Wednesday, April 27, 2016

Bukit Gundul @ Bukit Botak Sepanggar

Bukit Gundul @ Bukit Botak Sepanggar sebenarnya telah aku takluki pada November 2013. Waktu itu aku berempat dengan rakan. Kami melalui Kg Melawa melalui jalan Salib. Seingatku waktu itu petang dan laluan pada masa itu sangat mencabar kerana trailnya rumput agak panjang dan hutan masih tebal. Masa balik itulah kami ternampak lembaga putih terbang melintas dihadapan kami. Dan peristiwa itulah yang menghentikan semangatku untuk menawan bukit-bukit lainnya lagian waktu itu naik bukit belum menjadi trend.

Berbalik ke Bukit Gundul @ Botak ini merupakan pendakian kedua ku ke Puncak Bukit Gundul melalui trail yang baharu. Kami bersama kumpulan yang agak besar pada kali ini berjumpa di Starting Point berhampiran terowong ke Sepanggar. 19 Mac 2016 kami mula bergerak jam 6.15 pagi disebabkan ada yang terlewat sampai. Trail ini agak mudah dan kami melalui kawasan hutan yang baru terbakar disebabkan El Nino yang sedang melanda Sabah. Pendakian di ikuti gelak ketawa dan aktiviti menyelfikan diri menyebabkan pendakian bersifat lebih santai. Laluan ke Bukit Gundul pula tidak seteruk ke Perahu dan tidak semudah ke Tirig. Akhirnya setelah melalui perjalanan hampir 35 minit kami satu persatu sampai ke Puncak Gundul yang jauh berbeza daripada 2013. Rumput yang dulu agak panjang kini sudah semakin menunduk. Viewnya tetap sama seperti dulu cuma bangunan-bangunan baharu yang membezakannya dengan view 2013.




No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)