Tuesday, February 8, 2022


RANAU: Sabahan Outdoor Team (SOT) dan Sabahan Fat Bike  berjaya menakluki Gunung Kinabalu dengan membawa sebuah basikal Folding Bike (FOLDIE) Trinx Fly Bird 3.0 pada 25 Oktober lepas.

“Ini merupakan misi kedua kumpulan ini yang sebelum ini  membawa naik sebuah basikal Fatbike (Maxtron) pada 19 Januari 2020,” kata ketua ekspedisi, Roslan Othman.

Misi pada kali ini disertai oleh Roslan Othman (Lanos), Suhaimi Matshah (AmeySyach), Mulis Muliadi Lingka (AdiJay), Rinduan Lajiun, Sharif Julkiply Sharif Agap, dan Fandi Ajam manakala  Shapaly Ismail dan Azizul Tumin sebagai pendaki sokongan serta Azlie @ Gansau Malim Gunung yang menyertai kumpulan ini.

Pendakian kali ini bermula di Timpohon Gate dan setiap peserta akan mengangkat Foldie tersebut secara bergilir di setiap pondok sehinggalah ke Laban Rata dan daripada Laban Rata ke Puncak Kinabalu, katanya.

Pendakian bermula pada 24 Oktober  jam 10.15 pagi dari Timpohon Gate dan kumpulan ini berjaya sampai di Laban Rata pada 2.49 petang.  Cuaca semasa pendakian adalah baik walaupun keadaan trail agak becak berikutan hujan pada hari sebelumnya.

Pada 25 Oktober, misi diteruskan pada jam 3 pagi untuk membawa Folding Bike ke Puncak Kinabalu.

“ Cuaca pada waktu tersebut adalah sangat berangin, berkabus dan suhu sekitar 10’ ke 8’C. Peserta melalui tangga dan berpandukan tali putih yang terdapat di sepanjang trail menuju ke Sayat-Sayat.

Kumpulan ini sampai di Sayat-Sayat tepat jam 4 pagi dan mengambil keputusan untuk berehat sebentar kerana tidak mahu terlalu awal sampai ke puncak disebabkan cuaca yang sangat sejuk.

Tepat jam 4.30 pagi pendakian diteruskan ke KM8 dan seterusnya ke puncak  dan tepat jam 5.56 pagi basikal jenama TRINX FLY BIRD 3.0 tajaan Milesone Kota Kinabalu telah berjaya sampai ke puncak Kinabalu.

Roslan  merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja terutama kepada penaja utama Misi ini iaitu MRB Emboprint dan Milesone Kota Kinabalu (Penampang).

Turut menaja ialah Billionlite, JAM1305, Ronny Team Community, Nursaifullah Enterprise, Ikan Bakar Sabah, Velicious Bakes, Andy’s Street Photographer, Sabah Folding, KK Folding dan Nadi Borneo Travel.

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)