Tuesday, March 3, 2009

Manchester United pasti juara EPL 08/09

SELAMAT berjumpa lagi. Saingan Liga Perdana England semakin menarik dan rancak. Tugas memburu gelaran juara terus menjadi agenda kelab elit, namun apa yang pasti setakat ini, Manchester United tetap menjadi pilihan.
Saya yakin pada penghujung musim liga tersebut gelaran akan menjadi milik United.
Petanda sudah ada selepas mereka menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 menerusi sepakan penalti kelmarin.
Terus terang saya katakan bahawa United telah mempamerkan aksi yang cukup fantastik ketika ini dan saya yakin bahawa gelaran juara akan sekali lagi berada dalam genggaman mereka.
Dengan kelebihan tujuh mata serta baki 12 perlawanan lagi untuk diharungi, United sememangnya agak sukar untuk dipintas oleh mana-mana pasukan.
Jika mereka gagal mempertahankan kedudukan sekarang, mereka akan kecewa. Saya juga pasti akan kecewa.Salah satu daripada 12 baki perlawanan United ialah menentang Liverpool di Old Trafford.Saya yakin Liverpool tidak akan memperoleh sebarang mata dari- pada perlawanan tersebut.United telah membuktikan bahawa mereka terlalu unggul musim ini.
Saya rasakan ia berpunca daripada barisan pemainnya yang cukup mantap serta boleh memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.
Barisan simpanan mereka juga boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama pada bila-bila masa.Selain itu, United juga memiliki lima pemain yang yang mempunyai prestasi luar biasa dan ia sudah cukup untuk mengubah rentak permainan mereka.
Pada mulanya, saya tidak fikir Cristiano Ronaldo akan tampil cemerlang selepas berlaku beberapa isu mengenai kedudukannya di United, tetapi sebaik musim ini bermula, dia tampil dengan gaya yang sungguh menakjubkan. Sesungguhnya CR7 ini memang profesional.
Meskipun pelbagai spekulasi mengenainya, tetapi Ronaldo tetap memberikan komitmen seratus peratus kepada pasukannya itu.Saya anggap, komitmen Ronaldo berpunca daripada gaya pengurusan Alex Ferguson yang memang disenangi pemain dari Portugal itu.
Begitu juga dengan Dimitar Berbatov, seorang penyerang yang terkenal dengan sikap panas barannya.Kini, dia merupakan seorang pemain yang paling tenang sejak menyertai United.
Tiada pemain dibenarkan untuk bersikap sambil lewa di Old Trafford dan inilah prinsip yang sejak sekian lama diamalkan di United.Mengenai peluang United untuk menyapu bersih lima kejuaraan musim ini, saya rasakan ia tidak akan tercapai.(Tapi jika dapat lagi best lah...)
Mereka mungkin akan memenangi dua atau tiga gelaran musim ini, tetapi bukan lima.
Saya juga tidak melihat Liverpool mahupun Chelsea mampu memintas United untuk menjulang kejuaraan, tidak sama sekali.Chelsea mungkin boleh menamatkan satu gelaran musim ini kerana mereka masih meneruskan perjuangan dalam Liga Juara- Juara serta Piala FA.The Blues mempunyai barisan pemain yang tidak kurang hebatnya.
Apa yang mereka perlu lakukan sekarang ialah untuk mengembalikan prestasi sebenar.
Saya juga boleh meramalkan Chelsea mampu memintas Liverpool untuk menduduki tempat kedua liga.Terus terang saya katakan bahawa Liverpool kini hanya ada Liga Juara-Juara untuk dipertaruhkan.Bagi saya, itulah satu-satunya kejohanan yang mampu mereka menangi.
Dalam saingan liga, Liverpool gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai nilai untuk muncul juara.
Walaupun mendahului kedudukan selepas tamat pusingan pertama, skuad bimbingan Rafael Benitez itu bagaikan hilang arah.
Mereka banyak melepaskan peluang keemasan untuk terus kekal di puncak ekoran beberapa keputusan seri sama ada di gelanggang sendiri mahupun lawan.
Mereka telah mempersiakan peluang itu dan kini telah memakan diri sendiri.
Berdasarkan prestasi sekarang, Liverpool sudah boleh melupakan impian untuk bergelar juara liga. Glory glory Man United.

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)