Tuesday, July 19, 2016

Bukit Pirasan, Tintitipon via Kinasaraban Kota Belud

Ahad 17 Julai 2016 jam 1.30 petang saya dan Lan bertolak ke Petronas Marabahai tempat pertemuan dengan rakan #Bukit ke Bukit. Kami meneruskan perjalanan ke Kg Kinasaraban Kota Belud. Saya dimaklumkan oleh Awer bahawa ada rakan Hikers (Tembak Bukit) dan Runers akan menyertai pendakian ke Puncak Bukit Pirasan melalui laluan Kinasaraban. Kami meletak kenderaan ditepi rumah orang kampung. Yon@Puro Eskanol telah mendapat kebenaran daripada orang kampung untuk mendaki bukit ini. Rakan pendaki lain telah disambut dengan meriah oleh orang kampung. Yon memaklumkan saya agar membawa kumpulan saya melalui laluan sawah dan kami bertemu di anak sungai untuk menemui kumpulan lainnya. Kami mulai bergerak agak lewat iaitu pada 3.30 petang dan setelah berjumpa di anak sungai Awer memberi sedikit taklimat. Saya terkejut melihat gelombang oren kali ini seramai 32 orang. Warna baju kebetulan bertembung. Anggota BkB hampir lemgkap Yon, Awer, Pau, Saya, Lan, Lijah dan Glen...(Mer sedang dalam perjalanan menawan Kinabalu). Yon dan Awer mengetuai pendakian kerana Yon telah terlebih dahulu mendaki melalui laluan Kinasaraban. Lijah, Glen, Pau, Saya dan Lan bertindak sebagai sweeper (berjalan paling belakang). 
Me and Lan

BkB, Tembak Bukit & Runners bergabung

Setelah melintas jambatan kami melalui kebun Pokok Getah dan mulai memasuki hutan. Laluan agak licin kerana baru hujan dan agak curam. Kami bernasib baik kerana berada dibarisan belakang jadi nyamuk pastinya sudah kenyang kerana ada 27 orang pendaki berada dihadapan kami. Baru 20 minit pendakian di kawasan hutan seorang pendaki Fatin keletihan dan berehat dibatu. Saya menegurnya kerana melihat wajahnya telah pucat. Saya bertanya adakah dia merasa pening. Sangat pening katanya lalu saya mengambil First Aid dan memberikannya minyak kapak. Saya memintanya berehat dan hilangkan pening baru meneruskan perjalanan. kebetulan seorang rakan mahu menjaganya dan sayapun meneruskan pendakian. Setelah melalui kawasan hutan saya melihat rakan-rakan lainnya telah sampai ke puncak pertama dimana ada sebuah pondok di sana. Lengkap bertandas dan ada tangki air disediakan. Setelah berehat kami memulakan pendakian ke puncak kedua. Laluan ke puncak kedua dan seterusnya melalui lalang hijau dan hanya sedikit pokok renik sepanjang perjalanan. Cuaca pada masa itu juga agak redup diikuti angin yang menyejukkan badan kami. 

Jambatan yang dibina orang Kampung

Lan, Lijah, Glen dan saya (Sweeper kunu)

Dari Puncak dua kami melihat laluan Kinasaraban ini memang Subhanallah memang lebih indah berbanding laluan Pirasan. Saya teringat semasa mendaki Merbabu di Jawa Tengah apabila melihat puncak-puncak Bukit Hijau dihadapan kami. 

Lan, Saya Pau dan Aisyah  di Puncak Pertama

Gelombang Oren dihadapan ku ke Puncak Ketiga

Sepanjang perjalanan ke puncak ketiga, keempat, kelima, keenam dan entah yang keberapa tiada kejadian tidak diingini berlaku. Cuma lalang agak panjang dan laluan agak licin menyukarkan pendakian kami. Saya terlupa membawa sarung tangan menyebabkan sukar berpayut dilalang yang agak tajam. Setelah melihat puncak bukit 10 di sebelah saya dan Lan bergerak agak pantas dan meninggalkan 9 orang pendaki terakhir (kerana mereka bergerak agak perlahan dan jika sebarang kejadian berlaku kami masih boleh melihat mereka di puncak 8 dan 9. Puncak 9 ke 10 agak curam dan saya beberapa kali tergelincir. Sampai dipuncak 10 saya mencari bendera yang saya pasang sebulan yang lalu tetapi hanya tali putih yang tinggal. Saya menggantikannya dengan bendera Sabah. Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak. So dipuncak masing-masing mula mnengambil gambar kenangan. Dan setengah jam kemudian kami mula bergerak turun dan sampai di starting point jam 7.20 malam.
Puncak 8, 9 dan 10
Kami di Puncak 10
Setelah turun BkB dipelawa beraya ke rumah Geng Hikers Tembak Bukit di Kampung Lentigi (Terima kasih jamu kami dengan masakan kampung, ulam-ulaman dan ikan bakar). Setelah itu kami ke rumah Aisyah di Kg Taun Gusi. Saya dan Lan sampai rumah hampir jam 11.00 malam. Terima Kasih geng BkB (Yon, Awer, Pau, Lijah, Glenn dan Lan)...Terbaik...jumpa di next bukit...Kita aturr lebih baik...
Bendera Sabah menggantikan bendera Malaysia yang hilang
Lagi Bendera Sabah kami pacak di Bukit Sebelah
Lan my best buddy
Thanks Mas Bro


In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)