Sunday, June 5, 2016

Bukit Gundul Sepanggar Sebelum Ramadhan

Selesai subuh abang Zenn menelefon aku, dan membawa ke Bukit Gundul. Aku lalu memberitahu my Rian jika dia mahu ikut kerana Kak Dang juga ikut. Arick seperti biasa teruja untuk mengikuti ku turut bersiap. Jam 6 pagi kami bertolak ke Sepanggar. Aku, my Rian, Arick, abg Zenn, Kak Dang, Qistina dan Alyia memulakan pendakian 6.10 minit pagi. Sebelumnya aku membeli 5 botol hundred plus untuk diminum sepanjang pendakian.

Qistina dan Alyia seperti biasa berlari mendaki bukit ini. Kak Dang berteriak-teriak memarahi mereka kerana risau mereka terlalu jauh dari kami. Aku meminta Arick mengejar dan mengikuti mereka dari belakang. Kak Dang yang selalunya bangga jika mengalahkan aku kini mula sedar bahawa dia mulai kepenatan setelah 70% pendakian. My Rian pula mula tercungap-cungap kepenatan. Aku dan Bang Zenn hanya tersenyum melihat mereka. Namun keindahan puncak Bukit Gundul menaikkan semangat mereka untuk terus mendaki dan akhirnya kami sampai ke puncak lebih kurang 25 minit pendakian. Masa yang cukup baik untuk mereka berdua sebenarnya. 

Seperti selalunya abang Bungsu ku sudah ada di Puncak bersama anak dan isterinya. Kami sempat berbual dan bercerita kisah pendakian bersama Abang Anak (abang kepada abang Bungsu). Setelah puas bergambar dan menikmati keindahan bandar Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dan kawasan sekitarnya kami mulai turun daripada puncak untuk ke Batu Bukit Gundul dan mengabdikan gambar di sana. Kak Dang yang gayat tidak mahupun mendekati batu itu. Aku, my Rian dan abg Zenn sahaja yang bergambar di batu ini. Arick dilarang oleh mamanya untuk bergambar kerana risau jatuh ke jurang.

Kami mulai turun dan akhirnya sampai di starting point 15 minit kemudian. Kami akhiri pagi kami dengan bersarapan di Restoran Sri Keningau. 

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak....
Bunga Lalang Mulai Tumbuh 



Kami di Batu Bukit Gundul, Sepanggar
My Rian Hairani dan Arick Syach
Atalarick Firman Syach


No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)