Monday, March 10, 2025

Tapi Bukan Aku


Sentiasa terbuka jalan untuk kamu pulang

jika kamu ingat jalannya, pulanglah

kerana aku mungkin bukan rumahmu

kerna aku bukan tempat persinggahan

untuk kamu duduk jika perlu 

dan pergi jika sudah selesai hajatmu

Untuk ku

Pandanglah langit dan tersenyumlah

kerana kehidupanmu itu

persis langit yang hanya mendung untuk seketika

Kelak akan cerah dan mengindahkan dunia

Angkat kepalamu

pandang kehadapan dan terus berjalan

Allah itu bukan setakat adil tapi Maha Adil

Dia tahu

Apa yang seharusnya menjadi milikmu

dan apa yang seharusnya dijauhkan dari hidupmu

Kamu itu hamba

Jangan paksa Tuhan

untu turuti kehendakmu

Perihal Si Permata


Aysar Ku,

Waalqoytu alayka mahab batan minni wali tushna alaa aiyniy (Taha:39)

"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari Ku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan Ku."

Anak ku

Namamu menjadi sebutan pada Rabb Yang Maha Tahu

di sepertiga malam

Doaku agar kamu tetap bersamaku

semoga hatimu menjadi sebahagian dari harta dan amanah yang aku jaga.

Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul waritsin (al-anbiya:89)

"Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku seorang diri, Engkaulah ahli waris yang paling baik."

Terima Kasih ya Rabb.

Aysar Xander Syach

27 Januari 2025/5.23pm/4.05kg/50.05cm

Tapi Bukan Aku

Sentiasa terbuka jalan untuk kamu pulang jika kamu ingat jalannya, pulanglah kerana aku mungkin bukan rumahmu kerna aku bukan tempat persing...