Tuesday, April 28, 2009

Trip to Tawau for KSSR



Dapat tugas ke Tawau untuk pemantauan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kena awal bangun pagi on 27 April 09 coz flight jam 6.55am. Excited gak coz last ke Tawau on 2004 so agak lama gak n with jalan darat. Penerbangan awal pagi dengan cuaca yang sangat baik. Dapat melihat keindahan puncak gunung Kinabalu, sayang tak sempat rakam dalam kamera. 45 kemudian selamat landed di Tawau Airport, bangunan yang cantik. Itulah my first imperation terhadap airport ni. Saya dan YM Raja disambut seorang rakan baru yang cukup mesra n baik Mr Roslee (2nd Time meet diz person, kenal d Likas Square). First time jumpa Mr Roslee ni da ada conection n maybe inilah calon yang paling sesuai for ganti tempat YM Raja nanti. Kami singgah 4 breakfast di gerai Soto Banjar. Boleh tahan sedap, if ke sini lagi pasti singgah lagi, tak jauh dari airport.After that, terus ke SK Merotai Besar. Dalam perjalanan sempat mendengan single Mr Roslee ni "Paduka Mat Salleh", genre rock.Suaranya memang ngam for muzik Rock masih seperti lagu Fenomena yg didendangkan d Likas Square tempoh hari. Memang berbakat. GB tiada and kami disambut oleh PK1. Perbincangan berkisar kepada persediaan sekolah dan guru dalam KSSR. Selepas itu, kami melawat persekitaran sekolah then setelah hampir 2 1/2 jam di sekolah tersebut kami terus ke SK Holy Trinity. Pemantauan lancar di kedua-dua sekolah. Hasil pemantauan tak boleh cerita di sini (sulit). Kami di SK Holy Trinity hingga jam 3 petang then singgah sekejap ke SMK Holy Trinity berjumpa dengan saudara lama Mr Sejali Basri. Kawan ku yang satu ini, masih seperti dulu maintain gila-gila, suka ketawa dan very friendly.Rindu gak masa kami sekelas dulu dah 20 tahun ditinggalkan. After tu sempat cari quatation di The ChoicesHotel, sempat numpang mandi then jam 6pm minum with Sejali n 2 orang putrinya yang sungguh cute especially yg bongsu.Jam 7pm balik ke Hotel then jam 7.20pm Mr Roslee come then terus ke Airport n flight ke KK jam 9.55pm. Begitulah ceritanya sehari d Tawau, with the new friend Mr Roslee walau baru 2 kali bertemu rasanya macam dah kenal lama, my old friend mr Sejali U maintain bro, n my sifu YM Raja Iza, awet muda, very sporting person n banyak lagi kena belajar dari org lama ni...Tawau saya pasti kembali







Saturday, April 18, 2009

Cerita Saya



Gambar ni dikirim melalui Facebook seorang teman masa study di Indonesia dulu. Hampir 15 tahun telah ditinggalkan.Dahulunya kami bagaikan sebuah keluarga, mana taknya tinggal serumah dan aktiviti meronda Pulau Jawa dilakukan bersama. Kini kami terpisah di merata Malaysia dan hanya sekali sekala bertemu atau hanya mendengar suara sahaja melalui telefon. Ada juga dikalangan rakan-rakan yang telah dipanggil ilahi.Alfatihah untuk yang telah menemuiNya moga ditempatkan disisiNya..Hidup mesti diteruskan dan dengan tanggungjawab dan anugerah daripadaNya kami kini bersama keluarga masing-masing.Doaku moga saya dan rakan-rakan semua dirahmati, dilindungi, diberkati dan dipanjangkan umur agar dapat terus menyumbang kepada tanahair yang tercinta...

Wednesday, April 1, 2009

Kebesaran ALLAH




Untuk Kita Renungkan.

Ahli sains telah membuat satu kajian berkaitan bunyi yang dikeluarkan oleh jantung manusia. Biasanya jantung manusia akan berbunyi seperti berikut “LUB DUB’. Tetapi berdasarkan kajian lanjut, jantung manusia sebenarnya mengeluarkan bunyi seperti berikut “RUB RUB… RUB dalam bahasa Arab bermaksud ‘yang menciptakan segalanya’. Maknanya Maha Pencipta ialah ALLAH. Jadi setiap kali jantung berdenyut, jantung menyebut kalimah ALLAH, ALLAH…… dan lagi satu Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, barang siapa yang mendengar suara AZAN berhentilah daripada membuat apapun sekalipun ianya sedang membaca al-Quran. Barangsiapa yang bercakap ketika AZAN tidak akan dapat melafazkan Kalimah Shahada ketika ajal menjemputnya…Sesungguhnya AZAN merupakan lagu yang tidak akan tamat dinyanyikan selagi umat Islam wujud di muka bumi ini. Laungan AZAN akan berlanjutan dari Subuh ke Isya di seluruh dunia tanpa terhenti sesaatpun. Wallahuallam…

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)