Monday, August 12, 2024

Babah Ku






Abah
Maafkan aku
Aku gagal melihat tanda akhir mu
Hari akhir aku menghantar mu ke hospital
Aku gagal menebak bahawa itu merupakan hari hari akhir mu

Babah
Betapa besar pengorbananmu
Betapa tahan babah menahan sakit
Hanya Allah yang tahu
Betapa pedih hatimu menahan perasaan
Hanya Allah yang tahu

Betapa diri ini menangisi kesalnya diri ini menyiakan detik-detik akhirmu
Bukan oleh orang lain tetapi oleh diri kami sendiri
anak-anakmu

Abah
Dirimu amat sedikit kehendak
amat sederhana dan zuhud pada dunia
semuanya kau tumpahkan pada kami

Aku gagal ayah
aku gagal mentafsir keluh kesahmu
aku gagal mendengar nafasmu yang terhenti-henti
aku gagal mendengar
jantungmu yang tidak sekuat dahulu

Saat mengurus Bunda
Tanpa kami sedar kami mengendahkan mu
Makan minummu diuruskan sendiri
Pakaianmu diuruskan sendiri
Mengenepikan kepentingan diri
Mengemas dan mencuci walau di detak jantung mu semakin lemah

Babah
Maafkan aku
Aku sangat sayang pada mu
dan aku tahu Engkau amat sayangkan aku
Akupun ingin seperti mu
tidak mahu menyusahkan siapapun 
di saat akhirku

Abah
Aku gagal menjagamu
aku perlu bermuhahjadah melawan kepentingan diri
Maafkan aku

Ayah
Rehatkanlah dirimu
kerana engkau lebih berhak dihargai
Terimalah doa in sya Allah setiap hari daripada ku
sebagai peneman Ayah di alam sana
Redhalah atas ku
Sungguh, redhamu wahai Ayah
Adalah satu syarat pintu syurga itu dibuka
untuk ku 
atas keredhaan mu
Ayah aku rindu.....

In Sya Allah 
Aku akan menyusulmu


Lagi Bingung

Terima Kasih telah menyadarkanku Bahawa orang sepertiku tidak penting bagi sesiapapun Menyadarkan ku bahawa Tidak semua bisa dimiliki tapi s...