Monday, September 4, 2023

Dan Aku Yang Hampir Menyerah


Menjadi beban dalam hidup orang yang engkau cintai, menjadi punca menggamit bala lalu menyusahkan dia yang engkau kasihi, apakah bencana yang lebih besar daripada ini? Apakah bentuk kewarasan yang mampu menahan engkau daripada segera menarik diri?

Terbungkam rasa! Lukanya bukan biasa-biasa. Lalu pergilah engkau dengan luka hati yang separah-parahnya. Melangkahlah engkau dengan luka hati yang separah-parahnya. Melangkahlah engkau dengan cucuran air mata sebanjir-banjirnya. Tak mengapa. Pergilah. Walaupun terpalit luka, sungguh itu lebih menenangkan buatmu dan lebih menyenangkan buat dia.

Engkau kalau benar cinta, harus sedia untuk berkorban. Biar engkau menangis, jangan dia! Biar engkau terluka, jangan dia! Engkau kalau benar faham soal cinta, harus sedia untuk mengalah. Maka pergilah. Cinta engkau, rindu engkau, luka engkau, tanggung saja sendiri-sendiri. Jangan kerana kedegilan engkau, dia menderita, hingga gugur bahagianya yang hakiki.

Sepatutnya

Tapi hatiku berbicara lain, aku perlu dia, dia sudah menjadi bahagian cerita hidupku. Aku inginkan dia. Melihatnya aku hanyut dalam ilusi yang membahagiakan. mendengarnya, aku beroleh terapi yang cukup menenangkan hati. Nikmat sekali. Namun ada kalanya juga membuat sesak di dada apabila dicuekin.

Demikian ujian. Betapa aku seringkali derita setiap kali harus bergelut dengan cerita lalunya yang aku tak mahu berulang. Aku sangat sayangkan dia. Aku tak mahu cerita lama berulang kembali. Akhirnya ku pasrahkan pada Mu ya Rabb. Mengharunginya buat aku semakin dekat dengan sejadah dan semakin kuat mahu berpaut pada Allah. Menyudahi ujian buat aku, dia dan kamu tersenyum indah menadah hikmah demi hikmah. 

Aku mohon Ya Rabb. Pemudahkan lah jalan kami. Dan tiada yang terluka. Hanya terpisah apabila ajal menjemput.

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)