Tuesday, August 29, 2023

Memberi Tanpa Perlu Menerima

Saat harimu dimewahi senyuman, pahatkan di ingatan. Jadikannya bekalan untuk kau beroleh kekuatan saat disayat luka dan tangisan. Agar nanti kau mengerti bahawa hidup ini adalah satu putaran seperti berputarnya bumi pada hukum peredaran. Kau cuma perlu bertahan menunggu detik peralihan.

100 kali dia betul, sekali dia silap kenapa yang satu itu yang dibesar-besarkan? Tegur kalau dia salah. Jangan ungkit kalau dia dah berubah.

100 kali kita tolong orang. Sekali kita enggan. Kenapa yang enggan itu yang dirungutkan? Hidup ini banyakkan berterima kasih. Kurangkan merungut. Kerana tiada siapa yang sempurna.

Semakin lama aku semakin matang berdepan karenah insan. Bukan semua perkara perlu dilayan dan diberi perhatian. Jika semuanya dilayan akhirnya aku sendiri yang jantungan dan akhirnya mati. Jadi benarlah kata pujangga "Sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita menyayangi orang lain".

Wednesday, August 16, 2023

Terima Kasih Allah


Alhamdulillah ya Rabb.

Kelmarin, satu tahun lagi umurku berkurang,
Selamat Menua ya.
Di mana sisa-sisa waktuku sekarang adalah tanggung-jawabku sepenuhnya.
Selalu doakan saja langkahku agar mudah berjalan, mudah mengambil keputusan,
dan mudah dalam semua urusan ku.

Ya Rabb,

Aku masih Kau beri kesempatan menghirup udara pagi. Kau masih beri aku keafiatan walau aku sering tersasar dalam mencari keredhaan mu. Akulah yang degil ya Rabb. Aku tahu hayat ku umpama jam, setiap detik yang berdetak, setiap angka yang disinggahi jarum, laksana perjalanan sebuah kehidupan. Ianya akan berjalan kadang sesuai kemahuan kita terkadang bukan seperti yang kita mahukan. Namun begitulah kehidupan perlu kita teruskan. 

Apabila jarum jam terhenti, maka jam akan mati. Begitu juga umur manusia, apabila nadi berhenti, maka tiada lagi nyawa manusia. Tiada lambat sesaat atau cepat sesaat. Dan pada hari itu lah segala kebaikan mu akan muncul, sehari kemudian mungkin masih diratapi, seminggu kemudian mungkin juga masih diingati, sebulan kemudian mungkin sudah dilupakan. Itulah realiti kehidupan.

Aduhai ya Rabb, inilah kehidupan! Penuh dengan kejutan. Kadang bahagia sudah berada di hadapan, namun belum sempat memeluknya, tiba-tiba hadir taufan yang membadai. Apa yang berada dalam gengaman kita bersyukurlah. Apa yang sedang Allah uji, terimalah dengan redha. Pilihan untuk memilih laluan takdir bukan di tangan kita!

"Seindah apa pun dunia, akhirnya kita tetap akan meninggalkannya"

Ya Allah

Terima kasih atas umur yang Engkau berikan ini.

Terima kasih atas segalanya.

Selamat Ulang Tahun Untuk Ku.

"Always be yourself and do good and be good"

Wednesday, August 9, 2023

Aku


Aku ini dewasa dari luka. Keluar rumah hanya untuk tertawa lepas dan kembali pulang hanya untuk merintih sendirian.

Bebanku tidak perlu kalian tahu, tawaku itu palsu. Bahagiaku sebenarnya hanya pura-pura. Setidaknya sedikit tersenyum bisa menipu orang-orang. Kerana aku tahu untuk jujur itu sangat berat. Bisa menyinggung hati walau kita ikhlas sebenarnya.

Banyak sekat yang aku buat, demi aku segera sehat. Jadi
Tolong diri sendiri disayang ya?
Sesekali dituruti saja maunya apa.
Jangan kerana kamu terlalu baik dengan orang lain,
kamu jadi lupa untuk jadi baik untuk dirimu sendiri.

Lagi-lagi diam sendirian, menikmati salah orang lain yang terpaksa ditanggung.
Jika itu Amanah pergiku untuk berjuang demi orang-orang yang ku sayang,
biarlah mereka menyakiti ku asal mereka bahagia aku sudah cukup bahagia,
setiap pagi aku berjuang dan pulangku hanya untuk tidur sebentar.

Satu hari nanti aku sedar,
Pergi ku tidak dicari  kepulangan ku juga sudah tidak diharapkan,
Aku adalah manusia paling malang yang tidak dianggap sebagai manusia 
hanya dek satu kesilapan yang sebenarnya adalah takdir ku yang aku pilih sendiri.
Dan aku sedar akulah yang salah. Tak akan menyalahkan sesiapapun. 

Kerana pada akhirnya aku akan hidup sendiri,
sisa aku dan diriku sendiri,

Hanya ingin aku dan diriku tidak pernah lelah mencoba menjadi orang baik.

Ikhlas.

Monday, August 7, 2023

Saya Tak Baik

Tuhan,

Saya sedar saya bukan orang yang baik. Saya tak pernah menganggap diri saya orang yang baik. Tapi saya tahu Allah tahu saya sedang berusaha menjadi orang yang baik. 

Tuhan,

Saya tak akan menyalahkan orang lain atas laluan takdir saya. Sayalah yang memilih jalan ini dan saya akan bertanggung-jawab sepenuhnya atas jalan yang saya pilih. Cuma mohon ya Allah Tegur la saya dengan cara mu. Saya rela dan redha.

Saya sedar setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Saya tahu sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya.

Allah sentiasa ada untuk kita. Bahkan ia sangat dekat dengan kita. Apa yang terdetik di hati kita. Dia mendengarnya. Masya Allah. Silap kita kerana jauhkan diri daripada Tuhan. Baiknya Allah sehingga kita tidak mampu menghitung berjuta nikmat yang diberi kepada kita setiap hari.

Berlapang dadalah dengan ujian. Kerana syurga itu akan diisi oleh orang-orang yang diuji seperti para nabi. Begitulah dengan kita, Allah mahu beri kita syurga melalui ujian yang sedang kita lalui sekarang. Bersabarlah dengan ujian yang datang. Bukankah ini bukti Allah sangat sayang kepada kita? Bersangka baik dengan Allah, pasti kita akan mudah redha.

Ya Rabb.

Mohon maaf atas khilafku menyakiti diriku sendiri. Kadang aku tak sekuat seperti yang sepatutnya. Terima Kasih atas kesempatan yang Engkau berikan untuk ku meneruskan kehidupan ini. Aku sayang Kamu Ya Allah.  Maafkan aku.

Friday, August 4, 2023

Berdamai Dengan Takdir


Apabila ia datang bukan pada masanya. Bukan salah kita apabila lewat tiba pada jalan yang kita mahukan. Kenapa sekarang dan bukannya dulu. Tetapi memang begitu aturanNya. Allah berikan waktu agar kita tahu bahawa apa yang bukan milik kita, usahalah macam mana sekalipun, tetap akan menjadi milik orang lain. Dan apabila ianya ditetapkan menjadi milik kita tetap akan datang kepada kita.

"Tidak ada istilah terlambat, semuanya berjalan pada waktu yang tepat. Berhenti mengintai kehidupan orang lain, Cintailah jalan takdir sendiri".

Sedetik pun yang bernama ujian itu tidak akan lenyap. Cuma, ia hadir dalam dua bentuk, Sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Sama ada dalam bentuk kebahagiaan atau penderitaan.

Selebihnya, sabar dan redha dengan aturan takdir ini! Justeru perlahan-lahan ajarlah hati untuk terima laluan hidup masing-masing. Yakinlah apa yang dilorongkan Allah kepada kita, pasti ada kebaikan kerana mukmin sejati, saat dirinya diuji dia bersabar, saat diberi nikmat dia bersyukur.


Thursday, August 3, 2023

Being Bold


Kadang merenung ke hadapan membuat nafasku sesak. Jika difikirkan terlalu banyak rintangan yang harus difikirkan. Terlalu banyak masa yang perlu kau guna, hanya untuk merancang sahaja.

Tidak Perlu! Melangkahlah dahulu. Mulakan langkahmu satu persatu. Tumpu di mana kau berada sekarang. Jangan lagi menoleh ke belakang. Jangan juga mendongak ke awan. Bimbang akan membuatmu keletihan dan akhirnya mengalah. Dan aku bukan seperti itu kerana apa yang aku inginkan pasti akan ku gengam. Bergeraklah biarpun perlahan-lahan tanpa tekanan. Agar nantinya, tahu-tahu, engkau sudah berada di pertengahan. Dan akhirnya, tahu-tahu puncak itu telah berjaya kau tawan!

Sungguh. Tidak ada daya dan kekuatanmu melainkan dengan izin Allah. Usaha, doa, yakin dan bertawakallah. 

Di saat hatimu dilambung badai kecewa, yang buat dirimu terkapai-kapai meronta jiwa dan raga, bersyukurlah kerana masih mampu mencuba sedangkan telah ramai yang lemas kerananya.

Tenang mengejar, menahan, mengharapkan hingga memperjuangkan. Sudah saatnya kita untuk mundur, menyerahkan semuanya untuk diatur sama Tuhan. Biar jalannya tak rumit lagi. Biar setidaknya bisa bernafas lebih tenang lagi.

"Ini Tuhan, hidupku aku kembalikan lagi padaMu. Bagaimana baiknya saja"

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)