Wednesday, April 27, 2016

Bukit Tirig

Dapat call daripada Nuzie bawa ke Tirig esok pagi 12 Mac 2016. Actually saya demam malam tu namun saya hanya mengiyakan saja ajakan Nuzie. Esoknya selepas subuh dengan demam yang belum sembuh total saya berjogging dari rumah menuruni bukit Sierra ke jalan raya utama untuk memanaskan kaki dan menunggu Nuzie datang menjemputku. Jam 5.50 Nuzie datang dan kami meluncur ke Kampung Lapasan mencari starting point Bukit Tirig.
Agak mudah mencari starting ponit kerana pada waktu itu ada beberapa pendaki juga memulakan pendakian jadi kami hanya mengikut dari belakang. Trail ke Puncak Bukit Tirig akan mudah berbanding Bukit Perahu. Laluannya juga merupakan laluan jalan salib seperti ke Bukit Perahu. 
Pendakian mengambil masa 25 minit dengan pemandangan sepanjang pendakian juga agak menarik iaitu KKIP, Bukit Gundul turut kelihatan, Sepanggar dan kawasan persekitaran Kampung Lapasan. 
Sampai di kaki puncak kelihatan beberapa orang kampung dengan beberapa ekor anjing menuruni bukit Tirig. 
Aku agak kelelahan disebabkan demam sampai juga ke puncak Tirig yang viewnya SubhanAllah sangat cantik dengan Teluk Mengkabong, Jambatan Mengkabong yang dulunya masa kecilku tempatku mencari ketam dan memancing ikan. Waktu itu, Bukit Tirig tidak pernah terlintas dalam fikiran ku untuk didaki sebab waktu itu aku hanya berminat mandi dilaut.




No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)