Thursday, August 3, 2023

Being Bold


Kadang merenung ke hadapan membuat nafasku sesak. Jika difikirkan terlalu banyak rintangan yang harus difikirkan. Terlalu banyak masa yang perlu kau guna, hanya untuk merancang sahaja.

Tidak Perlu! Melangkahlah dahulu. Mulakan langkahmu satu persatu. Tumpu di mana kau berada sekarang. Jangan lagi menoleh ke belakang. Jangan juga mendongak ke awan. Bimbang akan membuatmu keletihan dan akhirnya mengalah. Dan aku bukan seperti itu kerana apa yang aku inginkan pasti akan ku gengam. Bergeraklah biarpun perlahan-lahan tanpa tekanan. Agar nantinya, tahu-tahu, engkau sudah berada di pertengahan. Dan akhirnya, tahu-tahu puncak itu telah berjaya kau tawan!

Sungguh. Tidak ada daya dan kekuatanmu melainkan dengan izin Allah. Usaha, doa, yakin dan bertawakallah. 

Di saat hatimu dilambung badai kecewa, yang buat dirimu terkapai-kapai meronta jiwa dan raga, bersyukurlah kerana masih mampu mencuba sedangkan telah ramai yang lemas kerananya.

Tenang mengejar, menahan, mengharapkan hingga memperjuangkan. Sudah saatnya kita untuk mundur, menyerahkan semuanya untuk diatur sama Tuhan. Biar jalannya tak rumit lagi. Biar setidaknya bisa bernafas lebih tenang lagi.

"Ini Tuhan, hidupku aku kembalikan lagi padaMu. Bagaimana baiknya saja"

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)