
Friday, March 27, 2009
Amalan Sebelum Tidur.

Tuesday, March 24, 2009
Anak Malaysia Jangan Bogel Depan Kamera
Sunday, March 22, 2009
Pemilihan Agung UMNO
Persidangan UMNO bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Persidangan kali ini penuh dengan cabaran kerana UMNO kelihatan seperti Retak Menanti Belah. Isu rasuah politik mendahului cerita pemilihan tersebut. Dengan beberapa keputusan yang kontrovesi, dapatkah Najib memulihkan UMNO menjadi sebuah parti yang perkasa memperjuangkan orang Melayu dan masih relevan dengan rakyat. Untuk renungan apakah UMNO telah bersedia melakukan perubahan. Bersama ini diturunkan sebuah puisi untuk ahli UMNO yang akan bersidang;Tuesday, March 17, 2009
Proton Exora. Ixorakan nama bunga

Saya adalah ribuan orang yang mencuba nasib dalam peraduan menamakan MPV baru keluaran Proton ini. Antara syarat pertandingan ialah nama yang dicadangkan tidak boleh diambil daripada nama BINATANG dan TUMBUH-TUMBUHAN. Itulah antara syarat-syaratnya. So sayapun mencuba mencari nama seperti keluaran Proton sebelum ini Wira, Satria, Perdana, Persona yang memang tiada unsur nama binatang ataupun tumbuhan. Nama yang saya cadangkan tu tak payahlah saya umumkan disini sebab tak terpilihpun. Tapi apa yang menjadi kekesalan saya ialah apabila diumumkan nama MPV ini diakhbar-akhbar ialah Proton Exora 'keriangan keluarga'. Exora diambil daripada nama bunga ixora. Timbul persoalan kenapa nama bunga, bungakan sejenis tumbuh-tumbuhan. Keesokan harinya diakhbar dijelaskan bahawa nama Exora tidak membawa apa-apa maksud, dan menurut panitia pemilihan nama itu dipilih sebab unik dan tiada maksud apa-apa.Itu penjelasan yang diberikan panitia apabila menerima protes daripada orang ramai. Tetapi keputusan adalah muktamad so berkecailah harapan nak memiliki kereta percuma. Tapi yang paling memfrustkan aku nama Exora terlalu dekat dengan aku...nama anakku sendiri Iman Alyia Exora yang sekarang ni dah tahun 4 pun di sekolah rendah...untuk menyenangkan hatiku indak apalah nda dapat Proton Exora, Tuhan dah bagi Iman Alyia Exora kepada ku...
Monday, March 16, 2009
Chong Wei menang akhirnya
Akhirnya MU kecundang

Sunday, March 8, 2009
MU terus unggul atasi Fulham 4-0

Man United menang lagi dalam saingan piala FA mengatasi Fulham. Meski turun tanpa kelibat CR7 dan Berbatov, yang pastinya direhatkan menjelang aksi menentang Inter Milan dalam saingan Champion League dan Liverpool dalam aksi liga.Dua gol dari Tevez, masing-masing satu oleh Rooney dan Park Ji Sung membawa Red Devil ke separuh akhir. Kejayaan ini semakin mendekatkan MU dengan satu lagi koleksi piala. Glory glory Man United.Saturday, March 7, 2009
Akhirnya Datuk Nicole Kecundang di Arena Sendiri

Natalie Grainger muncul juara skuasy wanita Terbuka Kuala Lumpur CIMB selepas menewaskan Nicol David 11-8, 10-12, 11-7, 5-11, 11-6 pada perlawanan akhir di sini, petang tadi. Caberawit ni bukan mahirpun pasal squash ni, pegang raket squashpun tak pernah. Tetapi kekalahan Datuk Nicole tu tak mengejutkan walau di arena sendiri. Sekurang-kurangnya indalah Nicole digelar jaguh kampung. Kekalahan tersebut mungkin akibat tekanan daripada 'local fan' dan harapan kita kekalahan tersebut tidak akan berterusan untuk Nicole. Caberawit cuma risau bila Nicole da bersara nanti siapalah pulak yang menggantikan Datuk kita ni yer...macam tiadapun...Sharon terlalu jauh dengan Nicole...harapan kita agar ada pengganti Datuk Nicole, suruh dia jadisparing partner Nicole hari-hari, lama-lama pandai gak tu...Sebenarnya nak cakap squash lebih2 tak reti pulak kalau bola bolehlah tapi nak cakap pasal bolasepak Malaysia yang hidup segan mati tak mahu ni..caberawit dah malas kerana kepimpinan FAM masih dok orang tu gak, tak sedar diri tak tau malu dan tak mau undur2..asyik2 pemain dan jurulatih saja disalahkan, FAM saja yang benar, try tengok pimpin Team Jepun kah atau Korea Selatan, pasti kedua-dua Team ni akan jadi nombor 167 dan 169 dunia jika FAM yang tadbir jadi tak hairanlah jika rangking negara kita merundum sebab orang2 dalam FAM sendiri semuanya rangking 170-200 time durang skul dulu...he he he..itupun skul orang babalThursday, March 5, 2009
Newcastle United 1 - 2 Man United

Wednesday, March 4, 2009
Ikhtibar dari pemerintahan Khalifah al-Rasyidin

Tuesday, March 3, 2009
Batu batu kecil di perut Rasulullah

Manchester United pasti juara EPL 08/09
SELAMAT berjumpa lagi. Saingan Liga Perdana England semakin menarik dan rancak. Tugas memburu gelaran juara terus menjadi agenda kelab elit, namun apa yang pasti setakat ini, Manchester United tetap menjadi pilihan.Saya yakin pada penghujung musim liga tersebut gelaran akan menjadi milik United.
Petanda sudah ada selepas mereka menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 menerusi sepakan penalti kelmarin.
Terus terang saya katakan bahawa United telah mempamerkan aksi yang cukup fantastik ketika ini dan saya yakin bahawa gelaran juara akan sekali lagi berada dalam genggaman mereka.
Dengan kelebihan tujuh mata serta baki 12 perlawanan lagi untuk diharungi, United sememangnya agak sukar untuk dipintas oleh mana-mana pasukan.
Jika mereka gagal mempertahankan kedudukan sekarang, mereka akan kecewa. Saya juga pasti akan kecewa.Salah satu daripada 12 baki perlawanan United ialah menentang Liverpool di Old Trafford.Saya yakin Liverpool tidak akan memperoleh sebarang mata dari- pada perlawanan tersebut.United telah membuktikan bahawa mereka terlalu unggul musim ini.
Saya rasakan ia berpunca daripada barisan pemainnya yang cukup mantap serta boleh memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.
Barisan simpanan mereka juga boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama pada bila-bila masa.Selain itu, United juga memiliki lima pemain yang yang mempunyai prestasi luar biasa dan ia sudah cukup untuk mengubah rentak permainan mereka.
Pada mulanya, saya tidak fikir Cristiano Ronaldo akan tampil cemerlang selepas berlaku beberapa isu mengenai kedudukannya di United, tetapi sebaik musim ini bermula, dia tampil dengan gaya yang sungguh menakjubkan. Sesungguhnya CR7 ini memang profesional.
Meskipun pelbagai spekulasi mengenainya, tetapi Ronaldo tetap memberikan komitmen seratus peratus kepada pasukannya itu.Saya anggap, komitmen Ronaldo berpunca daripada gaya pengurusan Alex Ferguson yang memang disenangi pemain dari Portugal itu.
Begitu juga dengan Dimitar Berbatov, seorang penyerang yang terkenal dengan sikap panas barannya.Kini, dia merupakan seorang pemain yang paling tenang sejak menyertai United.
Tiada pemain dibenarkan untuk bersikap sambil lewa di Old Trafford dan inilah prinsip yang sejak sekian lama diamalkan di United.Mengenai peluang United untuk menyapu bersih lima kejuaraan musim ini, saya rasakan ia tidak akan tercapai.(Tapi jika dapat lagi best lah...)
Mereka mungkin akan memenangi dua atau tiga gelaran musim ini, tetapi bukan lima.
Saya juga tidak melihat Liverpool mahupun Chelsea mampu memintas United untuk menjulang kejuaraan, tidak sama sekali.Chelsea mungkin boleh menamatkan satu gelaran musim ini kerana mereka masih meneruskan perjuangan dalam Liga Juara- Juara serta Piala FA.The Blues mempunyai barisan pemain yang tidak kurang hebatnya.
Apa yang mereka perlu lakukan sekarang ialah untuk mengembalikan prestasi sebenar.
Saya juga boleh meramalkan Chelsea mampu memintas Liverpool untuk menduduki tempat kedua liga.Terus terang saya katakan bahawa Liverpool kini hanya ada Liga Juara-Juara untuk dipertaruhkan.Bagi saya, itulah satu-satunya kejohanan yang mampu mereka menangi.
Dalam saingan liga, Liverpool gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai nilai untuk muncul juara.
Walaupun mendahului kedudukan selepas tamat pusingan pertama, skuad bimbingan Rafael Benitez itu bagaikan hilang arah.
Mereka banyak melepaskan peluang keemasan untuk terus kekal di puncak ekoran beberapa keputusan seri sama ada di gelanggang sendiri mahupun lawan.
Mereka telah mempersiakan peluang itu dan kini telah memakan diri sendiri.
Berdasarkan prestasi sekarang, Liverpool sudah boleh melupakan impian untuk bergelar juara liga. Glory glory Man United.
Monday, March 2, 2009
Peralihan Kuasa Pak Lah - Najib
menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Dan harapan kita agar Najib mengambil ikhtibar daripada kepimpinan Pak Lah dan mencontohi kepimpinan Tun Mahathir. Biar dikata diktator, soekarno kecil tetapi semasa pemerintahan Tun Mahathir, kepimpinan negara berjalan sangat teratur dan lancar. Perpaduan kaum juga amat baik dan tiada kita dengar kaum itu, kaum ini merasa ditindas. Kepada Pak Lah, namamu pasti dikenang sebagai pemimpin yang mementingkan rakyat jika berundur dengan baik dan memberi peluang kepada yang lebih berkelayakan. Hidup Tun Mahathir, kepimpinan dan jasamu terhadap negara akan kekal selamanya dalam lipatan sejarah. Moga ada lagi pemimpin seperti Tun Mahathir atau lebih hebat lagi.Persoalannya bila...macam belum nampak lagi...New Chapter
Ya Rabb ini aku datang lagi, datang dengan hati yang tidak seputih dulu. dengan langkah yang tidak selama ini kukira kuat, dan dengan dosa ...
-
Selama melakukan aktiviti outdoor atau di alam terbuka dan hutan, agar tetap selamat ikuti langkah-langkah berikut ini: Banyakkan ...
-
PDRM akan menyambut hari lahirnya pada 25 Mac ini. Setiap tahun saya tidak lepas menyertai perhimpunan Hari Polis sejak 2000. Sesuatu yang m...
-
Setelah kenal dengan Primero dan diajak untuk joint sekali menakluki Bukit di KB pada 17 April 2016. Saya mencari rakan untuk bersama saya ...



