Thursday, February 26, 2009

Trip to Lahad Datu








Caberawit ke Lahad Datu pada 23 Febuari baru-baru ni atas urusan kerja. Saya menaiki penerbangan 6.55 pagi ke Lahad Datu. Sebelum ni belum sampai lagi ke Lahad Datu jadi agak teruja juga bagaimana bandar Lahad Datu ni. Saya mengikuti penerbangan MasWing..boleh tahan juga pramugarinya pagi tersebut.Sebelum tu airpot kota kinabalu yang baru boleh tahan juga, cuma belum siap sepenuhnya. Penerbangan ke Lahad Datu mengambil masa 55 minit. Kami selamat mendarat di Lahad Datu Airpot pada jam 7.00 pagi. Terkejut juga apabila melihat Airport Lahad Datu yang kecil tapi simple lah..maklum hanya menerima penerbangan daripada Kota Kinabalu. Difahamkan ada 4 penerbangan setiap hari. Saya menginap di Grace Hotel. Ok juga lah sebab di bawah ada shoping mall dan senang juga cari makan. Sebelum itu saya ke SMK St Dominic Lahad Datu (Pengetuanya Mr Ganasan very nice person) then ke SMK Sepagaya. Esoknya saya ke SMK Agaseh (Pengetuanya also very nice Mr Murukesu).Ramalan saya kedua-dua sekolah ini akan maju jika guru-gurunya beri kerjasama sepenuhnya kepada pengetua. Bandar Lahad Datu tidaklah sekecil dan sedaif maklumat yang saya dapat. Bandar ini pesat membangun dan bagi saya lebih besar dari bandar-bandar lain di Sabah. Sayangnya saya harus kembali ke KK pada 24 Febuari. Dan sebagai penutup pengalaman sangat mengerikan ialah ketika pesawat mendarat di KK..Maybe new pilot macam mau pacah bah itu kapal time dia mendarat abis takajut kami semua..anyhow Lahad Datu i give markah yang bagus..nanti saya pergi naik kereta pula boleh round abis Lahad Datu....











No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)