Wednesday, February 11, 2009

Tips Bercuti ke Jakarta & Bandung



Tiba di Bandara Soekarno Hatta anda hendaklah menjaga beg anda kerana sebaik-baik keluar dari pintu utama akan banyak pemandu yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan penumpang. Carilah teksi dan sebutkan nama hotel.Sebaiknya jika bercuti selama 7 hari, 3 hari di Jakarta dan 4 hari di Bandung. Biasanya (airasia) sampai malam so malam pertama stay d Jakarta then esoknya boleh langsung ke Bandung. Cadangan hotel di Jakarta ialah Novotel Mangga Dua atau Hotel Ibis Thamrin ada juga Spark Hotel dan Aston Marina. Dari Jakarta ke Bandung anda boleh meminta bantuan daripada pekerja hotel untuk mendapatkan van atau teksi. Anda boleh juga mencuba menaiki keretapi (first class tapi masih murah tau, selesa lagi) dari stesen keretapi Gambir. Jika naik teksi anda boleh singgah di Puncak, Bogor. Pemandangan ladang teh yang sangat cantik atau jika mahu anda boleh bermalam di sini untuk merasa udara segar di Bogor (Di sini banyak losmen (penginapan murah, selesa dan selamat dari RM20-RM50). Di Bandung anda pasti ingin membeli-belah. Cadangan penginapan yang paling dekat dan murah serta selamat dan selesa ialah di Hotel Nalendra, Jln Cihampelas Bandung. Hotel ini letaknya di Cihampelas pusat membeli-belah untuk pakaian, jeans, aksesori dan bermacam-macam lagi. Jika ingin barangan kulit jangan lupa ke Cibaduyut, anda boleh mendapatkan beg dan kasut berjenama (Louis Vuiton, Gucci, Bonia etc bukan orilah) dengan harga yang murah (tapi kena pandai tawar menawar, tawarlah sehingga 70% nda apa yang pasti jika harga sudah ngam kena belilah). Anda juga boleh mencuba dodol garut.Lepas tu bolehlah ke shopping mall di Bandung, ada banyak tempat. Setelah di Bandung balik semula ke Jakarta bolehlah shoping di Mangga Dua Mall, Pasar Senin, Blok M dan banyak lagi lah. Tapi yang disebut tadi tu yang famouslah dan murah. O ya di Mall anda juga boleh menawar harga tau nda macam di our country dah fixed price. Di Jakarta jangan lupa ke Ancol Dufan (Dunia Fantasi). Ok itu saja info dari saya. Selamat Bercuti ke kampung bini aku..he..he..he

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)