Monday, October 12, 2009

BN menang besar di Bagan Pinang

"BN menang besar di Bagan Pinang" itulah tajuk dada akhbar hari ini. Dan di TV3 dan RTM malam tadi menayangkan keputusan dan ulasan panjang lebar kemenangan BN tersebut. Tidak seperti biasanya jika PR yang menang hanya keputusan sahaja diberi dan dah pindah ke berita lainnya. Itulah Demokrasi Media di negara ini, apabila BN menang panjang lebarlah ulasannya malah sehingga berhari-hari tapi apabila PR menang tak sampaipun seminit ulasannya. Bercerita tentang kemenangan BN ini yang memperolehi 8013 berbanding PAS 2578 dengan majoriti 5435 undi jelas menunjukkan BN tidak salah memilih calon kali ini. Dan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Najib kerana sekurang-kurangnya masih ada sedikit harapan untuk merebut kembali hati pengundi di Semenanjung, tapi yang pelik setiap kali pilihanraya kecil diadakan hanya Muhyidin yang dok berkempen sebaliknya Najib sibuk ke luar negeri. Kemenengan ini harapan saya agar BN tidak akan menjadi riak sebaliknya terus mendekati rakyat agar kemenangan terus berpihak kepada BN. Untuk itu, perlu dilihat juga kemelut MIC dan MCA yang jelas-jelas akan merosakkan kekuatan BN...Nasihat untuk BN...Jangan Riak teruskan berkhidmat untuk rakyat...

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)