Thursday, December 26, 2024

Celaru


Aku penat 

Untuk diam pun aku sudah penat

Aku perlu masa untuk bersendirian

Bukan mahu pergi

Cuma

Aku tak mahu bah

Menyusahkan orang untuk mengatur aku

Aku bisa mengatur diri ku

Aku tak mahu menjadi beban kepada orang lain

Aku baik-baik saja

Bolehkah?

Aku ini sekeji-kejinya manusia

Hanya aku yang tahu

Aku gagal menjadi lelaki yang baik, suami yang baik juga Ayah yang baik

Aku reda jika ini ujian mu

Kadang aku celaru

Biarlah aku berusaha untuk terus berbuat baik versi ku

Versi yang aku mampu

Selebihnya aku pasrah kepada jalan cerita Mu pada ku

Untuk mu Di sana

Aku tak mahu menjadi penghalang kepada mimpi-mimpi mu

Kerana aku tahu 

Aku tak mampu memenuhi mimpi-mimpi mu

Tapi aku celaru

Keliru

Penat

Dan 

Entah.......


Thursday, December 12, 2024

MeRINDUmu

 


Tak kan pernah habis airmataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sedih
Adakah di sana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu kuputar kan kutunggu dirimu
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku, kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi
Adakah di sana kau juga rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu kuputar kan kutunggu dirimu
Babah
Aku RINDU!

Wednesday, December 4, 2024

Reminder

Manusia sempurna. 

Selagi kita bernama manusia tiada yang sempurna. Kita penuh dengan cacat cela dan acapkali membuat salah. 

Lalu kenapa perlu mementingkan kesempurnaan? 

Bulan pun tak sempurna, penuh dengan kawah. Laut pula sangat indah, tetapi masin dan gelap di dasarnya. 

Langit pula tak selalu nampak indah dan cerah, ada kalanya mendung. 

Jadi, semua yang indah itu tidak sempurna, namun ia adalah istimewa dan unik tersendirinya. 

Oleh itu, setiap kita boleh menjadi istimewa bagi seseorang yang akan menghargai keindahan dan keunikannya. 

Berhentilah mengejar dan mencari "sempurna", tetapi cuba bebaskan fikiran, tenang jiwa dan nikmati hidup, melakukan apa yang anda suka, tanpa perlu ikut-ikutan dan mahu menarik perhatian orang lain!

Dan jangan asyik menyalahkan orang tapi cermin lah diri sendiri. Seperti kita bercermin begitulah layanan orang kepada kita.

Celaru

Aku penat  Untuk diam pun aku sudah penat Aku perlu masa untuk bersendirian Bukan mahu pergi Cuma Aku tak mahu bah Menyusahkan orang untuk m...