Monday, August 7, 2023

Saya Tak Baik

Tuhan,

Saya sedar saya bukan orang yang baik. Saya tak pernah menganggap diri saya orang yang baik. Tapi saya tahu Allah tahu saya sedang berusaha menjadi orang yang baik. 

Tuhan,

Saya tak akan menyalahkan orang lain atas laluan takdir saya. Sayalah yang memilih jalan ini dan saya akan bertanggung-jawab sepenuhnya atas jalan yang saya pilih. Cuma mohon ya Allah Tegur la saya dengan cara mu. Saya rela dan redha.

Saya sedar setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Saya tahu sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya.

Allah sentiasa ada untuk kita. Bahkan ia sangat dekat dengan kita. Apa yang terdetik di hati kita. Dia mendengarnya. Masya Allah. Silap kita kerana jauhkan diri daripada Tuhan. Baiknya Allah sehingga kita tidak mampu menghitung berjuta nikmat yang diberi kepada kita setiap hari.

Berlapang dadalah dengan ujian. Kerana syurga itu akan diisi oleh orang-orang yang diuji seperti para nabi. Begitulah dengan kita, Allah mahu beri kita syurga melalui ujian yang sedang kita lalui sekarang. Bersabarlah dengan ujian yang datang. Bukankah ini bukti Allah sangat sayang kepada kita? Bersangka baik dengan Allah, pasti kita akan mudah redha.

Ya Rabb.

Mohon maaf atas khilafku menyakiti diriku sendiri. Kadang aku tak sekuat seperti yang sepatutnya. Terima Kasih atas kesempatan yang Engkau berikan untuk ku meneruskan kehidupan ini. Aku sayang Kamu Ya Allah.  Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)