Atap stadium di Terengganu runtuh. Belum sampai setahun diserahkan kepada kerajaan. Salah kontraktorkah? Salah jabatan yang meluluskan kerja siap binakah? Salah kerajaan kah? Masing-masing menyalahkan pihak lain. Kontraktor dari Korea konon yang bersalah. Berapakah jumlah sebenar pembinaan stadium tersebut? Katakanlah 100 juta, pasti 50 juta dah pergi ke mana-mana? Kontraktor hanya terima 50 juta dan kalau kos bina mencecah 50 juta pasti kontraktor akan menggunakan bahan yang tidak berkualiti dan pekerja yang tek berkualiti. Lepas tu kontraktor pasti akan sisa sedikit RM tuk diberikan kepada pegawai yang meluluskan projek tersebut. Jadi masalah selesai. Semua tidak bersalah rupanya. Otromen dan raksasa pula yang telah merobohkan atap stadium tersebut....
Tuesday, June 23, 2009
Friday, June 19, 2009
Berurusan dengan agensi Kerajaan

Bercerita tentang prestasi agensi kerajaan seperti ada on off nya. Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan aku selalu memastikan aku dapat memberikan khidmat terbaik bagi pelangganku tanpa mengira usia, darjat, warna kulit dan yang sewaktunya dengan. Ikhtibar daripada layanan yang aku terima daripada agensi kerajaan tidak semuanya buruk ada yang dapat memberikan layanan yang baik. Aku tak salahkan agensi kerajaan kerana telah ditetapkan standard agar dapat memuaskan hati pelanggan. Slogan Bersih, Cekap, Amanah amat jelas. Namun faktor manusiawi di samping karenah birokrasi yang rumitlah yang mencemarkan imej agensi kerajaan. Aku pernah menerima layanan buruk sewaktu ke Hospital Kerajaan di Kota Kinabalu, waktu menunggu hampir 2 jam dan anakku semakin pucat sehinggakan aku memutuskan membawa anakku menerima rawatan di SMC dengan bayaran ribuan ringgit tetapi dengan layanan yang amat baik sangat mesra pelanggan.Keputusan itu (keizinan Allah s.w.t) telah menyelamatkan nyawa anakku yang memerlukan pembedahan usus segera. Pengalaman buruk juga ku terima ketika berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kakitangan tidak mesra pelanggan kebetulan ketika aku sampai mereka sedang mengadakan jamuan hari raya. Dengan makanan di mulut mereka melayan pelanggan. Aku menunggu hampir 2 jam baru dipanggil dan kemudian disuruh datang 2 minggu kemudian untuk mengambil sijil nikahku. Setelah dua minggu aku datang dan setelah hampir 2 jam menunggu aku dimaklumkan bahawa sijilku belum ditandatangani oleh pegawai dan aku disuruh datang keesokan harinya. Esoknya peristiwa sama berulang semula dan aku dijanjikan akan ditelefon apabila sijil tersebut telah ditandatangani. Aku menunggu panggilan telefon hampir seminggu tetapi tiada panggilanpun. Lalu aku ke pejabat tersebut untuk bertanya sijil tersebut dan jawapannya masih sama tiada pegawai 'sain', aku dengan perasaan marah lalu masuk dan bertanya berapa duit yang mereka mahu, dan seorang kakitangan di sana mula menenangkan ku dan setelah itu 5 minit kemudian sijil itu telah ditandatangani. Dan baru-baru ini aku memohon pengesahan salinan IC ku di JPN pun aku menunggu hampir 1 jam. Dan paling buruk ketika aku memohon cabutan sijil lahir anakku untuk membuat IC. Layanan pada peringkat awal amat baik, setelah semua dokumenku diambil aku diberikan tempoh 2 minggu untuk datang kembali. Setelah tarikh tersebut sampai aku ke JPN dan diberikan nombol giliran tepat jam 2.40pm. Aku menunggu dan nombor yang dipanggil tidak running. Tempat duduk penuh so berdirilah. Dan setelah 1 jam 13 minit nomborku dipanggil dan sangkaan ku sijil lahir dah siap tetapi aku dikehendaki membayar RM10.00. Setelah membayar aku disuruh tunggu semula. Nasib baik dah ada tempat duduk kosong dan namaku dipanggil pada 5.21pm. Bayangkan masa menunggu 3 jam + (2 minggu proses permohonan). Dimanakah silapnya?Slogan 'Amanah, Cekap dan Mesra' fikirku untuk JPN salah sama sekali 'Lembab, Lambat dan Lambam' rasanya lebih sesuai. Kenapa sewaktu di Wisma Dang Bandang, JPN sangat efesien, tetapi sejak berpindah ke Pejabat Baru dah jadi malas pula. JPN patut contohi Jabatan Imigresen di sebelah jak tu, lebih efesien dan jangka menunggu masih rasional (30 minit dan paling lama 1 jam) urusan anda pasti selesai atau jika mahu pergi ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia juga lebih cekap walau negara kita konon-kononnya gah tetapi karenah kakitangannya dan birokrasi amat mendukacitakan. Sebagai kakitangan kerajaan aku amat mengambil iktibar masa menunggu ini, apabila sesorang berurusan denganku seperti meminta pengesahan pasti akan aku layan dengan cepat meski ada kerja yang perlu aku buat. Menunggu satu penyiksaan...di manakah silapnya...
Kursus Bina Item Ekonomi Tingkatan 6

Thursday, June 4, 2009
Lawatan TPM ke Sabah

Subscribe to:
Posts (Atom)
Tapi Bukan Aku
Sentiasa terbuka jalan untuk kamu pulang jika kamu ingat jalannya, pulanglah kerana aku mungkin bukan rumahmu kerna aku bukan tempat persing...

-
Selama melakukan aktiviti outdoor atau di alam terbuka dan hutan, agar tetap selamat ikuti langkah-langkah berikut ini: Banyakkan ...
-
Setelah kenal dengan Primero dan diajak untuk joint sekali menakluki Bukit di KB pada 17 April 2016. Saya mencari rakan untuk bersama saya ...
-
Caberawitpun heran, lepas satu, keluar lagi satu cerita baru berkaitan kes bergambar seksi depan kamera. Selepas beberapa artis kantoi, YB k...