Friday, March 27, 2009

Amalan Sebelum Tidur.



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :1. Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,3. Sebelum para muslim meridloi kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...."Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )Sekian untuk ingatan kita bersama.* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yanglain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orangyang mengajarnya meskipun dia sudah mati.Wallahualam

Tuesday, March 24, 2009

Anak Malaysia Jangan Bogel Depan Kamera



Caberawitpun heran, lepas satu, keluar lagi satu cerita baru berkaitan kes bergambar seksi depan kamera. Selepas beberapa artis kantoi, YB kantoi dengan isu ini kini giliran pengacara TV popular pula yang kantoi. Caberawit dapat kiriman photo ini daripada seorang teman. Tak kisahlah apa alasan nak diberi untuk gambar seperti ini, koleksi peribadikah atau apa sekalipun tapi jika ianya dah tersebar yang peribadipun dah tak jadi peribadi. Ingatlah wahai anak Malaysia jangan sekali-kali bogel depan kamera sekalipun untuk koleksi peribadi. Manatau satu hari nanti anda menjadi orang terkenal, popular atau orang yang menjawat jawatan penting di manapun. Gambar seperti inilah yang akan menjatuhkan anda jika ianya jatuh kepada lawan anda atau orang yang dengki dengan anda. Sekiranya anda mempunyai boy friend, tunangkah malahan suami janganlah berani mengabadikan diri anda dalam sebarang pos samada dalam kamera, handphone, videocam dan sebagainya. Simpan dalam memori otak anda sudahlah, atau jika dah kemaruk betul setakat depan cermin sudahlah...tapi ingat dalam rumah sendiripun kena berhati-hati mana tau ada orang pasang CCTV ke or webcam ke...hai dunia dah makin maju, macam-macam boleh jadi. Sebagai manusia kadangkala kita leka dalam membuat keputusan, ada yang dibuat on the spot seperti dalam gambar di ataslah, tapi keputusan on the spot itu boleh memalukan anda, kita leka menyimpan koleksi peribadi ini dan akhirnya jatuh ke tangan orang yang mengambil kesempatan dan akhirnya beginilah jadinya. Hubungan kita dengan teman lelaki, tunang malahan suami juga tidak diketahui sempai bila jadi jangan salahkan mereka jika anda telah merelakan gambar anda diabadikan dan disebar. Moral daripada cerita di atas, buat Anak Malaysia Jangan Bogel di Depan Kamera.....

Sunday, March 22, 2009

Pemilihan Agung UMNO

Persidangan UMNO bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Persidangan kali ini penuh dengan cabaran kerana UMNO kelihatan seperti Retak Menanti Belah. Isu rasuah politik mendahului cerita pemilihan tersebut. Dengan beberapa keputusan yang kontrovesi, dapatkah Najib memulihkan UMNO menjadi sebuah parti yang perkasa memperjuangkan orang Melayu dan masih relevan dengan rakyat. Untuk renungan apakah UMNO telah bersedia melakukan perubahan. Bersama ini diturunkan sebuah puisi untuk ahli UMNO yang akan bersidang;
PAK TUA
Kamu yang sudah tua,
Apa khabarmu?
Katanya baru sembuh, katanya sakit,
Jantung, ginjal dan encok, sedikit saraf,
Hati-hati Pak Tua, istirehatlah,
Di luar banyak angin.
Kamu yang murah senyum,
Memegang perut,
Badanmu semakin tambun,
Memandang langit,
Hari menjelang Maghrib, Pak Tua ngantuk,
Isteri manis menunggu, istirehatlah,
Di luar banyak angin.
Pak Tua, sudahlah,
Kami mampu untuk bekerja,
Pak Tua, sudahlah,
Kamu sudah terlihat lelah,
Pak Tua...oh...pak tua...

Tuesday, March 17, 2009

Proton Exora. Ixorakan nama bunga



Saya adalah ribuan orang yang mencuba nasib dalam peraduan menamakan MPV baru keluaran Proton ini. Antara syarat pertandingan ialah nama yang dicadangkan tidak boleh diambil daripada nama BINATANG dan TUMBUH-TUMBUHAN. Itulah antara syarat-syaratnya. So sayapun mencuba mencari nama seperti keluaran Proton sebelum ini Wira, Satria, Perdana, Persona yang memang tiada unsur nama binatang ataupun tumbuhan. Nama yang saya cadangkan tu tak payahlah saya umumkan disini sebab tak terpilihpun. Tapi apa yang menjadi kekesalan saya ialah apabila diumumkan nama MPV ini diakhbar-akhbar ialah Proton Exora 'keriangan keluarga'. Exora diambil daripada nama bunga ixora. Timbul persoalan kenapa nama bunga, bungakan sejenis tumbuh-tumbuhan. Keesokan harinya diakhbar dijelaskan bahawa nama Exora tidak membawa apa-apa maksud, dan menurut panitia pemilihan nama itu dipilih sebab unik dan tiada maksud apa-apa.Itu penjelasan yang diberikan panitia apabila menerima protes daripada orang ramai. Tetapi keputusan adalah muktamad so berkecailah harapan nak memiliki kereta percuma. Tapi yang paling memfrustkan aku nama Exora terlalu dekat dengan aku...nama anakku sendiri Iman Alyia Exora yang sekarang ni dah tahun 4 pun di sekolah rendah...untuk menyenangkan hatiku indak apalah nda dapat Proton Exora, Tuhan dah bagi Iman Alyia Exora kepada ku...

Monday, March 16, 2009

Chong Wei menang akhirnya


Sekalung tahniah buat Chong Wei yang akhirnya berjaya menundukkan Lin Dan 21-16,21-16. Kemenangan Datuk Chong Wei mengubat duka kekalahan Datuk Nicole dan MU ari tu.Dalam sukan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi serta didukung taktik dan skil yang menjadi serta sedikit nasib pasti membawa kejayaan. Cuma yang menjadi keraguan saya ialah siapa pula pengganti Chong Wei, siapa pula pengganti Nicole, seperti belum ada tu! BAM dan persatuan Squash perlu memikirkan untuk mencari pengganti Chong Wei dan Nicole dan bukan mengharapkan mereka berdua bermain mewakili negara hingga berumur 80 tahun kot..Pemilihan pemain pula hendaklah telus, jangan asyik pikir kepentingan diri sendiri dan pemilihan pemain yang ada kaitan kerabat dan macam-macam lagi. Ambil ikhtibar daripada pasukan Bola Sepak kita, pemilihan pemain tidak telus (maklum FAM masih dipimpin oleh orang yang tu juga, kejap boleh pemain import kejap tak boleh, kalau kalah salahkan pemain dan jurulatih, tapi apabila jurulatih baru dilantik, pemain yang disalahkan tu dipilih pula semula..pirrahhhh)Apapun aku mendoakan agar cepatlah muncul pengganti Chong Wei dan Nicole seperti aku mengharapkan muncul pengganti Dr. M dalam pentadbiran negara..Hidup Dr. M...

Akhirnya MU kecundang



Red Devil akhirnya kecundang kepada The Reds 1- 4. Satu keputusan diluar jangkaan.Saya telah menjangkakan MU akan kalah dalam perlawanan ini berdasarkan kemenangan The Reds mengatasi Real Madrid dan kesukaran serta kelekaan barisan Red Devil ketika mengatasi Inter Milan dalam saingan UEFA. Tapi tidak menjangkakan kekalahan sebesar ini.Ramalan saya kalah 0-1 atau 1-2 sahaja. Tetapi kekalahan ini bagi saya kena pada masanya kerana sejak memenangi Piala Dunia (Kelab) MU tak pernah tertewaskan, mempunyai benteng yang sangat utuh. Hal ini menyebabkan pemain mula merasakan mereka amat baik dan konsisten. Nasib baik lah kekalahan ini tidak berlaku di Final Piala FA atau saingan Champion League. Jadi dengan kekalahan ini Chelsea dan Liverpool hanya 4 mata di belakang MU tapi MU tetap memiliki kelebihan kerana memiliki kurang 1 perlawanan. Liverpool bagi saya bukan ancaman utama MU, ancaman utama ialah Chelsea. Liverpool hanya bermain baik apabila berjumpa pasukan yang benar-benar kuat tetapi apabila berjumpa team pertengahan dan dasar liga mereka bermain tak bermaya. Apapun kekalahan ini pasti membuat Sir Alex dan pemain MU perlu bangkit dan sedar bahawa kemenangan dan nasib tidak selalu menyebelahinya.Bangkitlah ketika menjamu Fulham nanti. Glory glory Man United...

Sunday, March 8, 2009

MU terus unggul atasi Fulham 4-0


Man United menang lagi dalam saingan piala FA mengatasi Fulham. Meski turun tanpa kelibat CR7 dan Berbatov, yang pastinya direhatkan menjelang aksi menentang Inter Milan dalam saingan Champion League dan Liverpool dalam aksi liga.Dua gol dari Tevez, masing-masing satu oleh Rooney dan Park Ji Sung membawa Red Devil ke separuh akhir. Kejayaan ini semakin mendekatkan MU dengan satu lagi koleksi piala. Glory glory Man United.
Crita sikit pasal berita kat TV, caberawit sampai naik muak tengok + dengar berita politik tanah air yang tak abis-abisnya.Kemelut di Perak, PPSMI dan macam2 lagi isu yang entah apa-apa sampai berdemonstrasi...sudah-sudahlah tu..di Perak tu senang saja bubar then pilihanraya biar rakyat Perak tentukan. PPSMI tu serah jer kat KPM buat keputusan, kes Kuhan/Kugan ke tu...penjenayah bah itu..ngamlah ditembak senang kerja polis...aik terlebih bah sudah aku ni...

Saturday, March 7, 2009

Akhirnya Datuk Nicole Kecundang di Arena Sendiri



Natalie Grainger muncul juara skuasy wanita Terbuka Kuala Lumpur CIMB selepas menewaskan Nicol David 11-8, 10-12, 11-7, 5-11, 11-6 pada perlawanan akhir di sini, petang tadi. Caberawit ni bukan mahirpun pasal squash ni, pegang raket squashpun tak pernah. Tetapi kekalahan Datuk Nicole tu tak mengejutkan walau di arena sendiri. Sekurang-kurangnya indalah Nicole digelar jaguh kampung. Kekalahan tersebut mungkin akibat tekanan daripada 'local fan' dan harapan kita kekalahan tersebut tidak akan berterusan untuk Nicole. Caberawit cuma risau bila Nicole da bersara nanti siapalah pulak yang menggantikan Datuk kita ni yer...macam tiadapun...Sharon terlalu jauh dengan Nicole...harapan kita agar ada pengganti Datuk Nicole, suruh dia jadisparing partner Nicole hari-hari, lama-lama pandai gak tu...Sebenarnya nak cakap squash lebih2 tak reti pulak kalau bola bolehlah tapi nak cakap pasal bolasepak Malaysia yang hidup segan mati tak mahu ni..caberawit dah malas kerana kepimpinan FAM masih dok orang tu gak, tak sedar diri tak tau malu dan tak mau undur2..asyik2 pemain dan jurulatih saja disalahkan, FAM saja yang benar, try tengok pimpin Team Jepun kah atau Korea Selatan, pasti kedua-dua Team ni akan jadi nombor 167 dan 169 dunia jika FAM yang tadbir jadi tak hairanlah jika rangking negara kita merundum sebab orang2 dalam FAM sendiri semuanya rangking 170-200 time durang skul dulu...he he he..itupun skul orang babal

Thursday, March 5, 2009

Newcastle United 1 - 2 Man United




Misi mempertahankan gelaran Juara EPL terus dalam gengaman Red Devil. Meski sempat ketinggalan 1 gol hasil jaringan Lovenkrands pada minit ke-9 hasil kesilapan Van Der Sar yang tidak dapat menangkap kemas bola dimanfaatkan sepenuhnya oleh Lovenkrands. Ketinggalan 1 gol pada awal permainan tidak begitu mengusarkan dan hasilnya pada minit ke-21, Rooney telah meledakkan gol penyamaan dengan kaki kirinya. Kedudukan berakhir seri pada masa pertama. Pada masa kedua, dengan kemenangan Chelsea dan Liverpool sebelum ini, Red Devil dengan misi untuk menang terus memperkemas permainan dan akhirnya gol kemenangan berhasil diperolehi Berbatov pada minit ke-56. Dengan kemenangan tersebut, Red Devil terus menguasai puncak liga dengan kelebihan 7 mata berbanding Chelsea dan Liverpool dan kurang 1 perlawanan. Glory glory Man United...bilalah bola sepak negara kita nak macam ni...kalau kepimpinan FAM tak dibubarkan dan diganti orang bola sepak...rasanya sampai kucing bertanduk kot...

Wednesday, March 4, 2009

Ikhtibar dari pemerintahan Khalifah al-Rasyidin



Zaman khalifah al-Rasyidin muncul setelah kewafatan Rasulullah. Bermula dengan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, diikuti zaman kegemilangannya pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Semasa Umar al-Khattab memerintah lebih kurang 10 tahun, Tanah Arab mencapai kegemilangannya, penduduk hidup teratur sesama Islam, nasrani, yahudi dan pelbagai agama dan etnik lagi. Jika dikaitkan dengan Malaysia zaman ini bolehlah disamakan dengan pemerintahan Tun Mahathir. Khalifah Umar al-Khatab digantikan oleh Khalifah Uthman al-Affan seorang yang terkenal bersifat lemah lembut, hartawan dan dermawan. Namun semasa pemerintahannya selama 12 tahun, pada 6 tahun pertama pemerintahannya agak baik namun pada 6 tahun terakhir Uthman mula dipengaruhi oleh kaum kerabat, kroni sehingga membawa keadaan kucar-kacir di Tanah Arab. Uniknya perkara seperti itu berlaku semula tetapi bukan di Arab tetapi di Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi setelah menerajui kerajaan mendapat sokongan padu rakyat pada pilihanraya ke-11, dengan mendapat majoriti melebihi 2/3 kerusi di parlimen. Malangnya kejayaan tersebut telah membuat Pak Lah terleka, alpa dan mula dipengaruhi oleh kerabat, kroninya, tingkat empat dan paling hebat dikatakan pengaruh menantunya KJ.Kealpaan tersebut telah dihukum rakyat pada pilihanraya ke-12 lalu. Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang. Pak Lah yang melepaskan Anuar Ibrahim dari penjara dengan harapan Anuar akan membantunya tetapi bertindak sebaliknya. Nah, keadaan selepas itu mewujudkan kekecohan di Dewan Parlimen. Sebelum ini, insiden memaki hamun, bertumbuk, saman menyaman tidak kedengaran malah pada hari ini ianya seakan menjadi rutin hinggakan saya dah malas nak tengok berita di TV kerana malu melihat para pemimpin yang kononnya membela nasib rakyat ini. Teras kedua Rukunnegara juga telah diendahkan oleh para pemimpin ini hinggakan ada yang sanggup menyaman Sultan dek kerana kemaruk kuasa. Kalau sayalah Sultan, baik tak payah bagi pemerintahan kepada rakyat ikut saja macam Sultan Brunei, sendiri jadi Perdana Menteri, Menteri Besar dll. Negeri tu kan sultan yang punya. Harapan saya sebagai rakyat, moga peralihan kuasa benar-benar berlaku dan semoga perdana menteri baru (Najib) yang akan mewarisi pentadbiran kucar kacir ini tidak akan menerima nasib yang sama seperti Khalifah Ali bin Abi Talib.Jika berlaku, sejarah benar-benar berulang-lagi.Jadi kepada semua yang minat sangat nak berpolitik, rajin-rajinkanlah diri membaca buku-buku sejarah, kerana banyak panduan dan iktibar yang boleh dipelajari...jangan dok sibuk nak memikirkan bagaimana nak kaya atau projek yang boleh menambah kekayaan mereka...

Tuesday, March 3, 2009

Batu batu kecil di perut Rasulullah


Suatu saat Rasulullah SAW mengimami salat isya. Tiap kali menggerakkan badannya untuk sujud atau rukuk, terdengar bunyi kletak-kletik seperti tulang-tulangnya beretakkan. Para makmum cemas, menyangka beliau sedang sakit keras. Maka, selesai solat, Umar bin Khatthab bertanya, ''Apakah engkau sakit wahai kekasih Allah?''''Tidak, aku sehat walafiat,'' sahut Nabi. ''Tapi mengapa tiap kali kau gerakkan tubuhmu, tulang-tulangmu beretakkan. Pasti engkau sakit.'' ''Tidak, aku segar bugar,'' masih jawab Nabi.Namun, lantaran para sahabat kelihatan makin risau, baginda lantas membuka jubahnya. Tampak oleh para sahabat, Nabi mengikat perutnya yang kempis dengan selempang kain yang diisi batu-batu kecil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi kletak-kletik. Umar memekik, ''Ya Rasul, alangkah hinanya kami dalam pandanganmu. Apakah kau kira jika kau katakan lapar, kami tidak bersedia memberikan makanan bagimu?''Rasul menggeleng seraya tersenyum. Lalu, ''Umar, aku tahu kalian para sahabat sangat mencintaiku. Tapi di mana akan kuletakkan mukaku di hadapan Allah, apabila sebagai pemimpin justru aku membikin berat orang-orang yang kupimpin?'' ujarnya. ''Biarlah aku lapar, supaya manusia di belakangku tidak terlalu tamak sampai menyebabkan orang lain kelaparan,'' lanjut Nabi SAW.Kejadian kecil seperti dimuat dalam The Stories of Sahabah itu sudah 14 abad berlalu. Kini kelaparan masih menghantui sebahagian penduduk dunia. Lalu, apakah Tuhan tidak pandai menyediakan rezeki secara adil kepada segenap makhlukNya? Gugatan semacam itu, tentu hanya muncul dari mulut orang-orang kafir, sebagaimana dalam Surah Yasin.Tuhan Maha Bijaksana, Tuhan Maha Penyayang, rahmatNya tersebar merata. Kalau kelaparan masih bercokol di bumi, tak lain lantaran masih ada orang-orang tamak yang menguasai bahagian yang lebih banyak untuk keperluan yang sedikit. Sabda Nabi SAW, ''Limadza tabnuna ma la taskununa? Limadza tuktsiruna ma la takkuluna? (Mengapa kalian membangun yang tak kalian tempati? Mengapa kalian menimbun banyak, padahal tak kalian makan?) ''Atau, menurut pemimpin muslim Pakistan, Muhammad Ali Jinnah, ''This world is enough for every man's needs, but it is not enough for a man's greed. (Dunia ini cukup untuk memenuhi kebutuhan seluruh manusia, tetapi takkan pernah cukup untuk memuaskan ketamakkan seorang manusia yang serakah).'' Lalu bagaimana pemimpin di negara kita Malaysia.Mengapa masih ramai rakyat yang miskin dan kelaparan sedangkan para pemimpin sibuk melaungkan untuk membasmi kemiskinan. Mengapa saluran TV (TV3 Bersamamu) sahaja yang dapat menjejaki orang yang miskin dan kelaparan ini, ke mana para YB, pemimpin pembangkangpun tak nampak. Ke mana pula larinya zakat yang kita bayar tu. Sampaikah kepada golongan ini. Para pemimpin di mana berada, ambillah iktibar daripada kisah Rasulullah tersebut, jangan dok pening nak jaga kantong sendiri, kantong puak sendiri sampai kebajikan rakyat dilupakan...kemelut politik di Perak serah saja kepada rakyat, biarlah rakyat yang tentukan....

Manchester United pasti juara EPL 08/09

SELAMAT berjumpa lagi. Saingan Liga Perdana England semakin menarik dan rancak. Tugas memburu gelaran juara terus menjadi agenda kelab elit, namun apa yang pasti setakat ini, Manchester United tetap menjadi pilihan.
Saya yakin pada penghujung musim liga tersebut gelaran akan menjadi milik United.
Petanda sudah ada selepas mereka menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 menerusi sepakan penalti kelmarin.
Terus terang saya katakan bahawa United telah mempamerkan aksi yang cukup fantastik ketika ini dan saya yakin bahawa gelaran juara akan sekali lagi berada dalam genggaman mereka.
Dengan kelebihan tujuh mata serta baki 12 perlawanan lagi untuk diharungi, United sememangnya agak sukar untuk dipintas oleh mana-mana pasukan.
Jika mereka gagal mempertahankan kedudukan sekarang, mereka akan kecewa. Saya juga pasti akan kecewa.Salah satu daripada 12 baki perlawanan United ialah menentang Liverpool di Old Trafford.Saya yakin Liverpool tidak akan memperoleh sebarang mata dari- pada perlawanan tersebut.United telah membuktikan bahawa mereka terlalu unggul musim ini.
Saya rasakan ia berpunca daripada barisan pemainnya yang cukup mantap serta boleh memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.
Barisan simpanan mereka juga boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama pada bila-bila masa.Selain itu, United juga memiliki lima pemain yang yang mempunyai prestasi luar biasa dan ia sudah cukup untuk mengubah rentak permainan mereka.
Pada mulanya, saya tidak fikir Cristiano Ronaldo akan tampil cemerlang selepas berlaku beberapa isu mengenai kedudukannya di United, tetapi sebaik musim ini bermula, dia tampil dengan gaya yang sungguh menakjubkan. Sesungguhnya CR7 ini memang profesional.
Meskipun pelbagai spekulasi mengenainya, tetapi Ronaldo tetap memberikan komitmen seratus peratus kepada pasukannya itu.Saya anggap, komitmen Ronaldo berpunca daripada gaya pengurusan Alex Ferguson yang memang disenangi pemain dari Portugal itu.
Begitu juga dengan Dimitar Berbatov, seorang penyerang yang terkenal dengan sikap panas barannya.Kini, dia merupakan seorang pemain yang paling tenang sejak menyertai United.
Tiada pemain dibenarkan untuk bersikap sambil lewa di Old Trafford dan inilah prinsip yang sejak sekian lama diamalkan di United.Mengenai peluang United untuk menyapu bersih lima kejuaraan musim ini, saya rasakan ia tidak akan tercapai.(Tapi jika dapat lagi best lah...)
Mereka mungkin akan memenangi dua atau tiga gelaran musim ini, tetapi bukan lima.
Saya juga tidak melihat Liverpool mahupun Chelsea mampu memintas United untuk menjulang kejuaraan, tidak sama sekali.Chelsea mungkin boleh menamatkan satu gelaran musim ini kerana mereka masih meneruskan perjuangan dalam Liga Juara- Juara serta Piala FA.The Blues mempunyai barisan pemain yang tidak kurang hebatnya.
Apa yang mereka perlu lakukan sekarang ialah untuk mengembalikan prestasi sebenar.
Saya juga boleh meramalkan Chelsea mampu memintas Liverpool untuk menduduki tempat kedua liga.Terus terang saya katakan bahawa Liverpool kini hanya ada Liga Juara-Juara untuk dipertaruhkan.Bagi saya, itulah satu-satunya kejohanan yang mampu mereka menangi.
Dalam saingan liga, Liverpool gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai nilai untuk muncul juara.
Walaupun mendahului kedudukan selepas tamat pusingan pertama, skuad bimbingan Rafael Benitez itu bagaikan hilang arah.
Mereka banyak melepaskan peluang keemasan untuk terus kekal di puncak ekoran beberapa keputusan seri sama ada di gelanggang sendiri mahupun lawan.
Mereka telah mempersiakan peluang itu dan kini telah memakan diri sendiri.
Berdasarkan prestasi sekarang, Liverpool sudah boleh melupakan impian untuk bergelar juara liga. Glory glory Man United.

Monday, March 2, 2009

Peralihan Kuasa Pak Lah - Najib

Akhirnya Pak Lah mengumumkan akan menyerahkan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada Najib pada penghujung Mac ini. Bermakna kita akan menerima Perdana Menteri yang baru pada April nanti. Harapan kita ialah proses peralihan kuasa ini berjalan lancar seperti sewaktu Tun
Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah. Dan harapan kita agar Najib mengambil ikhtibar daripada kepimpinan Pak Lah dan mencontohi kepimpinan Tun Mahathir. Biar dikata diktator, soekarno kecil tetapi semasa pemerintahan Tun Mahathir, kepimpinan negara berjalan sangat teratur dan lancar. Perpaduan kaum juga amat baik dan tiada kita dengar kaum itu, kaum ini merasa ditindas. Kepada Pak Lah, namamu pasti dikenang sebagai pemimpin yang mementingkan rakyat jika berundur dengan baik dan memberi peluang kepada yang lebih berkelayakan. Hidup Tun Mahathir, kepimpinan dan jasamu terhadap negara akan kekal selamanya dalam lipatan sejarah. Moga ada lagi pemimpin seperti Tun Mahathir atau lebih hebat lagi.Persoalannya bila...macam belum nampak lagi...

Glory Glory Man United


Tambahan 1 lagi trophy musim ini, setelah berjaya mendapatkan Charity Shield, Fifa World Club Cup kali ini Carling Cup dalam gengaman. MU menang menerusi sepakan penalti 4 - 1 mengalahkan juara bertahan Totenham Hotspur. Glory glory Man United...

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)