap walau negara kita konon-kononnya gah tetapi karenah kakitangannya dan birokrasi amat mendukacitakan. Sebagai kakitangan kerajaan aku amat mengambil iktibar masa menunggu ini, apabila sesorang berurusan denganku seperti meminta pengesahan pasti akan aku layan dengan cepat meski ada kerja yang perlu aku buat. Menunggu satu penyiksaan...di manakah silapnya...

Kursus Bina Item Ekonomi Tingkatan 6


Pengalaman mengurus Majlis Konvokesyen dan menghadiri kursus banyak membantu. Pengalaman itu aku gunakan untuk mengurus kursus guru Ekonomi. Kursus bermula 16 - 19 Jun 2009. Alhamdulillah berjalan lancar berkat bantuan my penyelia dan my urusetia. Walau ada sedikit kekecewaan tidak dapat mendatangkan penceramah dari Semenanjung atas karenah birokasi namun kursus tetap berjalan lancar tanpa karenah daripada peserta. Aku sempat berkenalan hampir ke semua peserta dengan pelbagai gaya. Namun jauh disudut hati, aku kagum dengan komitmen mereka untuk membantu anak bangsaku di Sabah. Suasana yang mesra antara aku dengan mereka pasti akan menjadi kenangan yang indah. Moga kita akan bertemu lagi di kursus yang akan datang. Aku telah mengambil keputusan yang tepat untuk tidak hadir ke mesyuarat penyelaras tingkatan enam di Langkawi pada 17-19 Jun (aku menghantar wakil one of my penyelia) kerana aku mendapat teman-teman baru di seluruh Sabah. Hotel Beverly yang ku pilih juga tidak mengecewakan. Sempat berkenalan dengan Yunus Alif dan Ahmad Yusof dari Proton FC dan bersembang pasal bola sepak Malaysia....Insyallah teman-teman semua sampai jumpa lagi....

Thursday, June 4, 2009

Lawatan TPM ke Sabah

Saya tersenyum when cc bagitau permohonan cuti saya for two day dah approve...ingin rehat n bring my family bercuti lah kunu...then dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah my HP ringing..kedengaran suara CC beritahu ada call dari Pejabat Datuk Pengarah...Suhaimi U kena ke airport esok jam 3 prtang as wakil daripada JPN Sabah dan cari another 9 orang lagi tuk wakil jabatan...so my cuti macam..u boleh ganti hari lain..so as yang menurut perintah sayapun kol lah 9 orang pegawai dari setiap sektor then semuanya berjalan lancar. Malamnya saya tidur seawal jam 7.30 malam tapi jam 2.30 pagi Aidan bangun minta susu so buatlah tuk dia..then mata dah tak mahu tidur..capai laptop n cek email...dapat email dari Emelia Monalita kawan lama di Indonesia..sekarang mengajar di Balik Papan...tidur entah jam berapa maybe dalam jam 4 pagi..aku terlelap hingga jam 6.30 pagi..terlepas solat subuh..berdosa sudah aku..hari ini...nda apa nanti solat Zuhur ku solat sunat saja...bisik hatiku, jam 10 pagi dapat call dari ofis..then jam 12 dapat lagi call..ya aku datang jam 2.00pm...so after lunch aku terus bersiap then ke pejabat sampai tepat jam 1.55pm. Sempat lagi buat kerja sedikit then jam 3, aku, Fadzli dan Sharifah n our driver Mr Shariman meluncur ke terminal dua...ramai dah pegawai-pegawai dari jabatan lain, persekutuan dan negeri, polis, navy, bomba..terkejut juga aku belum lagi dari parti-parti politik gerakan, PBS dan UMNO yang paling menonjol. Kami ditemptkan di bilik menunggu VIP sebelum masuk ada pemeriksaan keselamatan juga dan ada Hi-Tea dari Meredien Hotel, terasa juga macam VIP coz Menteri Kabinet Sabah, pengarah-pengarah jabatan, Pesuruhjaya Polis, Tentera, navy dan semua ada di situ dah tiada yang istmewa lagi..aku sempat berjumpa n bersalam dengan YB ku Datuk Hajiji, YB Datuk Jahid Jahim, Datuk Yahya Husin..semua dah jadi macam orang biasa..bisikku kepada Fadzli..Aku mencari kelibat Ketua Menteri..belum kelihatan..di satu sudut kelihatan para datin-datin juga berdiri sambil minum coz tempat duduk diruangan agak terhad..di luar kelihatan pemain kompang dan gadis-gadis manis(hilang dah manis dek panas mentari coz terpaksa berjemur sambil memegang bunga manggar) aku dan Fadzli tersenyum melihat mereka kepanasan. Jam 4.05 minit jet yang membawa TPM mendarat dan baru aku melihat kelibat Ketua Menteri berjalan sendirian tanpa diiringi body guard menyelit dikerumunan orang ramai..aku berbisik ke Fadzli..teruk gak protokol sambutan ni...kami tidak diberipun arahan hendak berdiri di mana semua serba bebas..aku terfikir bertapa bebasnya negara ini hinggakan jika nak tembak CM or TPM macam begitu mudah..TPM turun dari jet dengan paluan kompang, bacaan doa dan terus ke kereta dan berangkat terus ke Sutera Harbour. Aku, Fadzli dan Sharifah terus mencari Shariman dan kembali ke pejabat. Dalam perjalanan aku terfikir best juga jadi VIP...tapi bagaimana nanti jika mereka dah jadi orang biasa segala keistimewaan itu akan hilang..jadi kalau begitu aku mahu jadi VIP, aku mahu jadi VIP di akhirat kerana ianya kekal..tapi bagaimana ya...rajin solat sajakah berbuat baik saja kah..adakah ianya cukup...hanya Tuhan saja yang tahu kerana surga dan neraka ditentukan oleh Nya..jadi sebagai insan kita harus yakin pada kebesaranNya dan meninggalkan segala larangannya...aik...aku kena mandi coz mau Manghib then ke Sutera Harbour lagi...jamuan...(malas sebenarnya mau pi ni, tapi apa ble buat...

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)