Saturday, February 28, 2009

Anugerah Juara Penuh Disiplin




PDRM akan menyambut hari lahirnya pada 25 Mac ini. Setiap tahun saya tidak lepas menyertai perhimpunan Hari Polis sejak 2000. Sesuatu yang manis untuk dikenang apabila menyertai Peringatan Hari Polis di IPK Kepayan pada tahun 2006. Pada masa itu, saya terpilih untuk menerima anugerah Juara Penuh Disiplin peringkat negeri. Saya mewakili IPD Tuaran. Saya sampai pada jam 6 pagi dan kemudian melapor diri lalu masuk ke padang kawad pada jam 6.30. Jadi bayangkanlah kena berdiri sehingga penyampaian anugerah pada jam 8.45 pagi. Namun begitu saya tidaklah risau kerana saya faham PDRM ni on time selalu. Datuk Bakri Zinin datang tepat waktu lalu menyampaikan perutusan daripada Ketua Polis Negara. Pada masa ni ramai gak anggota yang tumbang terutama daripada kawalan. Namun saya faham mereka telah menjalani latihan yang lama maybe terlalu penat. Alhamdullilah setelah berdiri hampir 2 jam 15 minit Datuk Bakri menyampaikan anugerah kepada penerima anugerah. Bangga jugalah walau terpaksa berdiri lama.Kira kuat juga lah. Kepada my best friend Marious yang saya bawa tuk ambil gambar pada masa tu..thanks a lot bro...kepada PDRM anugerah yang sungguh manis ini akan menjadikan saya orang yang sentiasa akan berdisiplin dan boleh menjadi contoh kepada orang lain especialy anak-anak saya...Kepada warga PDRM Selamat Menyambut Hari Polis..

Friday, February 27, 2009

Kenangan Manis Menyertai PDRM



Disiplin sebagai anggota polis telah menjadi darah dagingku. Setiap arahan daripada atasan disambut dengan baik dan siap dijalankan.Tiada alasan diberikan. Kepatuhan kepada atasan dan didiplin menjadi nadi utama kejayaan PDRM. Selama menyertai PDRM dapatlah juga merasa keseronokan dan keseksaan menjalani latihan kawad kaki, aktiviti menembak pistol dan M16, aktiviti lasak dan yang paling manis menyertai pertandingan Juara Penuh Disiplin. Alhamdullilah berkat kesungguhan OCPD DSP Hj. Suhaimi Hj. Wiro, Kpl Idrus Onong (now on Sarjan dah), L/Kpl Mohd. Kamel Rahmat, saya berjaya juga menjadi Juara Penuh Disiplin Peringkat Negeri Sabah pada tahun 2005. Kepercayaan yang diberikan kepada saya telah saya balas dengan kejayaan tersebut. Kenangan di IPD Tuaran sangat manis untuk diingati.

Thursday, February 26, 2009

Trip to Lahad Datu








Caberawit ke Lahad Datu pada 23 Febuari baru-baru ni atas urusan kerja. Saya menaiki penerbangan 6.55 pagi ke Lahad Datu. Sebelum ni belum sampai lagi ke Lahad Datu jadi agak teruja juga bagaimana bandar Lahad Datu ni. Saya mengikuti penerbangan MasWing..boleh tahan juga pramugarinya pagi tersebut.Sebelum tu airpot kota kinabalu yang baru boleh tahan juga, cuma belum siap sepenuhnya. Penerbangan ke Lahad Datu mengambil masa 55 minit. Kami selamat mendarat di Lahad Datu Airpot pada jam 7.00 pagi. Terkejut juga apabila melihat Airport Lahad Datu yang kecil tapi simple lah..maklum hanya menerima penerbangan daripada Kota Kinabalu. Difahamkan ada 4 penerbangan setiap hari. Saya menginap di Grace Hotel. Ok juga lah sebab di bawah ada shoping mall dan senang juga cari makan. Sebelum itu saya ke SMK St Dominic Lahad Datu (Pengetuanya Mr Ganasan very nice person) then ke SMK Sepagaya. Esoknya saya ke SMK Agaseh (Pengetuanya also very nice Mr Murukesu).Ramalan saya kedua-dua sekolah ini akan maju jika guru-gurunya beri kerjasama sepenuhnya kepada pengetua. Bandar Lahad Datu tidaklah sekecil dan sedaif maklumat yang saya dapat. Bandar ini pesat membangun dan bagi saya lebih besar dari bandar-bandar lain di Sabah. Sayangnya saya harus kembali ke KK pada 24 Febuari. Dan sebagai penutup pengalaman sangat mengerikan ialah ketika pesawat mendarat di KK..Maybe new pilot macam mau pacah bah itu kapal time dia mendarat abis takajut kami semua..anyhow Lahad Datu i give markah yang bagus..nanti saya pergi naik kereta pula boleh round abis Lahad Datu....











Misi membenam Mourino

LONDON - Pengurus Man United, Alex Ferguson mahu menamatkan 'riwayat' jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho di Old Trafford.
Pada pertemuan pertama, pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di San Siro kelmarin, United terlepas banyak peluang menjaringkan gol sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Bintang United, Cristiano Ronaldo sekurang-kurangnya memiliki empat peluang terbaik termasuk sepakan percumanya pada lewat perlawanan yang berjaya diselamatkan penjaga gol Inter, Julio Cesar.
Disebabkan gol yang dicari-cari tidak kunjung tiba, Ferguson berharap anak buahnya mampu membenam Inter dan Mourinho di Old Trafford pada aksi kedua yang dijadualkan 11 Mac depan.
"Saya sangat kecewa kami tidak memenangi pertemuan ini," akui Ferguson.
"Tetapi ini baru aksi pertama. Kami masih ada satu lagi pertemuan di Old Trafford di mana kami memiliki rekod yang cemerlang.
"Saya sedar pertembungan ini masih belum selesai, tetapi kini kami mempunyai satu peluang yang terbaik."
Situasi ini adalah sama seperti senario ketika United berdepan Barcelona pada peringkat separuh akhir musim lepas.
Ketika itu, jaringan Paul Scholes di Old Trafford sudah cukup untuk membantu United melangkah ke pentas final sebelum mereka berjaya mengalahkan Chelsea.
"Kamu boleh lihat kematangan pasukan kami sekarang," kata Ferguson.
"Memang terdapat risiko kamu boleh dikalahkan dengan satu gol tetapi Barcelona adalah pasukan yang hebat dan kami berjaya juga menewaskan mereka.
"Pada hari itu nanti, kami hanya perlu memberi tumpuan dan konsentrasi. Semuanya boleh berulang sekali lagi."
Keputusan seri kelmarin menyaksikan United masih belum tewas dalam 20 perlawanan Liga Juara-Juara meskipun Ferguson membuat kejutan memulakan aksi tanpa penyerang utamanya, Wayne Rooney yang disimpan untuk perlawanan akhir menentang Spurs pada 3 Mac ini...Glory glory Man United..glory Glory my Tamara...

Wednesday, February 25, 2009

Inter Milan O - O Man United

Skuad Jose Marino dan Sir Alex Ferguson buntu mencari gol dalam perlawanan pagi tadi. Kedua-dua pasukan bermain agak berhati-hati. Keputusan seri ini tentunya memberi kelegaan dan kelebihan kepada The Red Devil kerana akan bermain di tempat sendiri pada perlawanan kedua nanti. Namun begitu, Red Devil hendaklah memastikan gawang mereka tidak dibolosi oleh Ibrahimovic dan rakan sepasukan. Seri dengan gol akan memberi kelebihan kepada Inter dan kemenangan bagi kedua-dua pasukan adalah penting. Jadi go Man United, glory glory Man United...

Sunday, February 22, 2009

Man United 2 - 1 Blackburn


Dua gol dari 'double R' teruskan penguasaan Red Devil dipersada liga.Tanpa van der Sar pintu gol Red Devil akhirnya bolos juga oleh Santa Cruz minit ke 31 untuk menyamakan kedudukan 1-1 setelah Rooney menjaringkan gol pembukaan minit ke-23. Gol kemenangan Ronaldo minit ke-59 sudah cukup mengekalkan United dipersada liga. Sementara itu, Chelsea melonjak ke tangga ketiga hasil kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa gol tunggal daripada Anelka. Manakala Arsenal semakin sengsara di tangga ke 5 apabila sekali lagi seri 0-0 dengan Sunderland. Perlawanan yang menyaksikan peminat Gunners mula bosan dengan permainan Gunners dan Arshavin yang baru dibeli juga gagal menjaringkan gol. Apapun glory..glory Man United...Liverpool malam ni vs City...hope diz game ended with draw....





Thursday, February 19, 2009

Apa dah jadi dengan PAS

Isu gambar bogel Elizabeth Wong tu satu hal. Sebagai pemimpin perkara ini tak harus berlaku. Tapi yang dikesalkan ialah Elizabeth belum kawin dan difahamkan teman lelakinya seorang muslim bernama Hilmi Hazimin Malek. Hilmi diduga sebagai individu yang mengambil foto tersebut. Ini menunjukkan rapatnya hubungan mereka berdua. Apa yang menjadi isu di sini ialah perlakuan Elizabeth dan Hilmi itu seakan dibenarkan oleh PAS. Jika dilihat dalam gambar sebelah beberapa wanita Islam lengkap bertudung mewakili PAS dan PKR beria-ia mempertahankan Elizabeth. Apa dah jadi ni? Kata nak mempertahankan hukum hudud. Tapi maksiat dibenarkan. Siap kata itu hak peribadi seseorang.Iyalah jika dah kawin, tiada orang kisahpun. Ini belum kawin dah tinggal bersekedudukan. Berlainan agama pulak tu. Jadi bak kata Nabil...lu pikirlah sendiri....

Man United 3 - 0 Fulham

"Setan Merah" menang lagi. Kali ini Fulham menjadi mangsa. Gol jaringan Scholes the bullet mengegar tangan keeper Fulham sebelum mengegar jaring minit ke 12. Gol kedua minit ke 29 dijaringkan oleh Berbatov yang mendapat hantaran silang O'Shea. Manakala Rooney yang masuk menggantikan Berbatov mengegar jaring minit ke 62. Red Devil kini lima mata mendahului pesaing terdekat Liverpool di tangga kedua. Van Der Sar dan Rio Ferdinand terus mempertahankan 'clean sheet' yang ke 14. Glory glory Man United...

Wednesday, February 18, 2009

Giliran ADUN PKR Kantoi


Kini giliran ADUN PKR pula kantoi dengan gambar bugilnya. Sebagai pemimpin bacalah buku 'The Prince" karya Nicollo Machiavelli itu. Walau karya ini dah berkurun lama tapi masih relevan hingga kini. Menghalalkan segala cara untuk mencapai tujuan atau matlamat apalagi dalam politik semua cara boleh guna. So bagi yang kurang bermoral fikirlah dalam-dalam sebelum terjun ke dunia politik. Dalam kes ini apapun alasan yang diberi kita memeng tidak dapat terima kerana dahlah bujang kenapa tido dengan lelaki yang bukan suami dia..ntah2 suami orang...Langkah mengundurkan diri adalah paling tepat itu saja yang aku salut tindakan YB ini..berani buat (walau orang lain buat) berani tanggung la..da tahu diri tu pemimpin kena jaga semua aspek lagi peribadi lagilah kena jaga...yang tak bestnya dia kata dia tak malu konon dengan penyebaran gambar ini kerana dia tak sedar masa gambar ini diambil...terlalu penat kot...berapa round ah...lepas ni kita tengok sapa pula yang kena.....he he he

Monday, February 16, 2009

Man United ke Suku Akhir FA Cup...

Red Devil menang lagi menentang Derby County 4 - 1 dalam pertandingan FA Cup. Meski turun dengan pasukan kedua Red Devil ternyata terlalu kuat untuk Derby. Gol-gol Red Devil dijaringkan oleh Nani (29), Darron Gibson (44), CR7(48) dan Danny Welbeck (81). Manalaka gol saguhati buat Derby dijaringkan oleh Miles Addison (56). Kejuaraan FA Cup sudah semakin dekat dalam gengaman..Glory glory Manchester United jan jeles bah...

Ahli Politik Pembohong

Suatu hari rombongan ahli politik mengadakan kunjungan kerja ke suatu daerah. Dalam perjalanan, bas yang ditumpangi rombongan itu mengalami kemalangan, kejadian itu disaksikan oleh seorang petani tua.
Melihat banyaknya korban yang meninggal, si petani beserta warga sekitar langsung mengadakan penguburan beramai-ramai. Suatu ketika datang seorang anggota polis yang datang untuk menyelidiki punca kemalangan tersebut.
Polis bertanya pada petani, "Pakcik, apakah ada mangsa yang masih hidup?".
Jawab petani, "Memang ada beberapa mangsa yang mengatakan kalau dia masih hidup, namun anda kan tahu ahli politik suka berbohong, jadi ya saya kubur semuanya..!".

Sunday, February 15, 2009

Terima kasih warga dan ex-warga SM St. John


Saya mula di sini pada tahun 1979 sebagai murid di SRJK St. John Tuaran hingga 1982. Darjah 3 hingga darjah 6. Setelah itu saya berhijrah ke SMK Sri Serdang Selangor sehingga tahun 1986.Kemudian saya kembali lagi ke SM St John pada tahun 1986-1987. (Tingkatan 4 - 5). Setelah itu saya berhijrah lagi ke Tingkatan 6 di First Academy KK. Pada tahun 1990 Pn. Penny pengetua pada masa itu mempelawa saya menjadi guru sandaran di sekolah ini sehingga 1991.Saya kemudian menyambung pelajaran ke UTM Jalan Semarak KL dan seterusnya saya dipilih menyertai program pertukaran pelajar dan saya memilih Indonesia sebagai destinasi seterusnya. Jodoh saya masih panjang dengan sekolah ini, apabila saya tamat belajar saya dibawa semula oleh Pn. Penny untuk bertugas semula di sekolah ini pada 1996. Setelah bertugas selama 12 tahun di sekolah ini akhirnya sekolah yang paling saya sayangi ini akan saya tinggalkan untuk bertugas di tempat baru...kepada rakan-rakan setugas semua, terima kasih atas bantuan anda semua dan sanggup melayan karenah saya semasa saya bertugas sebagai Penyelia Petang, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. Pengalaman bertugas bersama anda semua banyak memberi pengajaran kepada saya. Bantuan dan kerjasama daripada anda sangat saya hargai. Terima kasih semua...

Thursday, February 12, 2009

My Home Town History

Persoalan tentang bila dan siapakah yang menamakan Daerah ini sebagai Tuaran sukar dipastikan.Yang jelas petempatan ini telah sedia wujud sebelum kedatangan penjajah daripada Barat dan demikian juga satu bentuk sistem pentadbiran yang bercirikan pentadbiran feudal Brunei telah lama wujud di Daerah ini berdasarkan kepada hakikat bahawa beberapa pembesar yang dilantik oleh Kerajaan Brunei daripada kalangan rakyat tempatan. Kewujudan nama Tuaran terbukti telah dikenali dan menggunakan nama sebutan kawasan ini dalam surat-surat rasmi pihak berkuasa British sebelum mereka menjejak kaki ke bumi Sabah. Satu surat yang membuktikan hakikat ini ialah surat Sir Stamford Raffles ketika beliau menjadi Gabenor British di Jawa pada tahun 1813. Raffles telah menulis kepada Setiausaha British di India untuk memohon kebenaran memasuki Borneo Utara dengan alasan bahawa adanya pelawaan daripada Sultan Brunei. Pelawaan oleh Kerajaan Brunei adalah didesak oleh masalah lanun yang berleluasa di kawasan Jawaran (Tuaran) dan kawasan Jampasoo (Tempasuk). Di dalam surat tersebut Raffles menulis seperti berikut:

nThe present Sultan of Borneo Proper (Brunei) is understood to be well disposed not given the encouragement of piratical enterprise, notwithstanding the shelter is accorded to pirates in almost every river in his domain,a number of petty states having arisen beyond the reach of his authority and control.The most prominent of these states are the states of Jawaran(Tuaran) and Jampasoo (Tempasuk) to the northward of Borneo Proper……………
nIt has been reported that Jawaran send about 50 prows (perahu) belonging to this states is estimated about 150 with from one to two hundred guns.The large prows armed with 10 feet long probably 12 and 18 paunders.Their crews consisting 80-200 men.The lanoons are the most considerable,formidable of these eastern pirates.There is little doubts that we the (East India Company)should be justified in the immediate destruction of these prows.”1

Persoalan mengapa Daerah ini di namakan Tuaran sukar dipastikan pertama kerana gelaran 'Tuaran atau Jawaran ' telah diketahui semenjak tahun 1813 dan semua teori yang diketengahkan oleh berbagai pihak melalui kajian di kebelakangan ini sukar dipercayai kerana mereka kebanyakannya teori yang tidak disokong oleh ketepatan masa dan fakta. Apa yang jelas ialah Daerah Tuaran disebut Tuaran bersempena dengan nama sungai Tuaran iaitu satu-satunya sungai yang amat penting di Daerah Tuaran. Sungai ini pula memang dikenali dengan nama Tuaran dan melalui kajian yang dibuat dikalangan semua penduduk kampung di sepanjang sungai Tuaran iaitu daripada Kg.Tudan Tuaran (satu kampung yang terletak di hulu sungai Tuaran) hinggalah ke Kg.Sahbandar iaitu kampung yang terletak di muara sungai Tuaran, jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang telah lahir sebelum merdeka telah lama mengenali sungai ini sebagai sungai Tuaran. Dalam erti kata lainn nama sungai tersebut ialah Tuaran telah dikenali dengan nama tersebut sejak dahulu lagi.1[1]Semua fakta berhubung dengan surat Raffles in telah disebut oleh C.E.Wurtzburg di dalam bukunya bertajuk Raffles of the Eastern Isles, Hodder and Stoughton London,1954 halaman 300.

Wednesday, February 11, 2009

Tips Bercuti ke Jakarta & Bandung



Tiba di Bandara Soekarno Hatta anda hendaklah menjaga beg anda kerana sebaik-baik keluar dari pintu utama akan banyak pemandu yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan penumpang. Carilah teksi dan sebutkan nama hotel.Sebaiknya jika bercuti selama 7 hari, 3 hari di Jakarta dan 4 hari di Bandung. Biasanya (airasia) sampai malam so malam pertama stay d Jakarta then esoknya boleh langsung ke Bandung. Cadangan hotel di Jakarta ialah Novotel Mangga Dua atau Hotel Ibis Thamrin ada juga Spark Hotel dan Aston Marina. Dari Jakarta ke Bandung anda boleh meminta bantuan daripada pekerja hotel untuk mendapatkan van atau teksi. Anda boleh juga mencuba menaiki keretapi (first class tapi masih murah tau, selesa lagi) dari stesen keretapi Gambir. Jika naik teksi anda boleh singgah di Puncak, Bogor. Pemandangan ladang teh yang sangat cantik atau jika mahu anda boleh bermalam di sini untuk merasa udara segar di Bogor (Di sini banyak losmen (penginapan murah, selesa dan selamat dari RM20-RM50). Di Bandung anda pasti ingin membeli-belah. Cadangan penginapan yang paling dekat dan murah serta selamat dan selesa ialah di Hotel Nalendra, Jln Cihampelas Bandung. Hotel ini letaknya di Cihampelas pusat membeli-belah untuk pakaian, jeans, aksesori dan bermacam-macam lagi. Jika ingin barangan kulit jangan lupa ke Cibaduyut, anda boleh mendapatkan beg dan kasut berjenama (Louis Vuiton, Gucci, Bonia etc bukan orilah) dengan harga yang murah (tapi kena pandai tawar menawar, tawarlah sehingga 70% nda apa yang pasti jika harga sudah ngam kena belilah). Anda juga boleh mencuba dodol garut.Lepas tu bolehlah ke shopping mall di Bandung, ada banyak tempat. Setelah di Bandung balik semula ke Jakarta bolehlah shoping di Mangga Dua Mall, Pasar Senin, Blok M dan banyak lagi lah. Tapi yang disebut tadi tu yang famouslah dan murah. O ya di Mall anda juga boleh menawar harga tau nda macam di our country dah fixed price. Di Jakarta jangan lupa ke Ancol Dufan (Dunia Fantasi). Ok itu saja info dari saya. Selamat Bercuti ke kampung bini aku..he..he..he

Tuesday, February 10, 2009

Masa lalu yang telah kita tinggalkan



Orang sering berkata kutub selatan terlalu jauh untuk kita sampai, orang berkata bulan juga terlalu jauh untuk kita capai.Tapi tak mustahil jika ada keinginan dan izin dariNya kita bisa sampai biar ke hujung dunia. Namun adalah sesuatu yang mustahil jika kita bisa kembali ke masa lalu kita sesuatu yang tersangat-sangat jauh kita telah tinggalkan dan tak mungkin kita akan sampai ke situ semula.Hargailah masa lalu kita dengan menjadikannya panduan hidup kita...

HUMOR Caberawit:Tunggulah umur kalian sama.

Caberawit- Sudah lama Ali suka gadis yang tinggal di kampung sebelah. Ternyata cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.Gadis itu menerima cinta Ali dengan sepenuh hati, meski 'Proklamasi Cinta' Ali dilakukan di lorong sempit pinggir jalan. Sayang, kisah-kasih di pinggir jalan itu tidak berjalan mulus.
Orang tua si gadis keberatan kerana Ali belum bekerja. Namun keduanya pantang menyerah. Bahkan, setelah beberapa bulan menjalin kasih, Ali memberanikan diri melamar. Ia menemui ayah si gadis. "Pak Cik, kami sudah saling cinta, maka kami akan menikah. Bila saya boleh menikahi anak pak cik?" kata Ali.
Ayah si gadis jelas menolak. Namun untuk berkata terus terang, ia tidak sampai hati. "Beginilah Ali. Bukan saya keberatan, tapi tunggulah saat yang tepat. Saat ini umur anak saya 20 tahun, umur Ali 24 tahun. Jadi, tunggulah sampai umur kalian sama," kata si Ayah.

Gunung Kinabalu



Caberawait dah lama mengidam hendak ke puncak Kinabalu lagi.Kali terakhir menjejak kaki ke 'low peak' ialah pada tahun 1991 setelah turut menaklukinya pada 1987,1988,1989 dan 1990. Kini setelah 18 tahun keinginan untuk ke puncak datang lagi..Kinabalu tunggu kedatanganku hujung tahun ini. Kepada yang belum mendaki gunung ini, dakilah ia sekiranya anda berada di Negeri di bawah bayu ini..pasti mengesankan...

Red Devil Top Again



Kesabaran, kekentalan dan azam yang kuat serta tidak pernah putus asa adalah kunci kejayaan Man United setakat ini. Siapapun yang diturunkan tetap membawa kejayaan ke atas pasukan ini. Dengan Van Der Sar yang hampir mencecah usia 4o tahun masih menunjukkan aksi yang semakin bertenaga dan Ryan Giggs serta Paul Scholes yang sanggup bersaing dengan pemain yang lebih muda ternyata membawa sinar baru buat Sir Alex dan Man United. Kita tunggu apakah skuad ini akan merangkul lebih banyak piala pada musim ini. Piala Dunia Kelab sudah dalam gengaman, pemburuan kini ke Carling Cup, FA Cup, UEFA Cup dan EPL..Glory Glory Man United.

Situasi di Perak



Caberawit mengikuti perkembangan politik di Perak. 14 tahun dulu perkara ni da berlaku di Sabah. Sejarah berulang kembali. Pakatan Rakyat inginkan Pilihanraya tetapi ditolak SPR. Dan sesungguhnya Allah maha adil dan memberikan pilihanraya kecil di Perak. BN dan PR bolehlah melihat pilihanraya ini sebagai satu kunci pilihan rakyat Perak (walau tak mengambarkan keseluruhan Perak).Harapan caberawit siapapun yang menang hendaklah mementingkan kepentingan rakyat melebihi segalanya...
Assalamualaikum...

Salam perkenalan...

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)