Wednesday, October 4, 2023

Selangkah Padamu


Katanya: semakin Dia cinta kepadaku,
semakin akan diujinya aku.
Semakin Dia rindu, semakin Dia mahu aku merayu.
Begitulah kupujuk hati. Dengan tekad keyakinan ini.

Semakin banyak aku disakiti, 
semakin rapatku dengan kekasih hati.
Semakin bah air mataku tumpah,
Semakin karibku dengan sejadah.
Biar lelah menahan resah,
biar letih bergelut mujahadah.
Demi Dia, kurelakan sahaja.

Tarik nafas, hembus dan bertenang. 
Fikir dalam-dalam tentang kepentingan memikirkan hal yang membuatkan hidupmu suram.
Kamu pasti akan mendapat jawapan ketika kamu sedang bertenang.

Mintalah pertolongan Allah kerana yang menyelesaikan hal itu adalah Dia.
Kamu tidak mampu selesaikan ia sendirian. 
Jika Dia bersamamu, pasti jalanmu mudah.

Pokoknya, lebih dekat dengan Tuhan dalam hatimu maka lebih tenang hidupmu.
Tidak mungkin setelah sedekat itu hubunganmu dengan Tuhan,
Kekecewaan akan terus menerus menyapa.

Jika kecewa, ubatnya pasti wujud segera.
Jika bahagia, rasa itu akan menemanimu hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)