Thursday, March 23, 2023

Ramadhan 1


Berbicara dengan Tuhan. 

Kemudian, segala kesakitan itu menjadi nikmat.

Tenggelam dalam tangisan penuh kebahagiaan.

Berasa diri sedang diperhatikan, berasa mujahadahnya sedang dicatat, dia semakin kuat memujuk semangat.

Titis air mata menjadi bebola mutiara yang indah yang sucinya tidak mampu dinilai oleh sesiapa.

Padanya ada kilauan iman, ada segunung bukti cintanya pada Tuhan.

Ole-ole Sejadah dari Turkiye adalah petanda dariNya agar aku terus bersujud padaNya.

Terus mengingatkan ku ada segunung bukti cintaNya pada ku.

Dalam esakan, senyap dan tanpa sedetak pun suara yang kedengaran.

Hanya bibir yang bergetar menahan rasa.

Kemudian dengan sebegitu derita, meraih bahagia lalu kembali meraih senyumannya.

Siap sedia berdepan dunia.

Maafkan aku Ya Allah....



Tuesday, March 14, 2023

Nukilan Hati

 

Bukan orang lain, tapi hanya aku.
Hanya aku yang tahu seberapa besar usahaku untuk berlari ke tempat yang aku tuju.
Hanya aku yang tahu persis,
Bagaimana perasaanku dalam tiap langkahku,
Dan hanya aku yang tahu bagaimana kerasnya aku pada diriku sendiri.

Ketika orang lain mengkritik hidupku,
aku jauh lebih mengkritik diriku.
Semua yang tak berjalan baik adalah seutuhnya salahku.
Ketidakmampuanku, Kebodohanku.
Ya, pemikiran ini telah meracuni diriku selama ini.
Memberi penderitaan yang tak pernah ingin diakui adanya.

Dan ketika di luar sana lebih jahat dari diriku...
Aku kehilangan udara dalam tarikan nafasku.
Tanganku yang pandai berayun mencari pegangan.
Tapi apa yang bisa diharapkan?
Tak ada ukuran tangan lain.
Aku hanya menemukan diriku sendiri dan keyakinanku.
Kembali.





Tuesday, March 7, 2023

Melangkah Dengan Tenang 2023


Aku mampu menghidu sesuatu.
Apapun itu.
Betapa engkau terlihat semakin cuba mengerti,
Semakin cuba menghormati dan
Semakin cuba mendekati.
Lalu pada usia yang berbaki ini,
Kita diam-diam bagaikan berikrar sendiri.

Sama-sama mahu menjadi lebih baik.
Mahu beri ruang pada diri sendiri untuk terus mengikhlaskan hati.
Mahu ikhlas menadah takdir yang terukir.
Ikhlas menyauk kembali cinta yang pernah hadir atau mungkin akan pergi.
Juga ikhlas memberi.
Beri kasih, beri cinta, beri apa-apa saja yang boleh semarakkan bahagia.
Dan ikhlas menerima.
Apa saja...
seadanya.

No Title

 


Aku rindu tapi aku tidak mencarimu.
Aku ingin bertemu, tapi aku tidak mendatangimu.
Aku ingin bicara, tapi aku tidak menghubungimu.
Aku tidak mahu berjuang sendiri atas rasaku,
Hanya saja aku mencoba menahan diri, sedar diri dan tahu diri.
Kerana
Aku mahu yang terbaik buatmu.
Ada perkara yang kita tidak ia mahu berlaku.
Tetapi kita terpaksa menerimanya.
Ada perkara yang kita tidak mahu tahu,
Tetapi kita terpaksa mempelajarinya.
Ada wajah yang kita tidak mahu berpisah.
Tetapi kita terpaksa melepaskannya.
Siapa kita untuk menentukan takdirnya. 
Semoga ada hikmah.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)