Thursday, October 31, 2024

Lagi Bingung

Terima Kasih telah menyadarkanku
Bahawa orang sepertiku tidak penting bagi sesiapapun
Menyadarkan ku bahawa
Tidak semua bisa dimiliki tapi semua bisa disyukuri

Aku sedar hanya secubit rasa sayang mu pada ku
Terima Kasih untuk itu 
Namun Allah titipkan rasa sayang ku pada mu lebih dari yang kamu tahu
Setidaknya aku pergi dengan tidak membawa penyesalan apapun
Kerana aku telah memperlakukanmu sebaik mungkin.

Sebelum seikhlas ini aku telah melewati banyak hal menyakitkan sendirian.
Kerana dari awal aku jatuh hati padamu aku sudah tahu aku sudah kehilanganmu
Aku sudah siap untuk itu
Terima Kasih kerana pernah hadir dalam hidupku
Terima Kasih kerana mengajar ku banyak hal
Terima Kasih kerana membuat ku bahagia, tertawa dan telah menemani ku saat aku tak tahu hendak ke mana
Terima Kasih juga menyadarkanku siapa yang berjuang untuk ku 

5 Februari 2024
 

Titik Pasrah


Menerima kehilangan dan merelakan adalah ubat terbaik bagi hati mu

Jangan terus mendera dia dan dirimu

Dia tak pernah mahu berkongsi

Dia cuma mampir sebentar cuma mampir

Ikhlaskanlah segala yang telah berlalu

dan kamu akan temui kekuatan yang kamu mahu

Ketika pengorbananmu 

tidak dipandang dan tidak mendapat kata terima kasih pun

Kamu harus memilih untuk pergi

Jika cinta dan sayang

Doakan saja dia ditemukan dengan seseorang yang bisa bersamanya selalu

dan menerimanya lebih hebat daripada kamu

In sya Allah ada.


24 Mac 2024 (13 Ramadan)

Only Me


Terima Kasih pernah singgah

Singgah yang sangat membahagiakan ku

Aku tulus 

Aku reda demi kebaikan mu

Kerana aku tak akan mampu beri apa yang engkau mahukan

Maafkan aku membuatkan mu Tawar Hati

Aku sudah buat yang terbaik yang aku mampu

itu saja kemampuan ku

In Sya Allah namamu akan selalu dalam doa ku

Terima Kasih Sayang

Aku ikhlas

8 April 2024 - [9 Oktober 2023]

Thursday, October 24, 2024

Kun Fayakun


 Jika ia tak berjodoh denganmu...
Allah akan pisahkan kalian dengan caraNya

Jika ia tak berjodoh denganmu...
Pasti suatu hari nanti akan asing kembali

Tapi

Jika dia memang jodohmu...
Allah akan bukakan jalannya
walau berliku

Jika dia memang jodohmu...
Pasti Allah akan berikan rasa tertarik, 
mau saling mengenal 
dan mau saling memahami kekurangan satu sama lain

dan kita tidak tahu pada akhirnya bagaimana
doa yang terbaik sahaja
kerana Allah Maha Tahu.

Tabah


Lelah tapi tetap bertahan
itulah Kesetiaan
Telah berusaha sehabis baik
Tetap disalahkan
itulah Risikonya
Marah tapi tetap memaafkan
itulah Kesabaran
Tersiksa tapi Diam
itulah Ketulusan

kerana 
Sebuah payung tidak bisa menghentikan hujan. 
Tapi mampu melindungi kita dari derasnya air hujan.

Begitu juga dengan doa. Doa tidak membuat kita luput daripada masalah,
tapi doa membuat kita tenang. Meskipun kita di tengah-tengah masalah.

Tuhan
Jika ini ujian mu untuk ku
Bagi aku solusiMu yang terbaik
Jika ini kerana ulahku
Aku mohon diberi kekuatan 
dan Tetap Sihat.

Tuesday, October 22, 2024

Hairani dan Hariani ku


Biasanya aku pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Aku kelihatan biasa sahaja walau kadang di dalam hati, aku memikul beban yang tidak diketahui sesiapa. Dan malam aku berbaring di atas katil, menghela nafas panjang sambil menutup wajah. Mereka, yang memahami ku lebih dari apa yang dilihat oleh orang lain, perlahan-lahan menghampiri. Tanpa perlu kata-kata, mereka duduk di belakangku dan mula 'menjahit' luka-luka yang tak terlihat. Setiap sentuhan ibarat memberi kekuatan baru, seolah-olah memberitahu, "Kamu tidak perlu hadapi semuanya sendirian." 

Terima kasih Ya Rabb telah hadirkan mereka untuk ku. Aku tahu mereka sayangi aku.

Kadang-kadang, kesakitan yang aku rasai bukanlah sesuatu yang boleh dilihat. Orang di sekeliling ku mungkin tidak tahu, namun di dalamnya, jiwa ku terluka, letih, dan mencari tempat untuk bersandar. Namun, apa yang aku perlukan bukanlah kesempurnaan, tetapi kesediaan untuk membiarkan diri kita dicintai dan disembuhkan. Bukan hanya oleh orang lain, tetapi juga oleh diri sendiri.

Ingat, dalam setiap luka, ada cerita ketahanan. Setiap parut, tanda bahawa kita telah berjaya melewati kesakitan itu. Dan bila tiba masa untuk sembuh, kita tidak perlu melakukannya sendirian. Ada tangan yang sudi membantu, ada cinta yang tak terlihat, dan yang paling penting, ada kekuatan di dalam diri kita untuk terus bangkit. Satu hari nanti, semua ini akan menjadi kenangan. Teruskan berjalan, kerana perlahan-lahan, semuanya akan kembali baik.

Nukilan Aja


Dalam diam, aku sering kali berkorban. Tanpa mereka sedari, aku memikul beban, menahan rasa, dan memberi lebih dari yang mereka terima. 

Aku sedar mereka mungkin tak selalu nampak, mungkin juga terlepas pandang. Tapi pengorbananku itu nyata, hadir dalam setiap langkah yang aku ambil untuk mereka.

Aku memilih untuk tersenyum, walau di hati penuh keletihan. Kadang dek kerana keletihan aku lebih berdiam diri. Semua itu bukan kerana aku terpaksa, tapi kerana cinta. Cinta yang tak minta balasan, hanya ingin melihat mereka bahagia.  

Tidakkah itu cukup untuk mereka berhenti sejenak dan bertanya pada diri, “Sudahkah aku menghargainya?”

Tapi tak apa aku sentiasa ikhlas untuk mereka kerana aku sayang mereka.

Mungkin ucapan terima kasih tak cukup, tapi rasa syukur kita pasti akan membuat mereka tahu… mereka tak keseorangan dalam perjuangan ini kerana apa...

Aku sentiasa ada untuk mereka

Titik.

Lagi Bingung

Terima Kasih telah menyadarkanku Bahawa orang sepertiku tidak penting bagi sesiapapun Menyadarkan ku bahawa Tidak semua bisa dimiliki tapi s...