Saturday, November 18, 2023
Kewalahan
Wednesday, November 8, 2023
PadaMu Kubelajar Sesuatu
Dalam setiap kisah duka yang bertandang, ada banyak hikmah yang aku terlepas pandang. Apabila hikmah mula terpacul, baru aku faham mengapa di dalam al_Quran Allah berfirman:
"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Ada perkara yang aku tak suka, tapi Allah izinkan juga aku laluinya dan dari situ aku belajar sesuatu. Dalam beribu ujian yang datang, jiwaku tersentuh dengan kasih sayangNya yang tak pernah kurang. Tak pernah sekalipun DIA tinggalkan aku keseorangan. PertolonganNya tetap datang walapun tahu aku selalu melupakan dan meninggalkan DIA.
Dalam kebuntuan menempuh badai di situ aku temui kehebatan dan kekuasaan sang Pencipta. Satu masalah yang terlihat tidak ada jalan keluar tiba-tiba boleh selesai dengan sekelip mata. Jalan penyelesaian yang pada awalnya kelihatan kelam tiba-tiba sirna tanpa disangka. Seperti melalui malam yang panjang, menanti terbitnya matahari.
Walau bertubi-tubi luka terlakar, aku tetap melihat kanvas takdirku yang paling indah. Apabila jalan yang dipilih tidak sesuai dengan kehendak, ketentuan yang tumbuh bagai tiada pilihan, maka redha adalah segalanya.
Dapat aku rasakan mereka berdua menyayangi ku. Sanggup berkorban untuk ku. Justeru itu ku mohon padaMu Ya Rabbi. Temukan la mereka dalam satu titik persamaan hinggakan mereka saling menerima dan boleh berkongsi rasa menjadi sahabat baik.
Ya Rabbi.
Terima Kasih untuk segalanya.
DaripadaMu aku belajar erti pergantungan.
Dan daripadaMu juga ku temui kekuatan.
Celaru
Aku penat Untuk diam pun aku sudah penat Aku perlu masa untuk bersendirian Bukan mahu pergi Cuma Aku tak mahu bah Menyusahkan orang untuk m...
-
Selama melakukan aktiviti outdoor atau di alam terbuka dan hutan, agar tetap selamat ikuti langkah-langkah berikut ini: Banyakkan ...
-
Caberawitpun heran, lepas satu, keluar lagi satu cerita baru berkaitan kes bergambar seksi depan kamera. Selepas beberapa artis kantoi, YB k...
-
Melalui kawasan hutan simpan Bukit Gemuk Tawau pada 31 Mei 2016 dalam perjalanan Keningau ke Tawau menarik perhatian ku untuk menakluki p...