Thursday, May 7, 2009

Lawatan Ke Kota Bahru Kelantan








Saya berkesempatan ke Kota Bahru Kelantan atas tugas jabatan. Saya bertolak dari KKIA pada 17.35 pmmenaiki Airbus MH2617Y ke KLIA. Sempat berkenalan dengan pengacara TV3 Program Bersamamu..duduk bersebelahan 30D..Pada mulanya tak kenal tetapi dia yang perkenalkan diri so kenallah maklum tak pernah tengok pun rancangan "Bersamamu" tu. Sampai di KLIA jam 20.00 pm dan untung bersama seorang rakan yang ada "Gold Card Enrich" so bolehlah relax kejap kat tempat menunggu VIP siap ada buffet lagi so tumpang sekaki lah...hope one day my kad yang masih baru ni akan sampai ke Gold so blelah terima layanan seperti ini..Flight ke Kota Baru MH1426Y bertolak tepat jam 22.05 dan sampai ke Kota Bahru tepat jam 11.00 malam. Dari airport saya menaiki teksi ke Renaissance Hotel. Sampai di hotel jam 11.30 terus check in dan masuk bilik, boleh tahan juga biliknya..very selesa.Mandi then terus tidurlah. Esoknya selepas breakfast, ada Nasi Kerabu trylah.Then berjumpa dengan rakan-rakan dari JPN seluruh Malaysia,kami terus ke destinasi iaitu SMK Tanah Merah 2 untuk Lawatan Penanda Aras Tingkatan 6. Pengetua sekolah seorang yang very komited dan meminati seni, Tn. Hj Daud Bin Muhammad, selain bijak mentadbir beliau pandai mencipta lagu, menulis lirik, mengait sulaman, menari dan mengubah bunga. Kami semua rombongan disambut meriah, diberikan taklimat dan dibawa melawat sekolah. Menariknya kami semua diberi cenderahati gubahan bunga Tuan Pengetua. Terima Kasih Daun Keladi. Lawatan ke sekolah ini berakhir jam 2 petang dan kami serta rombongan di bawa singgah ke Pasar Siti Khadizah, sempat juga melihat jualan batik, tudung dan sebagainya.Kena pandai menawar di sini kerana harga yang ditawarkan lebih tinggi daripada harga di Kota Kinabalu.Setelah itu, balik ke Hotel dan jam 6 petang seorang kawan lama yang pernah bertugas di Sabah datang menjemput di Hotel dan membawa ke gerai tuk pekena 'sup gearbox' siap dengan straw..aku tak pandai makan sum-sum so makan sup, daging n nasi lemak jer lah..Malamnya kami membuat laporan analisis STPM setiap negeri sampai hampir jam 21.00 pm. Masuk bilik then tidur coz kena bangun jam 2.50 tuk tengok LIVE Man United vs Arsenal...Glory Glory Man United begitu bertenaga mengalahkan Gunners 3-1, 2 Gol CR7 dan Park Ji Sung menutup peluang Gunners ke Final. Paginya after breakfast laporan 4 negeri lagi dan diteruskan mesyuarat hingga jam 11.00 am. After tu ambil kesempatan ke shopping complex di sebelah hingga jam 12.30 am. Check Out jam 13.00 pm terus Lunch then jam 14.00 pm ke airport tuk ke KLIA. Sempat jumpa Zizan Raja Lawak dan Along Cham, kecil kurus je orangnya. Tepat jam 16.35 pm MH 1397Y membawa saya dan rakan-rakan ke KLIA dan sampai di KLIA jam 15.20pm. Saya just stay sambil shoping sikit tuk anak-anak di rumah dan terus menaiki MH2628Y ke Kota Kinabalu tepat jam 17.50pm. Di KKIA adikku yang baik sudah menyambut ku dengan SAA8314M kesayangan ku...Thanks Wan kerana sanggup hantar jemput aku di airport since aku bertugas di SPA ni...buat rakan-rakan di JPN seluruh M'sia insyallah kita akan jumpa lagi di Johor Bahru dan Langkawi pada bulan Jun nanti...

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)