Monday, May 30, 2016

Bukit Botak With Arick




Bukit Gundul untuk kesekian kalinya

Misi membawa Mer ke Batu Puncak Gundul






Bukit Mandap Pirasan Kota Belud Kali Kedua

Jumaat petang aku balik ke kampung untuk menghadiri Majlis Perkahwinan sepupuku di Kampung untuk majlis berinai. Baba la yang paling sibuk kerana dialah yang mengatur perkahwinan ini dari majlis bertitik, potong kerbau dan everything with my mom. Setelah majlis berinai aku bersama Arick balik ke Bandar Sierra untuk menukar kereta yang akan ku bawa ke Kota Belud. Arick ketiduran di kereta dan meneruskan tidurnya setelah sampai di rumah babaku. Jam sudah 11.45 malam dan aku tidak sedap hati kerana belum menolong apa-apa di rumah makcik lalu aku ke sana dan membantu memotong sisa-sisa daging kerbau untuk dimasak hinggalah jam 2.30 pagi. Keriuhan dan gelak ketawa menyebabkan aku lupa untuk tidur dan akhirnya aku balik ke rumah dan terus merebahkan badan dan terus terlelap. Jam 5.15 pagi aku bangun dan menyiapkan semua keperluan mendaki Bukit Mandap untuk kali kedua. Setelah solat subuh aku dan Arick bersarapan 2 biji telur rebus seorang sebagai alas perut. Terima kasih isteriku yang amat memahami aku dan tidak banyak rewelnya. Setelah itu saya dan Arick membaharukan wuduk sebelum berangkat. Aku mahu Arick terbiasa dengan amalan ini sebelum keluar rumah sebagai penjaga diri.
28.05.2016 Jam 6.10 aku dan Arick mula bergerak ke Petronas Jalan Tuaran menunggu rakan yang lain. Yaya yang pertama muncul dan meminta dibelikan air lalu beredar dan akan menunggu kami di Kota Belud. CW, Rems dan Gays pula menyusul. Sementara menunggu Pink dan Minion, CW and the gang melantak KFC. Tidak lama kemudian Pink muncul diikuti Minion. Kami terus bertolak ke Starting Point Bukit Mandap, Pirasan lebih kurang jam 6.35 pagi dan sampai di starting point sejam kemudian. Saya sebenarnya lebih suka mengikuti starting point yang kami gunakan pada pendakian pertamaku pada 17 April 2016 bersama Geng Bukit ke Bukit ku. (Tapi waktu itu kami naik pada waktu petang). Pink mendapatkan sedikit info daripada seorang penduduk kampung di kaki bukit itu dan dia membenarkan kami memulakan pendakian melalui kebunnya. Saya memulakan pendakian dengan doa selamat kerana hanya aku dan Pink sahaja lelaki yang boleh diandalkan jika berlaku apa-apa. Kami berlapan yang akan memulakan pendakian menakluki puncak ke 10 (Aku, Arick, Pink, Yaya, Minion, CW, Rems & Gays).
Pendakian dari starting point amat mencabar dan melelahkan kerana agak curam dan aku hanya mengunakan instint untuk sampai ke Puncak 1. Tenaga ku terkuras di sini apabila menarik rakan-rakan sependakian ku satu persatu untuk sampai ke Puncak 1. Untung ada kayu yang ku tebang dijadikan pengganti tali untuk menarik mereka. Semasa menarik Rems kaki kiriku terkehel sedikit dan aku merasakan ada sedikit sakit tetapi rasanya masih kuat untuk meneruskan misi utamaku membawa mereka sampai ke Puncak 10. 
Aku dan Arick di Starting Point
Gays, CW, Rem, Minion, Yaya dan Arick di Puncak Pertama

Kami tidak berehat di puncak pertama dan terus menuruni bukit puncak pertama untuk ke puncak kedua. Walau terkuras banyak tenaga di puncak pertama kami masih bertenaga untuk meneruskan pendakian kami. Wajah-wajah ceria mula berubah sedikit demi sedikit apabila seorang demi seorang daripada kami mula kelelahan kerana mendaki dan menurini bukit silih berganti. Disepanjang perjalanan memang panas terik matahari semakin menebal cuma keindahaan bukit, Gunung Kinabalu dan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja menambah sedikit keceriaan rakan-rakan pendakian ku. 
Kami menuruni Puncak ketiga untuk ke Puncak Keempat

Bermula dipuncak keempat aku dan Pink seperti yang kami rancang dalam kereta untuk berpecah kepada dua kumpulan aku, Arick, Yaya dan Minion akan berada di hadapan dan Pink bersama CW, Rems dan Gays di belakang kerana CW mulai sakit kepala dan Rems pula kehabisan tenaga. Pink meminta kami meneruskan pendakian dan mereka akan menyusul kemudian setelah berehat. Aku meneruskan pendakian ke bukit kelima, keenam dan ketujuh di setiap puncak kami akan berehat lebih kurang 10 minit di setiap puncak. Dipuncak ketujuh aku menemui bendera yang kami pacak telah tersungkur di tanah. Aku mengambil bendera tersebut dan merasakan ada semangat Awer dan Yon disana. Aku lalu mengikat tiang tersebut di sebatang pokok dan bendera itu berkibar semula.
Bendera BkB aku ikat sekurang-kurangnya dia akan terus berkibar.

Setelah memasang bendera tersebut aku berehat sebentar kerana Arick (makan biskut tigernya), Yaya dan Minion juga berehat tiba-tiba Pink muncul dengan payung Petronasnya mengomel tentang kiraan Puncak Bukit..ini bukan sudah 7 puncak tapi 9 sudah ini bilangnya. Apalagi pecahlah ketawa kami masa itu. 
Pink dengan Payung Petronasnya menghitung bukit
Kami di laluan Puncak 6 ke Puncak 7
Pink meminta kami meneruskan perjalanan kerana dari kejauhan kami melihat CW, Rems dan Gays sudah berada dipuncak kelima. Kami meneruskan pendakian yang agak mencabar iaitu laluan puncak 7 ke puncak ke 8 dan kami berjaya sampai ke Puncak 8 dan saya mencari bendera yang kami pacak sebelum ini. Bendera itu juga telah jatuh menyembah bumi. Aku meminta Yaya, Minion dan Arick menunggu di bawah pokok sementara aku mengikat bendera tersebut di sebatang pokok. Aku memberitahu mereka bahawa untuk sampai ke puncak 10 sudah agak mudah dan kami semakin bertenaga untuk menakluki Puncak 10. Yayalah yang mendahului kami apabila sampai di puncak 9 dan ke 10. Kami berempat sampai di Puncak 10 tepat jam 11.05 minit pagi dengan suhu 33'C. Kepenatan mendaki dan menurini bukit hilang apabila berada di Puncak Kota Belud. Yaya dan Minion berteriak dan aku meniupkan wisel tanda kejayaan. Rasa puas kerana berjaya membawa rakan-rakan Hill Hunter menakluki bukit ini.
Aku dan Yaya
Aku dan my Arick
Minion dan Aku
Kami di Puncak 10
Lihatlah dunia
 Bendera yang aku tinggalkan

Setelah mengikat bendera di Pohon Bambu Renik di Puncak 10 dan menikmati keindaahan Kota Belud, Usukan Bay dan sekitarnya kami mula turun jam 11.45 pagi dengan suhu mencecah 34'C. Saya melihat air dalam beg saya tinggal sedikit begitu juga dengan Arick. Kami terus menuruni puncak 9 dan di Puncak ke 8 Pink menunggu di sana. Pink mememberitahu CW dan yang lainnya menunggu di puncak 7. Kami teruskan perjalanan menuruni puncak 8 ke puncak 7. Dalam perjalanan kami berjumpa dengan 4 orang pendaki wanita berpakaian merah juga sedang ke puncak 8. Kami meneruskan perjalanan ke puncak 7 dan terus ke puncak 6. Kami sangat kelelahan disebabkan kekurangan air. Kami hanya ada lebih kurang 200 ml air yang tersisa dimiliki oleh Yaya. Kami hanya membasahkan tekak dengan menggunakan penutup botol sebagai gelasnya. Di puncak kelima Minion mula pening-pening dan aku menasihati agar jangan terus berdiri. Kaki kiriku mula terasa sakit tapi aku mendiamkan saja daripada mereka. Kami terus ke puncak 4 dan ke puncak 3. Pada masa inilah aku merasakan aku kehabisan tenaga dan kakiku menjadi kebas. Mataku mula berpinar-pinar dan aku teringat pengalaman ku di Semeru pada tahun 1994 dimana aku mengalami masalah serupa. Aku mengambil keputusan untuk berbaring sebentar dan meminta Pink menyembur spray penyejuk ke betis kanan ku yang mengalami kekejangan. Aku memerlukan air, air dan air. Aku melelapkan mataku sebentar dan membaca ayat Kursi dan tiba-tiba telefon Arick berdering. Ternyata isteriku yang menalifon dan semasa mengambil telefon dalam begnya masih tersisa 1 botol hundred plus dalam 350ml. Aku terus meminum air tersebut dan menyisakan untuk Arick, Pink, Yaya dan Minion. Aku seakan-akan mendapat tenagaku semula. Pink pula tanpa ku minta mengurut betis kiriku. Allah swt kemudiannya menurunkan sedikit hujan untuk kami dan akhirnya aku mendapat semula tenagaku untuk meneruskan perjalanan. Yaya pula telah meminta bantuan daripada rakannya untuk menunggu kami ditepi jalan dan membawa air. Manakala Nobita pula akan mengambil kami untuk ke tempat kami menyimpan kereta kami. Aku pada mulanya bergerak agak lambat namun kerana ingin mendapatkan segera air seakan-akan tenagan muncul lagi. Tongkat yang disediakan oleh Pink aku buang agar pergerakan ke tepi jalan lebih cepat. Akhirnya kami sampai di tepi jalan dan selang 5 minit rakan Yaya datang membawa air disusuli Nobita yang membawa kami ke kereta. Terima kasih My Rian Hairani yang tak leka mendoakan aku. (I love u much).



Terima kasih Pink, Arick, Yaya dan Minion yang sanggup menunggu lebih 30 minit tempoh recovery aku. Bro Nobita dan rakan Yaya yang membekalkan kami air. CW, Rems dan Gays walau tak sampai tapi kamu adalah pejuang kerana berjaya turun dari puncak 1 ke starting point asal. Terima kasih Allah swt... aku tak akan lelah untuk terus sujud padamu...amin yarabbal alamim.
Terima kasih Allah swt...





In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)