Tuesday, October 24, 2023

Friday, October 13, 2023

Baliklah

Dia panggil aku berkali-kali. Dia mudahkan urusanku setiap hari. Ditawarkan pengampunan seluas langit dan bumi. Lalu jujurlah pada hati. Apa yang menghalang aku daripada kembali?

Baliklah pada Allah. Biar seteruk mana pun aku rebah. Biar sebanyak manapun masalah, biar sejauh mana pun tersalah langkah, baliklah! Selagi masih sempat selagi masih ada ruang bertaubat, baliklah!

Dan

Terima Kasih Ya Allah
Kau telah mudahkan jalanku untuk ke arah mu
Permudahkanlah aku untuk membimbing mereka
Ke jalan mu, sekali aku tahu aku bukan orang yang baik
yang selalu salah di mata mereka 
Ya namanya Perempuan
Aku reda kerana aku sayang mereka
dan aku Tahu mereka pun sayangkan aku
Biar disakiti berkali kali aku rela kerana aku tahu hanya padamu aku berserah
Hanya Engkau yang tahu ikhlasnya aku mencintai mereka
Cuma ku mohon
Beri aku kesihatan 
Itu saja

Tuesday, October 10, 2023

Tidak Aku Dustakan


Pada setiap detik nafasku, ada limpahan nikmat daripadaMu. Menjadi seorang aku, tidak ada alasan untuk kuremehkan, untuk kupandang ringan, untuk kudustakan semua yang telah Engkau kurniakan.

Pada setiap ujian, engkau iringkan kekuatan. Pada setiap kesilapan, engkau berikan peringatan. Pada setiap kedukaan, engkau pujuk dengan kasih sayang, perhatian dan harapan.

Lalu siapa aku untuk menidakkan kasih sayangMu. Siapa aku untuk menafikan segala kurniaan itu.

Terima kasih ya ALLAH.

Sungguh selagi nafas tidak berhenti, aku akan terus terhutang budi. Limpahan nikmat ini, takkan mampu ku dustakan lagi.

Ku mohon satukan mereka, biar mereka saling menerima. Bersahabat kerana Mu. Ke jalan Mu.


Tiket ke Syurga


Nota untuk ku.

"Kalau kau menunjuk baik kerana mahu tampak hebat, engkau tak akan dapat. Kerana engkau berbuat baik kerana manusia, lambat laun engkau akan kecewa. Manusia itu terlalu subjektif sikapnya. Terlalu aneh jiwanya. Unik dan tersendiri"

Di saat ada yang menyenangi akan timbul hati-hati yang membenci. 
Di saat ada yang memuji, akan ada yang berhasad dengki.

Buatlah semua perkara kerana Allah. Maka engkau takkan mudah mengeluh.
Engkau akan kuat. Engkau takkan mudah patah semangat.
Keyakinanmu lebih jitu.
Fokusmu cuma satu.

SYURGA itu.

Saat teruji, satu saja hal yang perlu kau yakini.
Allah maha baik. 
Dia uji kau sebab nak bagi kau sesuatu yang lebih baik.

Kau cuma perlu SABAR
Bermain dengan Masa.

Monday, October 9, 2023

Status Pamungkas


Buat Aku,

Selama kamu mempercayai Allah,

pastinya hatimu akan tenang tenteram.

Allah yang menetapkan awal perjalanan kamu di situ,

maka Allah akan membimbing kamu

untuk ke garisan penamat cerita itu.

Teramat pasti Allah akan menetapkan kamu bahagia dengan cara kamu.

2016 bermula Status WA dan 8 Oktober 2023 pamungkas status WA ku

Selamat Tinggal

Wednesday, October 4, 2023

Selangkah Padamu


Katanya: semakin Dia cinta kepadaku,
semakin akan diujinya aku.
Semakin Dia rindu, semakin Dia mahu aku merayu.
Begitulah kupujuk hati. Dengan tekad keyakinan ini.

Semakin banyak aku disakiti, 
semakin rapatku dengan kekasih hati.
Semakin bah air mataku tumpah,
Semakin karibku dengan sejadah.
Biar lelah menahan resah,
biar letih bergelut mujahadah.
Demi Dia, kurelakan sahaja.

Tarik nafas, hembus dan bertenang. 
Fikir dalam-dalam tentang kepentingan memikirkan hal yang membuatkan hidupmu suram.
Kamu pasti akan mendapat jawapan ketika kamu sedang bertenang.

Mintalah pertolongan Allah kerana yang menyelesaikan hal itu adalah Dia.
Kamu tidak mampu selesaikan ia sendirian. 
Jika Dia bersamamu, pasti jalanmu mudah.

Pokoknya, lebih dekat dengan Tuhan dalam hatimu maka lebih tenang hidupmu.
Tidak mungkin setelah sedekat itu hubunganmu dengan Tuhan,
Kekecewaan akan terus menerus menyapa.

Jika kecewa, ubatnya pasti wujud segera.
Jika bahagia, rasa itu akan menemanimu hingga ke syurga.

Monday, October 2, 2023

Boleh Bah


Jangan sedih-sedih lagi ya. Risiko jadi lelaki memang begitu, Kamu akan mudah disalahkan, rentan dengan kekecewaan, akhirnya akan berteman dengan kesepian.

Kalau kecewa maafin diri sendiri. Kalau capek, istirehat untuk diri sendiri. Dan kalau penat pura-pura saja kuat, duduk sebentar, tidur, bila bangun bertanya dengan diri sendiri, "Hey diriku sendiri, maunya apa?"

Kalau itu memang mahu mu. Berusaha ke arah itu. Gapailah ia sehingga dapat. Rezeki Allah tak akan pernah salah alamat. Jika memang untuk ku pasti akan dapat cepat atau lambat.

Mau sekuat-kuatnya kamu, walau kadang air mata tidak pernah merasa malu untuk turun ke pipi, jangan sok kuat ya. Air mata tidak melihat jenis kelamin. Laki-laki juga boleh menangis bah. Semua orang juga boleh menangis. Asal secukupnya. 

Hakikat kita jadi manusia itu hidup hanya untuk akhir. Berhenti melihat mereka yang larinya lebih kencang. Tutup telinga, buka mata,

Hey diriku, tujuan mu masih jauh, cukup untuk rehatnya,
Bangun lalu beri salam pada dunia,
"Hey semua, aku boleh bah!"

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)