Saturday, November 14, 2009

Trip ke Pulau Pangkor


MH2663Y meninggalkan KKIA jam 10 pagi. Aku dan Lan sampai di KLIA jam 12.25 trus ke ERL tuk ke Putrajaya. Di stesen ERL Dr Rose dah menunggu dalam keadaan sakit mata so dia tak joint our trip. Then jam 2pm KB datang so perjalanan ke Lumut pun bermula. Jam 6.30 kami sampai Lumut and dalam perjalanan kami berhenti di somewhere tuk makan. Kami menaiki feri jam 7pm dan sampai di jeti ke-2 Pulau Pangkor jam 7.45, van Puteri Bayu Resort dah menunggu kami dan sampai di Resort jam 8.00pm. Perjalanan yang amat meletihkan. Kami terus makan dan dengan badan yang hapak kami terus ke bilik taklimat sehingga jam 9.00pm. Selepas itu, masuk bilik 212 then mandi. Jam 10.00 pm kami meminjam van resort tuk makan laksa with Datin Azza, Wan Suraya, Ghazali, Jeffry dan Nuzie. Malangnya gerai tersebut dah tutup so just singgah melihat gerai pakaian t'shirt Pulau Pangkor. After that kita dibelanja oleh Datin Azza minum. Jam 12.00 malam masuk bilik kemudian on9 and chating with Alfie n Rozalind. Tertidur jam 2am. Jam 6am Arick dah menelifon aku then terjagalah,after solat subuh trus kami di bawa ke Pusat Kokurikulum Perak tuk senamrobik. Ok lah. After tu miting till 12.00noon. Jam 1pm kami menaiki bot tuk mengelilingi Pulau Pangkor then Pangkor Laut. Nampak lah batu buaya, paus dan penyu. Pangkor taklah sehebat Sipadan atau Mabul tapi percutian ke seni menjanjikan keseronokan yang berbeza. Nda ada di Sabah. Petangnya kami bermain voli pantai diikuti futsal. Malamnya after discussing for seminar kami dipaksa berkaraoke tuk mewakili negeri masing2. Aku dan Lan dengan terpaksanya telah berjaya mensumbangkan dua buah lagu. After menyanyi kami terus keluar shoping for anak2 dan isteri di rumah. Jam 2 malam baru tidur. Paginya aku terbangun jam 6.15 when Harith call aku. Solat subuh terus bersiap for balik KK again. Jam 8.30 discussing pelaporan persediaan seminar till jam 9.30. 10.30 kami meninggalkan Pulau Pangkor menuju ke Lumut. Cadangan menemui adik-adik di Kg. Gajah seperti tidak menjadi kenyataan. Sham dah balik2 call begitu juga with Arah. Kami very close time study di Indonesia dulu. Sham last c him 2007 di KK tapi Arah since 1995 tak jumpa dia just sms and call saja pengubat rindu. Namun kebesaranNya kami tersesat dan termasuk jalan ke Kg Gajah so dalam keadaan sesat itu aku call Sham dan akhirnya kami berjumpa disimpang yang betul-betul dekat dengan rumah Arah. Jadi dapatlah melepas rindu dan berkenalan with hubbynya Din(actually kenal coz dia dari IKIP Yogyakarta) dan anak-anaknya. Arah still like dulu. Tak banyak yang berubah begitu juga with Sham. Kami makan Durian dan Rambutan. Terkilan juga tak dapat jumpa Angah, Amin dan Din Trada yang dah macam adik beradik. Teringat kenangan di Indonesia dahulu kami seperti keluarga besar dan adik beradik. Kemana-mana kami sering bersama, berkonvoi, menonton dan sebagainya. 1991-1995 Kami bersama ketawa, menangis, berselisih faham tetapi itulah yang menjadikan hubungan kekeluargaan kami kekal hingga kini. Arah, Cha'a, Angah, Din, Juju, Myl dan Amin batch 1991 dan our Esther kemudian datang Sham, Doris, Boy, Alin...Itulah kenangan di Indonesia...Tepat jam 2pm kami meninggalkan Kg Gajah terus ke ERL Putrajaya. Terima kasih KB kerana menumpangkan kami ke Pangkor and ke Putrajaya again. Anda juga seperti aku dan Lan agak gila juga kepala...Kami sampai KLIA jam 6.00pm. MH2628 kemudian meninggalkan KL tuk ke KK. Habislah cerita 11-13 November ku. Dapat berkenalan dengan KB bertambah lagi seorang kenalan ku...ok kita jumpa lagi pada 18 November dan 30 November nanti.....




Thursday, November 12, 2009

Kakitangan Kerajaan Tak Bermoral

"Dalam keadaan ekonomi yang belum stabil, cuepac tidak seharusnya meminta bonus daripada kerajaan. Perbuatan ini menunjukkan cuepac tidak bermoral"...itulah kata-kata yang diucapkan oleh PM kita. Kenyataan yang sangat pedih untuk didengar. Presiden Cuepac tidak harus dipersalahkan, dan bukannya hendak popular tetapi hanya menyampaikan hasrat kakitangan kerajaan sahaja. Meminta dan tidak semestinya diberi. Umpama seorang anak meminta wang daripada ayahnya. Kalau ada diterima dengan senang hati dan kalau tidak ada tidak apa dan hubungan antara anak dan ayah tak akan terputus. Dan sang Ayah juga pastinya jika tidak dapat memenuhi tuntutan anaknya pasti tidak akan menyebut anaknya tidak bermoral. Kenyataan ini terlalu keras diberikan oleh seorang pemimpin kepada kakitangan yang banyak memainkan peranan membantu negara malahan menjadi penyokong kuat kerajaan. Tidak dinafikan ada kakitangan yang dalam senyap2 menyokong pembangkang tetapi kenyataan ini sangat sukar ditelan dan kemungkinan besar bilangan yang beralih ke pembangkang akan bertambah. Jika tidak dapat dipenuhipun jangan lah menggunakan istilah tidak bermoral, berilah penjelasan yang baik seperti seorang ayah yang baik menasihati anaknya. Cuepac mengemukakan cadangan sahaja diterima atau tidak terpulang pada PM. Tak paksapun...kami rakyat faham bah..naik minyak kami faham, tiadapun kakitangan kerajaan berpiket, mogok dan sebagainya...naik beras kami faham, apa lagi yang mau dinaikkan..naikkan saja kecuali gaji...tapi gaji menteri dan YB dinaikkan pun kami tak kesah...konon2 supaya elakkan para menteri dan YB daripada melakukan Rasuah..setuju bah...kami kalau PM dah putuskan...kami rakyat biasa...biasa hidup susah...tapi kami masih punya harga diri...alias MORAL yang tinggi....

Tuesday, November 10, 2009

Pak Tua Sudahlah....

Dr. M yang pada fikiran aku masih mampu mentadbir negara dengan baik sanggup meninggalkan jawatannya untuk negara. Tetapi yang satu ini akupun hairan bin pelik bila nak undur. Sudah, sudahlah tu lebih 30 tahun dah mengetuai MIC. Dah boleh masuk rekod dunia ni. Rakyat dah bosan dah. Dah kalahpun dalam pilihanraya masih juga mahu terus berkhidmat. Itu dah petunjuk rakyat dah tolak tapi si tua ni masih belum sedar. EGM MIC hari tu pun, mana ada demokrasinya kalau para perwakilan dipaksa tanpa sedar oleh Mr Presiden untuk memilih wakil pilihannya. Dan akhirnya semua wakil pilihannya menang...mesti ada yang disebaliknya...Barisan Nasional akan lemah sekiranya MIC masih dipimpin oleh Mr Presiden ini dan krisis MCA yang tidak berpenghujung. Pak Tua sudahlah...masih ramai pemimpin India yang mampu untuk bekerja lebih baik lagi....

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)