Thursday, December 26, 2024

Celaru


Aku penat 

Untuk diam pun aku sudah penat

Aku perlu masa untuk bersendirian

Bukan mahu pergi

Cuma

Aku tak mahu bah

Menyusahkan orang untuk mengatur aku

Aku bisa mengatur diri ku

Aku tak mahu menjadi beban kepada orang lain

Aku baik-baik saja

Bolehkah?

Aku ini sekeji-kejinya manusia

Hanya aku yang tahu

Aku gagal menjadi lelaki yang baik, suami yang baik juga Ayah yang baik

Aku reda jika ini ujian mu

Kadang aku celaru

Biarlah aku berusaha untuk terus berbuat baik versi ku

Versi yang aku mampu

Selebihnya aku pasrah kepada jalan cerita Mu pada ku

Untuk mu Di sana

Aku tak mahu menjadi penghalang kepada mimpi-mimpi mu

Kerana aku tahu 

Aku tak mampu memenuhi mimpi-mimpi mu

Tapi aku celaru

Keliru

Penat

Dan 

Entah.......


No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

Celaru

Aku penat  Untuk diam pun aku sudah penat Aku perlu masa untuk bersendirian Bukan mahu pergi Cuma Aku tak mahu bah Menyusahkan orang untuk m...