Monday, August 22, 2022

Tidak Aku Dustakan


Jangan kau salahkan dia yang pernah datang memberi harapan kemudian pergi meninggalkanmu terkapai-kapai keseorangan. Semua itu berlaku dengan izin Tuhan. Untukmu, itulah ujian yang akan menghadiahimu kematangan dan untuknya, itulah ujian yang harus dijawab di hari kemudian. Tiada yang mampu berlepas tangan.

Bila saja ada hati terluka, pasti ada yang akan menerima padahnya. Kalau kau yakin tidak bersalah, maka tenanglah. Biarkan takdir yang membalas segala beban rasa yang kau galas.

Jangan kau salahkan dia yang tiba-tiba hadir mengganggu hingga kau fikir telah merebut segenap inci kebahagianmu. Sungguh soal jodoh dan rezeki tidak akan pernah tertukar, maka biar! Kalau itu memang milikmu, yang kau perlu cuma bersabar. Hari ini atau esok, pasti jadi milikmu juga atau barangkali Tuhan telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih istimewa.

Tiada apa yang perlu kau susahkan kerana masa sentiasa bergerak ke hadapan. Justeru, dalam merungkai masa derita jangan sampai kau terlupa ada masa bahagia yang menunggumu di depan sana. Jangan kau salahkan sesiapa. Jangan kau seksa jiwamu dengan dendam dan kebencian kepada manusia. Percayalah. Ujian yang menimpamu ini daripada Dia. Ada sebabnya.

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)