Monday, October 12, 2009

BN menang besar di Bagan Pinang

"BN menang besar di Bagan Pinang" itulah tajuk dada akhbar hari ini. Dan di TV3 dan RTM malam tadi menayangkan keputusan dan ulasan panjang lebar kemenangan BN tersebut. Tidak seperti biasanya jika PR yang menang hanya keputusan sahaja diberi dan dah pindah ke berita lainnya. Itulah Demokrasi Media di negara ini, apabila BN menang panjang lebarlah ulasannya malah sehingga berhari-hari tapi apabila PR menang tak sampaipun seminit ulasannya. Bercerita tentang kemenangan BN ini yang memperolehi 8013 berbanding PAS 2578 dengan majoriti 5435 undi jelas menunjukkan BN tidak salah memilih calon kali ini. Dan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Najib kerana sekurang-kurangnya masih ada sedikit harapan untuk merebut kembali hati pengundi di Semenanjung, tapi yang pelik setiap kali pilihanraya kecil diadakan hanya Muhyidin yang dok berkempen sebaliknya Najib sibuk ke luar negeri. Kemenengan ini harapan saya agar BN tidak akan menjadi riak sebaliknya terus mendekati rakyat agar kemenangan terus berpihak kepada BN. Untuk itu, perlu dilihat juga kemelut MIC dan MCA yang jelas-jelas akan merosakkan kekuatan BN...Nasihat untuk BN...Jangan Riak teruskan berkhidmat untuk rakyat...

Wednesday, October 7, 2009

PK DUN Bagan Pinang

Aku tertawa terguling-guling when melihat berita TV3 memaparkan Abd Azezz dimasukkan ke wad akibat ditumbuk ketika mengiringi seorang menteri untuk berkempen di Bagan Pinang... BN nampaknya masih gunakan pendekatan propaganda iaitu memburukkan parti lawan dalam awal kempennya.Sama seperti kempen sebelumnya...(sebelum ini polis ditampar, ahli puteri dilempar batu dan sebagainya) tetapi Pakatan Pembengkang masih meraih sokongan rakyatnya buktinya daripada 7/8 Pilihanraya kecil yang diadakan di Semenenjung Malaysia semua dimenangi oleh PR. BN seharusnya ubah strategi berkempen...cubalah try pula berkempen secara telus di mana pihak media terutamanya TV memberi liputan yang adil. Ini kita hanya dihidangkan liputan yang sebelah pihak sahaja. Jadi kita tidak melihat gambaran sebenarnya. Yang kita tahu setiap kali pilihanraya akan muncullah kejahatan PR. Anggota puteri pula seperti dalam gambar selalunya seperti inilah...akan berkempen ke seluruh tempat. Tapi apabila pilihanraya berakhir ahli puteri pun duk diam2 kat rumah ler...nda ada pula agenda tuk teruskan agenda menambahkan sokongan terhadap BN. Aku bukannya anti kerajaan tetapi aku simpati dengan kerajaan yang telah banyak berbakti untuk negara ni...cuma sepertinya kerajaan tidak belajar daripada sejarah....sejarah kejatuhan Khalifah al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Turki, Kesultanan Melaka dan kejatuhan Singapura...Baliklah kepada rakyat adalah lebih baik...berfikirlah untuk kesejahteraan rakyat...jangan asyik berfikir bagaimana untuk menang pilihanraya...niat yang ikhlas untuk rakyat pasti akan dibalas dengan kejayaan....

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)