Melalui kawasan hutan simpan
Bukit Gemuk Tawau pada 31 Mei 2016 dalam perjalanan Keningau ke Tawau menarik
perhatian ku untuk menakluki puncak ini. Niat awalnya ingin merasakan hiking di
hutan Maliau Basin, namun perbualan dengan pekerja di Maliau Basin yang
mengatakan perlu memohon permit awal untuk ke hutan tersebut. Kekecewaan itu,
agak terubat apabila melewati kawasan hutan simpan Bukit Gemuk yang menjadi
sasaran ku. Sendiripun tidak apa, akan kutakluki bukit ini, bisik hatiku.
1 Jun 2016 setelah selesai
majlis anak kakak ku, kami balik ke homestay dan aku bertanya kepada
keponakanku Fadli untuk mendaki Bukit Gemuk. Fadli yang memang kaki hiking
bersetuju untuk membawaku ke Puncak Bukit Gemuk. Jaraknya hanya 1.278KM dan dipuncaknya
ada jambatan titi untuk melihat keindahan Bandar Tawau.
2 Jun 2016 saya bersiap seawal
jam 6.00 pagi kerana janjian pada jam 6.30. Abang Zenn, Abang Hassan, Abang
Frankie, Wan dan Afiq ingin ikut serta. Tepat 6.30 pagi Fadli dan Abang Anak datang
menjemput kami. Kami bertolak ke starting point Bukit Gundul dan sampai di sana
jam 6.50 pagi. Sebenarnya dekat sahaja tetapi Fadli singgah membeli drinking
water. Sampai di kaki bukit, kami terkejut keranan rupanya kawasan ini berpagar
dan dikawal oleh Taman-taman Sabah. Pengunjung yang hendak masuk ke kawasan ini
dikenakan bayaran RM5.00 dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak. Lucunya aku tidak
membawa dompetku begitu juga yang lainnya, untung Wan adikku ada membawa begitu
juga Fadli. Kami menyangka ianya percuma dan tinggal mendaki sahaja.
Kami menunggu hamper 40 minit
barulah penjaga gate datang untuk membuka pintu pagar hutan simpan ini. Lagi
lucu apabila Abang Anak (Pensiunan Sarjan Mejar Polis) memarahi penjaga gate
tersebut. Free-free kena marah.
Kami memulakan pendakian tepat
jam 8.00 pagi untuk ke Puncak Bukit Gemuk, laluan ke puncak agak mencabar
dengan jalan yang agak licin sebab malamnya hujan. Hutannya juga agak tebal dan
dalam masa pendakian kami terserempak dengan seekor Baboon (monyet). Beberapa
spesies serangga dan pokok balak yang bersaiz besar masih terdapat di hutan
ini. Pokok-pokok gemuk inilah yang menyebabkan hutan ini dinamakan Bukit Gemuk.
Sepanjang pendakian saya kagum dengan kekuatan stamina abang sepupu saya Abang
Anak yang sudah mencecah 66 Tahun tetapi masih kuat. Abang Frankie sahaja yang
jauh tertinggal oleh kami. Diapun meminta kami meneruskan pendakian kerana kami
juga dikejar waktu. Jam 10 pagi kami harus bertolak balik ke Keningau dan
seterusnya ke Kota Kinabalu.
Setelah 20 minit mendaki kami
sampai ke puncak Bukit Gemuk dan kemi terus menaiki Canopy Walk sepanjang 380
meter untuk melihat Bandar Tawau. Pemandangan yang sangat indah dan kepenatan
mendaki tadi hilang apabila sampai di Puncak. Setelah berehat selama 5 minit.
Abang Anak mengajak kami untuk berlumba turun ke bawah. Saya hanya tersenyum
kerana pergelangan kaki kiriku masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Namun saya
hanya mengiyakan saja. Afiq, Fadli, Abg Anak dan Wan mendahului kami, saya, abg
Zenn dan Abg Hasan hanya berlari santai mengejar dari belakang. Lagipun saya
ingin mengambil gambar untuk dikongsi bersama rakan-rakan HH dan BkB ku. Moga
aku dapat membawa mereka ke sini dan terus menakluki bukit di Taman Bukit Tawau
(Table) bersama mereka.
Afiq yang sampai duluan
diikuti Fadli, Wan dan Abg Anak dapat ku kejar disebabkan Abang Anak jatuh
tersandung akar pokok. Lutut kakinya berdarah dan untung kecederaannya tidak
serius. Kami turun dari puncak Bukit hanya mengambil masa 15 minit. Lucunya
abang Frankie hanya sampai di pondok ketiga lebih kurang 300M pendakian.
Terima kasih Abang Anak dan
Fadli kerana membawa kami mendaki bukit ini. Bah nanti kita takluki pula Taman
Bukit Tawau (Table) bulan Oktober nanti.
Batu-batuan yang ada semasa pendakian
Abg Zenn, aku dan Fadli. Pokok Balak yang kami temui
Melalui Canopy Walk sepanjang 380M dan setinggi 130-150 M