Thursday, May 26, 2022

Melangkah Dengan Tenang


Tak kisahlah sehebat mana taufan mengganas,

Yang penting jangan cepat mengalah,

Apabila celaru ubat hati dengan istigfar,

Apabila ada masalah, cari jalan keluar,

Selagi ada peluang, selagi ada ruang.

Saat sedih, kita perlukan lebih waktu untuk bersendirian.

Tetapi jangan terlalu ikutkan perasaan. 

Bangun semula. Walau sakit, walau pedih, tetap kena kuatkan diri

Bangkit lah.... Teruskan kehidupan

Ambil aura positif daripada orang sekeliling.

Apabila melihat orang lain bergembira, kita pun boleh ikut bergembira.

Sekurangnya lenyap seketika sedih yang sedang mendakap.

Yakin suatu saat kita pun akan mendapatkan kehidupan seperti itu.

Kejarlah cita-cita dan impian mu.

Ajarlah diri untuk jadi lebih positif. 

Apabila keadaan dah terkawal, hati dah tenang, hati akan jadi lebih lapang.

Justeru tak ada apa lagi yang perlu kita bimbang.

Apapun yang berlaku di hadapan, serahkan semuanya kepada Allah.

Melangkahlah dengan tenang.

Kerana jika tempat itu adalah takdir mu,

Maka ianya akan tetap menjadi destinasi mu.

in sya Allah

Tuesday, May 17, 2022

Bebaskan Perlahan-lahan


Ada waktu terjatuh, rasa seperti separuh nyawa hilang dibawa pergi. Kita pandang hidup ini sudah tidak bermakna disebabkan kita berputus asa. Rasa lemah dan lelah untuk bangun semula. Wahai diri, dengar! Jangan kerana satu masalah kau heret diri ke lubang yang lebih dalam! Jangan kerana hilang semangat untuk hidup kau hancurkan lagi hidup yang sedia rapuh!

Ada ketika laluannya sukar dan pahit. Ada ketika laluannya senang dan manis. Bilamana kau tempuh itu cuma satu kepahitan. Percayalah, pada satu sisi pasti terdapat keindahan dan kemanisan, pengajaran dan tauladan. 

Yang lepas biarkan lepas. Apa yang tertulis untuk kita, tak mampu untuk kita padam. Pahit atau manis, bahagia atau derita, perjalanan perlu diteruskan. Belajar untuk terima akan apa yang telah Allah takdirkan.

Saling la mendoakan.


ameysyach

17 Mei 2022

Tuesday, May 10, 2022

Cuma Singgah Sebentar


Bangunan yang tinggi itu jangan kau panjat,

Lukanya begitu parah saat kau jatuh,

Jangan masuki hati manusia itu terlalu dalam,

Kerana sulit untuk kau keluar semula.


Apabila menyayangi seseorang, jangan sayangkan dia melebihi sayang kita kepada Allah s.w.t. Apabila mencintai seseorang, binalah tembok agar rasa yang singgah itu tidak terlalu mendalam. Sedarlah, walau sesetia dan seikhlas kita, walau hubungan itu dibaja dengan benih cinta, dia tetap seorang makhluk yang hatinya boleh berubah pada bila-bila masa dan dengan sekelip mata atas izin Allah.

Kadang kita terlalu meletakkan kepercayaan tinggi yang  kita akan setia. Namun adakalanya Allah mengetuk hati kita dan menyedarkan kita telah tersalah langkah.  

Saat yang lain sedang lena beradu, Allah bangunkan ku untuk aku memohon keampunan. Mohon Allah hidupkan semula hati yang sudah lama keras ini. Minta Allah hantarkan kekuatan dan merintihlah bersungguh-sungguh. Merayu agar Allah bukakan lorong untuk kita keluar dari kekhilafan. Menerusi malam yang disirnakan dengan Tahajud, inilah masanya untuk kita kembali dekat dengan Allah.

Jika hambaNya sanggup bangun untuk DIA, tidak perlu dicari harapan dan semangat di tempat lain. Cukuplah Allah menjadi tempat sandaran untuk terus berjuang dalam hidup. Ia cuma perlukan tempoh untuk berubah dan melaksanakan.

ameysyach

10 Mei 2022

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)