Sunday, February 15, 2009

Terima kasih warga dan ex-warga SM St. John


Saya mula di sini pada tahun 1979 sebagai murid di SRJK St. John Tuaran hingga 1982. Darjah 3 hingga darjah 6. Setelah itu saya berhijrah ke SMK Sri Serdang Selangor sehingga tahun 1986.Kemudian saya kembali lagi ke SM St John pada tahun 1986-1987. (Tingkatan 4 - 5). Setelah itu saya berhijrah lagi ke Tingkatan 6 di First Academy KK. Pada tahun 1990 Pn. Penny pengetua pada masa itu mempelawa saya menjadi guru sandaran di sekolah ini sehingga 1991.Saya kemudian menyambung pelajaran ke UTM Jalan Semarak KL dan seterusnya saya dipilih menyertai program pertukaran pelajar dan saya memilih Indonesia sebagai destinasi seterusnya. Jodoh saya masih panjang dengan sekolah ini, apabila saya tamat belajar saya dibawa semula oleh Pn. Penny untuk bertugas semula di sekolah ini pada 1996. Setelah bertugas selama 12 tahun di sekolah ini akhirnya sekolah yang paling saya sayangi ini akan saya tinggalkan untuk bertugas di tempat baru...kepada rakan-rakan setugas semua, terima kasih atas bantuan anda semua dan sanggup melayan karenah saya semasa saya bertugas sebagai Penyelia Petang, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. Pengalaman bertugas bersama anda semua banyak memberi pengajaran kepada saya. Bantuan dan kerjasama daripada anda sangat saya hargai. Terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment

Sesuatu Yang Paling Jauh Dari Kita adalah Masa Lalu, Bagaimanapun Kita, Apapun Kendaraan Kita, Kita tetap tidak akan bisa kembali ke masa lalu, Maka jagalah hari ini dan hari - harimu yang akan datang.

Celaru

Aku penat  Untuk diam pun aku sudah penat Aku perlu masa untuk bersendirian Bukan mahu pergi Cuma Aku tak mahu bah Menyusahkan orang untuk m...