Sunday, June 5, 2016

Hutan Simpan Bukit Gemuk Tawau

Melalui kawasan hutan simpan Bukit Gemuk Tawau pada 31 Mei 2016 dalam perjalanan Keningau ke Tawau menarik perhatian ku untuk menakluki puncak ini. Niat awalnya ingin merasakan hiking di hutan Maliau Basin, namun perbualan dengan pekerja di Maliau Basin yang mengatakan perlu memohon permit awal untuk ke hutan tersebut. Kekecewaan itu, agak terubat apabila melewati kawasan hutan simpan Bukit Gemuk yang menjadi sasaran ku. Sendiripun tidak apa, akan kutakluki bukit ini, bisik hatiku.

1 Jun 2016 setelah selesai majlis anak kakak ku, kami balik ke homestay dan aku bertanya kepada keponakanku Fadli untuk mendaki Bukit Gemuk. Fadli yang memang kaki hiking bersetuju untuk membawaku ke Puncak Bukit Gemuk. Jaraknya hanya 1.278KM dan dipuncaknya ada jambatan titi untuk melihat keindahan Bandar Tawau.

2 Jun 2016 saya bersiap seawal jam 6.00 pagi kerana janjian pada jam 6.30. Abang Zenn, Abang Hassan, Abang Frankie, Wan dan Afiq ingin ikut serta. Tepat 6.30 pagi Fadli dan Abang Anak datang menjemput kami. Kami bertolak ke starting point Bukit Gundul dan sampai di sana jam 6.50 pagi. Sebenarnya dekat sahaja tetapi Fadli singgah membeli drinking water. Sampai di kaki bukit, kami terkejut keranan rupanya kawasan ini berpagar dan dikawal oleh Taman-taman Sabah. Pengunjung yang hendak masuk ke kawasan ini dikenakan bayaran RM5.00 dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak. Lucunya aku tidak membawa dompetku begitu juga yang lainnya, untung Wan adikku ada membawa begitu juga Fadli. Kami menyangka ianya percuma dan tinggal mendaki sahaja.

Kami menunggu hamper 40 minit barulah penjaga gate datang untuk membuka pintu pagar hutan simpan ini. Lagi lucu apabila Abang Anak (Pensiunan Sarjan Mejar Polis) memarahi penjaga gate tersebut. Free-free kena marah.

Kami memulakan pendakian tepat jam 8.00 pagi untuk ke Puncak Bukit Gemuk, laluan ke puncak agak mencabar dengan jalan yang agak licin sebab malamnya hujan. Hutannya juga agak tebal dan dalam masa pendakian kami terserempak dengan seekor Baboon (monyet). Beberapa spesies serangga dan pokok balak yang bersaiz besar masih terdapat di hutan ini. Pokok-pokok gemuk inilah yang menyebabkan hutan ini dinamakan Bukit Gemuk. Sepanjang pendakian saya kagum dengan kekuatan stamina abang sepupu saya Abang Anak yang sudah mencecah 66 Tahun tetapi masih kuat. Abang Frankie sahaja yang jauh tertinggal oleh kami. Diapun meminta kami meneruskan pendakian kerana kami juga dikejar waktu. Jam 10 pagi kami harus bertolak balik ke Keningau dan seterusnya ke Kota Kinabalu.

Setelah 20 minit mendaki kami sampai ke puncak Bukit Gemuk dan kemi terus menaiki Canopy Walk sepanjang 380 meter untuk melihat Bandar Tawau. Pemandangan yang sangat indah dan kepenatan mendaki tadi hilang apabila sampai di Puncak. Setelah berehat selama 5 minit. Abang Anak mengajak kami untuk berlumba turun ke bawah. Saya hanya tersenyum kerana pergelangan kaki kiriku masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Namun saya hanya mengiyakan saja. Afiq, Fadli, Abg Anak dan Wan mendahului kami, saya, abg Zenn dan Abg Hasan hanya berlari santai mengejar dari belakang. Lagipun saya ingin mengambil gambar untuk dikongsi bersama rakan-rakan HH dan BkB ku. Moga aku dapat membawa mereka ke sini dan terus menakluki bukit di Taman Bukit Tawau (Table) bersama mereka.

Afiq yang sampai duluan diikuti Fadli, Wan dan Abg Anak dapat ku kejar disebabkan Abang Anak jatuh tersandung akar pokok. Lutut kakinya berdarah dan untung kecederaannya tidak serius. Kami turun dari puncak Bukit hanya mengambil masa 15 minit. Lucunya abang Frankie hanya sampai di pondok ketiga lebih kurang 300M pendakian.

Terima kasih Abang Anak dan Fadli kerana membawa kami mendaki bukit ini. Bah nanti kita takluki pula Taman Bukit Tawau (Table) bulan Oktober nanti.


Batu-batuan yang ada semasa pendakian


Abg Zenn, aku dan Fadli. Pokok Balak yang kami temui

 Melalui Canopy Walk sepanjang 380M dan setinggi 130-150 M 


No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)