Saturday, November 18, 2023

Kewalahan


Orang akan menyukai mu, saat kamu melakukan apa yang mereka sukai,
Orang juga akan dengan mudah membencimu, saat kamu sudah tidak lagi melakukan apa yang mereka sukai.
Tapi tidak masalah, memang murah, harga suka dan benci, bagi orang yang selalu mementingkan egonya sendiri.
Darimu aku belajar, bahawa setulus apapun diriku, tidak menjamin kamu akan menghargai ku.
Biarlah aku Ikhlas kok.

Tapi,
Percayalah, kecewa tapi tidak marah itu adalah sabar yang luar biasa.
Nanti kau akan faham, diam adalah bentuk kecewa yang paling dalam.

24 Oktober 2023


Wednesday, November 8, 2023

PadaMu Kubelajar Sesuatu




Berderet kisah duka telah aku lalui. Beribu pintu ujian aku masuki. Padanya aku belajar banyak perkara. Soal hidup dan jalan takdir. Tentang pengorbanan, persahabatan, kehilangan, kemaafan, cinta, kasih sayang, diremehkan, semuanya telah aku kutip sehabis baik.

Dalam setiap kisah duka yang bertandang, ada banyak hikmah yang aku terlepas pandang. Apabila hikmah mula terpacul, baru aku faham mengapa di dalam al_Quran Allah berfirman:

"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ada perkara yang aku tak suka, tapi Allah izinkan juga aku laluinya dan dari situ aku belajar sesuatu. Dalam beribu ujian yang datang, jiwaku tersentuh dengan kasih sayangNya yang tak pernah kurang. Tak pernah sekalipun DIA tinggalkan aku keseorangan. PertolonganNya tetap datang walapun tahu aku selalu melupakan dan meninggalkan DIA.

Dalam kebuntuan menempuh badai di situ aku temui kehebatan dan kekuasaan sang Pencipta. Satu masalah yang terlihat tidak ada jalan keluar tiba-tiba boleh selesai dengan sekelip mata. Jalan penyelesaian yang pada awalnya kelihatan kelam tiba-tiba sirna tanpa disangka. Seperti melalui malam yang panjang, menanti terbitnya matahari.

Walau bertubi-tubi luka terlakar, aku tetap melihat kanvas takdirku yang paling indah. Apabila jalan yang dipilih tidak sesuai dengan kehendak, ketentuan yang tumbuh bagai tiada pilihan, maka redha adalah segalanya.

Dapat aku rasakan mereka berdua menyayangi ku. Sanggup berkorban untuk ku. Justeru itu ku mohon padaMu Ya Rabbi. Temukan la mereka dalam satu titik persamaan hinggakan mereka saling menerima dan boleh berkongsi rasa menjadi sahabat baik.

Ya Rabbi.

Terima Kasih untuk segalanya.

DaripadaMu aku belajar erti pergantungan.

Dan daripadaMu juga ku temui kekuatan.


In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)