Wednesday, March 4, 2009

Ikhtibar dari pemerintahan Khalifah al-Rasyidin



Zaman khalifah al-Rasyidin muncul setelah kewafatan Rasulullah. Bermula dengan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, diikuti zaman kegemilangannya pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Semasa Umar al-Khattab memerintah lebih kurang 10 tahun, Tanah Arab mencapai kegemilangannya, penduduk hidup teratur sesama Islam, nasrani, yahudi dan pelbagai agama dan etnik lagi. Jika dikaitkan dengan Malaysia zaman ini bolehlah disamakan dengan pemerintahan Tun Mahathir. Khalifah Umar al-Khatab digantikan oleh Khalifah Uthman al-Affan seorang yang terkenal bersifat lemah lembut, hartawan dan dermawan. Namun semasa pemerintahannya selama 12 tahun, pada 6 tahun pertama pemerintahannya agak baik namun pada 6 tahun terakhir Uthman mula dipengaruhi oleh kaum kerabat, kroni sehingga membawa keadaan kucar-kacir di Tanah Arab. Uniknya perkara seperti itu berlaku semula tetapi bukan di Arab tetapi di Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi setelah menerajui kerajaan mendapat sokongan padu rakyat pada pilihanraya ke-11, dengan mendapat majoriti melebihi 2/3 kerusi di parlimen. Malangnya kejayaan tersebut telah membuat Pak Lah terleka, alpa dan mula dipengaruhi oleh kerabat, kroninya, tingkat empat dan paling hebat dikatakan pengaruh menantunya KJ.Kealpaan tersebut telah dihukum rakyat pada pilihanraya ke-12 lalu. Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang. Pak Lah yang melepaskan Anuar Ibrahim dari penjara dengan harapan Anuar akan membantunya tetapi bertindak sebaliknya. Nah, keadaan selepas itu mewujudkan kekecohan di Dewan Parlimen. Sebelum ini, insiden memaki hamun, bertumbuk, saman menyaman tidak kedengaran malah pada hari ini ianya seakan menjadi rutin hinggakan saya dah malas nak tengok berita di TV kerana malu melihat para pemimpin yang kononnya membela nasib rakyat ini. Teras kedua Rukunnegara juga telah diendahkan oleh para pemimpin ini hinggakan ada yang sanggup menyaman Sultan dek kerana kemaruk kuasa. Kalau sayalah Sultan, baik tak payah bagi pemerintahan kepada rakyat ikut saja macam Sultan Brunei, sendiri jadi Perdana Menteri, Menteri Besar dll. Negeri tu kan sultan yang punya. Harapan saya sebagai rakyat, moga peralihan kuasa benar-benar berlaku dan semoga perdana menteri baru (Najib) yang akan mewarisi pentadbiran kucar kacir ini tidak akan menerima nasib yang sama seperti Khalifah Ali bin Abi Talib.Jika berlaku, sejarah benar-benar berulang-lagi.Jadi kepada semua yang minat sangat nak berpolitik, rajin-rajinkanlah diri membaca buku-buku sejarah, kerana banyak panduan dan iktibar yang boleh dipelajari...jangan dok sibuk nak memikirkan bagaimana nak kaya atau projek yang boleh menambah kekayaan mereka...

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)