Saturday, November 14, 2009

Trip ke Pulau Pangkor


MH2663Y meninggalkan KKIA jam 10 pagi. Aku dan Lan sampai di KLIA jam 12.25 trus ke ERL tuk ke Putrajaya. Di stesen ERL Dr Rose dah menunggu dalam keadaan sakit mata so dia tak joint our trip. Then jam 2pm KB datang so perjalanan ke Lumut pun bermula. Jam 6.30 kami sampai Lumut and dalam perjalanan kami berhenti di somewhere tuk makan. Kami menaiki feri jam 7pm dan sampai di jeti ke-2 Pulau Pangkor jam 7.45, van Puteri Bayu Resort dah menunggu kami dan sampai di Resort jam 8.00pm. Perjalanan yang amat meletihkan. Kami terus makan dan dengan badan yang hapak kami terus ke bilik taklimat sehingga jam 9.00pm. Selepas itu, masuk bilik 212 then mandi. Jam 10.00 pm kami meminjam van resort tuk makan laksa with Datin Azza, Wan Suraya, Ghazali, Jeffry dan Nuzie. Malangnya gerai tersebut dah tutup so just singgah melihat gerai pakaian t'shirt Pulau Pangkor. After that kita dibelanja oleh Datin Azza minum. Jam 12.00 malam masuk bilik kemudian on9 and chating with Alfie n Rozalind. Tertidur jam 2am. Jam 6am Arick dah menelifon aku then terjagalah,after solat subuh trus kami di bawa ke Pusat Kokurikulum Perak tuk senamrobik. Ok lah. After tu miting till 12.00noon. Jam 1pm kami menaiki bot tuk mengelilingi Pulau Pangkor then Pangkor Laut. Nampak lah batu buaya, paus dan penyu. Pangkor taklah sehebat Sipadan atau Mabul tapi percutian ke seni menjanjikan keseronokan yang berbeza. Nda ada di Sabah. Petangnya kami bermain voli pantai diikuti futsal. Malamnya after discussing for seminar kami dipaksa berkaraoke tuk mewakili negeri masing2. Aku dan Lan dengan terpaksanya telah berjaya mensumbangkan dua buah lagu. After menyanyi kami terus keluar shoping for anak2 dan isteri di rumah. Jam 2 malam baru tidur. Paginya aku terbangun jam 6.15 when Harith call aku. Solat subuh terus bersiap for balik KK again. Jam 8.30 discussing pelaporan persediaan seminar till jam 9.30. 10.30 kami meninggalkan Pulau Pangkor menuju ke Lumut. Cadangan menemui adik-adik di Kg. Gajah seperti tidak menjadi kenyataan. Sham dah balik2 call begitu juga with Arah. Kami very close time study di Indonesia dulu. Sham last c him 2007 di KK tapi Arah since 1995 tak jumpa dia just sms and call saja pengubat rindu. Namun kebesaranNya kami tersesat dan termasuk jalan ke Kg Gajah so dalam keadaan sesat itu aku call Sham dan akhirnya kami berjumpa disimpang yang betul-betul dekat dengan rumah Arah. Jadi dapatlah melepas rindu dan berkenalan with hubbynya Din(actually kenal coz dia dari IKIP Yogyakarta) dan anak-anaknya. Arah still like dulu. Tak banyak yang berubah begitu juga with Sham. Kami makan Durian dan Rambutan. Terkilan juga tak dapat jumpa Angah, Amin dan Din Trada yang dah macam adik beradik. Teringat kenangan di Indonesia dahulu kami seperti keluarga besar dan adik beradik. Kemana-mana kami sering bersama, berkonvoi, menonton dan sebagainya. 1991-1995 Kami bersama ketawa, menangis, berselisih faham tetapi itulah yang menjadikan hubungan kekeluargaan kami kekal hingga kini. Arah, Cha'a, Angah, Din, Juju, Myl dan Amin batch 1991 dan our Esther kemudian datang Sham, Doris, Boy, Alin...Itulah kenangan di Indonesia...Tepat jam 2pm kami meninggalkan Kg Gajah terus ke ERL Putrajaya. Terima kasih KB kerana menumpangkan kami ke Pangkor and ke Putrajaya again. Anda juga seperti aku dan Lan agak gila juga kepala...Kami sampai KLIA jam 6.00pm. MH2628 kemudian meninggalkan KL tuk ke KK. Habislah cerita 11-13 November ku. Dapat berkenalan dengan KB bertambah lagi seorang kenalan ku...ok kita jumpa lagi pada 18 November dan 30 November nanti.....




Thursday, November 12, 2009

Kakitangan Kerajaan Tak Bermoral

"Dalam keadaan ekonomi yang belum stabil, cuepac tidak seharusnya meminta bonus daripada kerajaan. Perbuatan ini menunjukkan cuepac tidak bermoral"...itulah kata-kata yang diucapkan oleh PM kita. Kenyataan yang sangat pedih untuk didengar. Presiden Cuepac tidak harus dipersalahkan, dan bukannya hendak popular tetapi hanya menyampaikan hasrat kakitangan kerajaan sahaja. Meminta dan tidak semestinya diberi. Umpama seorang anak meminta wang daripada ayahnya. Kalau ada diterima dengan senang hati dan kalau tidak ada tidak apa dan hubungan antara anak dan ayah tak akan terputus. Dan sang Ayah juga pastinya jika tidak dapat memenuhi tuntutan anaknya pasti tidak akan menyebut anaknya tidak bermoral. Kenyataan ini terlalu keras diberikan oleh seorang pemimpin kepada kakitangan yang banyak memainkan peranan membantu negara malahan menjadi penyokong kuat kerajaan. Tidak dinafikan ada kakitangan yang dalam senyap2 menyokong pembangkang tetapi kenyataan ini sangat sukar ditelan dan kemungkinan besar bilangan yang beralih ke pembangkang akan bertambah. Jika tidak dapat dipenuhipun jangan lah menggunakan istilah tidak bermoral, berilah penjelasan yang baik seperti seorang ayah yang baik menasihati anaknya. Cuepac mengemukakan cadangan sahaja diterima atau tidak terpulang pada PM. Tak paksapun...kami rakyat faham bah..naik minyak kami faham, tiadapun kakitangan kerajaan berpiket, mogok dan sebagainya...naik beras kami faham, apa lagi yang mau dinaikkan..naikkan saja kecuali gaji...tapi gaji menteri dan YB dinaikkan pun kami tak kesah...konon2 supaya elakkan para menteri dan YB daripada melakukan Rasuah..setuju bah...kami kalau PM dah putuskan...kami rakyat biasa...biasa hidup susah...tapi kami masih punya harga diri...alias MORAL yang tinggi....

Tuesday, November 10, 2009

Pak Tua Sudahlah....

Dr. M yang pada fikiran aku masih mampu mentadbir negara dengan baik sanggup meninggalkan jawatannya untuk negara. Tetapi yang satu ini akupun hairan bin pelik bila nak undur. Sudah, sudahlah tu lebih 30 tahun dah mengetuai MIC. Dah boleh masuk rekod dunia ni. Rakyat dah bosan dah. Dah kalahpun dalam pilihanraya masih juga mahu terus berkhidmat. Itu dah petunjuk rakyat dah tolak tapi si tua ni masih belum sedar. EGM MIC hari tu pun, mana ada demokrasinya kalau para perwakilan dipaksa tanpa sedar oleh Mr Presiden untuk memilih wakil pilihannya. Dan akhirnya semua wakil pilihannya menang...mesti ada yang disebaliknya...Barisan Nasional akan lemah sekiranya MIC masih dipimpin oleh Mr Presiden ini dan krisis MCA yang tidak berpenghujung. Pak Tua sudahlah...masih ramai pemimpin India yang mampu untuk bekerja lebih baik lagi....

Monday, October 12, 2009

BN menang besar di Bagan Pinang

"BN menang besar di Bagan Pinang" itulah tajuk dada akhbar hari ini. Dan di TV3 dan RTM malam tadi menayangkan keputusan dan ulasan panjang lebar kemenangan BN tersebut. Tidak seperti biasanya jika PR yang menang hanya keputusan sahaja diberi dan dah pindah ke berita lainnya. Itulah Demokrasi Media di negara ini, apabila BN menang panjang lebarlah ulasannya malah sehingga berhari-hari tapi apabila PR menang tak sampaipun seminit ulasannya. Bercerita tentang kemenangan BN ini yang memperolehi 8013 berbanding PAS 2578 dengan majoriti 5435 undi jelas menunjukkan BN tidak salah memilih calon kali ini. Dan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Najib kerana sekurang-kurangnya masih ada sedikit harapan untuk merebut kembali hati pengundi di Semenanjung, tapi yang pelik setiap kali pilihanraya kecil diadakan hanya Muhyidin yang dok berkempen sebaliknya Najib sibuk ke luar negeri. Kemenengan ini harapan saya agar BN tidak akan menjadi riak sebaliknya terus mendekati rakyat agar kemenangan terus berpihak kepada BN. Untuk itu, perlu dilihat juga kemelut MIC dan MCA yang jelas-jelas akan merosakkan kekuatan BN...Nasihat untuk BN...Jangan Riak teruskan berkhidmat untuk rakyat...

Wednesday, October 7, 2009

PK DUN Bagan Pinang

Aku tertawa terguling-guling when melihat berita TV3 memaparkan Abd Azezz dimasukkan ke wad akibat ditumbuk ketika mengiringi seorang menteri untuk berkempen di Bagan Pinang... BN nampaknya masih gunakan pendekatan propaganda iaitu memburukkan parti lawan dalam awal kempennya.Sama seperti kempen sebelumnya...(sebelum ini polis ditampar, ahli puteri dilempar batu dan sebagainya) tetapi Pakatan Pembengkang masih meraih sokongan rakyatnya buktinya daripada 7/8 Pilihanraya kecil yang diadakan di Semenenjung Malaysia semua dimenangi oleh PR. BN seharusnya ubah strategi berkempen...cubalah try pula berkempen secara telus di mana pihak media terutamanya TV memberi liputan yang adil. Ini kita hanya dihidangkan liputan yang sebelah pihak sahaja. Jadi kita tidak melihat gambaran sebenarnya. Yang kita tahu setiap kali pilihanraya akan muncullah kejahatan PR. Anggota puteri pula seperti dalam gambar selalunya seperti inilah...akan berkempen ke seluruh tempat. Tapi apabila pilihanraya berakhir ahli puteri pun duk diam2 kat rumah ler...nda ada pula agenda tuk teruskan agenda menambahkan sokongan terhadap BN. Aku bukannya anti kerajaan tetapi aku simpati dengan kerajaan yang telah banyak berbakti untuk negara ni...cuma sepertinya kerajaan tidak belajar daripada sejarah....sejarah kejatuhan Khalifah al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Turki, Kesultanan Melaka dan kejatuhan Singapura...Baliklah kepada rakyat adalah lebih baik...berfikirlah untuk kesejahteraan rakyat...jangan asyik berfikir bagaimana untuk menang pilihanraya...niat yang ikhlas untuk rakyat pasti akan dibalas dengan kejayaan....

Friday, September 11, 2009

SWEEPING MALAYSIA....


Kalau dulu "Ganyang Malaysia" now on muncul pula istilah "Sweeping Malaysia". "Sweeping Malaysia" merupakan tanda protes segelintir rakyat Indonesia kerana Malaysia dikatakan mencuri "tarian pendet" dalam satu promosi iklan baru-baru ini.
Bambu runcing digunakan untuk menahan orang Malaysia di Jakarta untuk dihalau keluar dari Republik itu...sampai ada yang berani menceroboh Kedubes Malaysia dan menggantikan Bendera Malaysia dan Indonesia..malah ada yang berani-beraninya membakar bendera Malaysia.
Persoalannya di sini...apa tindakan rakyat di negara kita, apa pula tindakan para pemimpin di negara kita...macam tiada tu...isu membakar bendera dan menceroboh kedubes Malaysia bagi saya sangat sensitif..tidak sensitif isu tarian pendet yang dapat menarik kemarahan rakyat Indonesia..Media di Indonesia bijak mengapi-apikan perasaan rakyatnya hingga memunculkan kemarahan yang membuak-buak di kalangan rakyat negara yang semangat patriotismenya memang tinggi. Apa pula peranan media di negara kita...silence....
Itulah rakyat di negara ini yang semangat nasionalismenya sangat tipis setipis kain sutera, orang bakar bendera kita, kita diam, orang cakap negara kita 'Malingsia" kita diam, orang menceroboh masuk ke tempat kita kita benarkan dan bagi kelonggaran untuk dapatkan mykad, kita hilang Singapura kita diam, hilang Pulau Batu Putih kita diam, orang kutuk raja kita, kita biarkan, nanti kita jadi Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya menjadi PTI di tanah air sendiri...
Ambillah pengajaran daripada peristiwa Sweeping Malaysia tersebut sebagai sesuatu yang positif. Dan buat pemimpin Malaysia, bertindaklah dan jangan biarkan Bendera Negara kita dihina..dan kepada pemimpin negara hentikanlah mengagihkan bendera di kawasan yang tidak sesuai..ini di pasar ikan pun bendera diagihkan hingga bendera terkena ikan yang basah di pasar..salah siapakah? Bendera kita banyak terdampar di atas jalan raya dilanggar dan dipijak kereta..hentikan juga mengebarkan bendera di kenderaan kerana bendera tersebut akan terbang..sapa mau kutip..
Pemimpin dan media di Malaysia hendaklah menjawab tohmahan tersebut. Jelaskan kepada rakyat Indonesia berdasarkan fakta sejarah, Rakyat Negara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, berbilang negara dan ada yang asalnya daripada China, India, Indonesia malahan Filipina dan sekarang ni Myanmar, Bangladesh dan Afrika Selatan.
Jadi tidak hairanlah apabila sudah menjadi rakyat di negara ini adat dan budaya mereka dibawa ke sini...tarian singa contohnya Rakyat China tidak pula protes sebab mereka tahu ada rakyat Cina di sini, begitu juga Tarian India, Tarian Minang dan sebagainya...suku sakat Portugis di Melaka juga masih mengamalkan budaya mereka...Jingling Nona..tapi ndapun Cristiano Ronaldo serang kita..yang mengamalkan adat dan budaya tersebut adalah suku sakat dari negara asal merekalah...begitu juga dengan tarian Pendet....
Nah! kerajaan Malaysia, media Malaysia dan Rakyat Malaysia ..tepuk dada tanya selera

Thursday, September 10, 2009

RON95 ??? KERAJAAN ??? APA NI???

Semasa diumumkan kenaikan harga minyak RON97 pada awal Julai dulu kepada RM2.00 aku tak berapa risau coz kerajaan akan menggantikan RON92 kepada RON95 yang harganya dijanjikan RM1.75 so happy gak lah coz minyak kira turun lah if use RON95. Then when RON95 diperkenalkan pertengahan Ogos aku tidak terus menggunakannya coz RON95 masih kekal harga. Then 1st September kerajaan yang katanya mendahulukan rakyat menaikkan harga RON97 kepada RM2.05 (5 sen pun dikira bah kenapa nda dibulatkan RM2.00 saja, tapi itulah our new PM) then RON95 pun dinaikkan ke RM1.80..tidak seperti dijanjikan...dan aku tidak terus menggunakan RON95 ini coz my minyak still full tank so tunggu kosong dulu. Then tadi aku pun mula mencuba RON95 untuk my car yang berkapasiti 2000cc isi RM40 jer coz blum berani isi full tank...then awalnya ok jak lah after keluar dari pump stesen tu..but when dah jalan dalam 10 km, aku dah mula rasa perubahan on my car...lambat pick up and bunyi enginepun agak kuat...my car agak bergegar..betullah seperti my penyelia yang kebetulan mengisi minyak bersamaku pagi tadi...nda bagus RON95..perempuan lagi tu n dia pun tau perbezaannya...
Then aku merasa ditipu bulat-bulat oleh kenyataan sebelum ini yang RON95 sesuai digunakan untuk semua kenderaan termasuk BMW dan Mercedes..pirahhhhhh...nasib baik aku tak pi Keningau use jalan Kimanis kalau tidak menjerit kereta mendaki bukit Kimanis tu...
RON95 Pencapaian diutamakan kah....jawabku mana ada tembirang saja...idea 1 Malaysia tu jangan2 diperolehi ketika melewati jalan Sulaman ternampak 1Sulaman then 1Borneo...then jadi lah 1Malaysia kunu...kesian..kesian...
Menariknya lagi when buka news at front pages Kerajaan dengan bangganya memberikan duit raya kepada kumpulan sokongan RM250...SAHAJA..coz RM250 tu pada December baru di bayar...aduh bisik hati ku...RM250 tu kalau Para Menteri dan Koporat mereka bagi dikalangan anak2 mereka untuk duit raya saja...coz my anak pernah dapat duit raya RM100 each dalam sampul bayangkan time tu my anak 3 orang dah dapat RM300, malah ada yang bagi RM1K untuk anak-anak yg berumur 1-5 tahun pun untuk duit raya tapi ini dikalangan merekalah..tapi itulah nilai kakitangan sokongan yang juga Rakyat...yang didahulukan..oleh kerajaan..memang bersyukur..walau RM1 pun kita patut bersyukur..tapi bagi aku pemberian tersebut menampakkan lagi kelemahan kepimpinan kerajaan..menaikkan minyak ketika kita hendak menyambut Syawal...kemudian dihina lagi dengan RM250...
so kita lihat reaksi rakyat pada PRK di N9 nanti..tempat BN konon...my ramalan if BN menangpun majoriti pasti kurang..dan kalau kalah...akan tamatlah Riwayat BN...saya sebenarnya prihatin dengan BN ni yang semua parti komponennya mengalami kemelut...MCA..MIC yang dah tidak mendapat sokongan daripada kaumnya sendiri...dan UMNO Terengganu dengan kemelutnya...dan yang lain...jadi BN baliklah kepada kebajikan rakyat bukan sibuk nak cari kesalahan PAKATAN RAKYAT...bela dulu nasib rakyat...rakyat pasti bijak menilainya....

Wednesday, September 9, 2009

Al-Quran memiliki empat keistimewaan

Salam Ramadhan, agak lama tak singgah di my blog ini..dek kesibukan menjelang Ramadhan semua kerja sebolehnya dihabiskan b4 Ramadhan konon dan kegusaran mengenai kesihatan My Bunda Hajjah and my Eka punya UPSR...That why lah lama tak visit blog ni...
Ramadhan tahun ini gak rasanya siang hari sangat panjang coz jam 3.30 am dah bangun bersahur then solat subuh then nak tidur again dah tak boleh then jam 6.00am trus p kerja...till 4.30pm...after berbuka p solat terawih (tak full lah coz sometime very penat) then 9.30 sampai rumah tidur dlm jam 10.30..so kena ambil kesempatan juga menyelak kitab suci al-Quran especially malam nuzul Quran...yang jatuh pada 7 Sept 2009 (Monday)
Al-Quran dijadikan sebagai pedoman hidup umat Islam memiliki 4 keistimewaan.
"Pertama, Al Quran ditulis dengan menggunakan bahasa Arab. Kedua, dengan hanya membaca Al-Quran seorang muslim sudah mendapatkan pahala, apalagi memahami sekaligus mengamalkannya.
Ketiga "Jika diertikan ke beberapa bahasa di dunia Al Quran itu fleksibel. Keempat, jika dibaca dengan cara dilantunkan maka Al Quran menghasilkan nada yang merdu,".Ia juga menjelaskan, substansi Al Quran juga mengandung makna yang tak terhingga. Hari ke-17 Ramadhan adalah saat pertama kali Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu Allah SWT selaku nabi. Al-Quran memuat segala sesuatu tentang dunia dan akhirat.
"Seorang muslim yang menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup nescaya akan selamat di dunia dan akhirat," kata-kata Abah Haji sentiasa dalam ingatanku.
Pengamalan nilai-nilai Al Quran dalam kehidupan sehari-hari, saya akui saya masih lemah. "Terlebih di bulan Ramadhan, membaca Al-Quran mempunyai amal dan makna tersendiri. Ayat yang pertama kali diterima Muhammad adalah iqra (bacalah). Itu jangan dimaknai secara harafiah. Baca itu artinya membaca kehidupan, alam, gejala sosial, hingga perubahan. Umat Islam intinya harus cerdas. Diminta untuk rajin membaca," tapi mengapa aku hanya membuka mu pada setiap Ramadhan...sepatutnya atleast once in a month bah...berdosanya aku...

Saturday, August 1, 2009

Trip to Sipadan + Mabul











29 - 31 July i've miting d Seafest Hotel Semporna...my 2nd time to Semporna...from Tawau to Semporna naik teksi ke Seafest coz malas mahu menyusahkan rakan-rakan d semporna.Jam 11.30 am da sampai Seafest so tinggalkan beg then p cari makan d Pekan Semporna..jam 1 baru checkin...jam 3 dpt call dari Roslan n masih d airport KK padahal aku dah tidur-tiduran di bilik 503...Malamnya kami ada taklimat then esoknya aku, Amir n Roslan ke Pejabat Daerah Semporna then dapat lah bot tuk round Pulau Sipadan n turun d Pulau Mabul...kami bertolak jam 10.00am...ombak agak besar then bot berhenti di tengah lautan when engin tersangkut plastik sampah...risau gak...tapi with 500 hp boat tu memang laju n macam nak pecah di lambung ombak...hampir 1 jam 20 minit sayup-sayup Pulau Sipadan muncul then semakin dekat di depan mata...mabuk laut pun hilang dek keindahan Pulau Sipadan with the coral and air yg jernih...sayang kami tak dpt jejak kaki di Pulau ini coz inda dapat permit...so kami just d boat keliling pulau n rakan keindahan pantai dan batu karang ikan nemo dan bermacam hidupan laut....terus ke Pulau Mabul n di sini kami turun ke Resort dan terus ke Pulaunya...cantik...dan kagum melihat keindahan Pulau Mabul n keunikan rumah penduduk di Mabul...rumah yang ala kadar sekadar untuk berlindung...sempat ke SK Mabul...148 pelajar di sekolah ini with 8 org guru...respect gak with guru-guru d Pulau ni...sempat minum air kelapa....then jam 2.00 petang kami meninggalkan pulau Mabul balik ke semporna...tidur di hotel then jam 5 ke pekan semporna...then malam with Amirudin kami ke Tawau jemput KPP SPS...flight delay so kami lepak d Tawau...jam 10.40 balik ke airpot then ke Semporna sampai jam 12.10 mlm...Semporna, Sipadan n Mabul...i'll be back....

Tuesday, June 23, 2009

Salah siapa?


Atap stadium di Terengganu runtuh. Belum sampai setahun diserahkan kepada kerajaan. Salah kontraktorkah? Salah jabatan yang meluluskan kerja siap binakah? Salah kerajaan kah? Masing-masing menyalahkan pihak lain. Kontraktor dari Korea konon yang bersalah. Berapakah jumlah sebenar pembinaan stadium tersebut? Katakanlah 100 juta, pasti 50 juta dah pergi ke mana-mana? Kontraktor hanya terima 50 juta dan kalau kos bina mencecah 50 juta pasti kontraktor akan menggunakan bahan yang tidak berkualiti dan pekerja yang tek berkualiti. Lepas tu kontraktor pasti akan sisa sedikit RM tuk diberikan kepada pegawai yang meluluskan projek tersebut. Jadi masalah selesai. Semua tidak bersalah rupanya. Otromen dan raksasa pula yang telah merobohkan atap stadium tersebut....

Friday, June 19, 2009

Berurusan dengan agensi Kerajaan



Bercerita tentang prestasi agensi kerajaan seperti ada on off nya. Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan aku selalu memastikan aku dapat memberikan khidmat terbaik bagi pelangganku tanpa mengira usia, darjat, warna kulit dan yang sewaktunya dengan. Ikhtibar daripada layanan yang aku terima daripada agensi kerajaan tidak semuanya buruk ada yang dapat memberikan layanan yang baik. Aku tak salahkan agensi kerajaan kerana telah ditetapkan standard agar dapat memuaskan hati pelanggan. Slogan Bersih, Cekap, Amanah amat jelas. Namun faktor manusiawi di samping karenah birokrasi yang rumitlah yang mencemarkan imej agensi kerajaan. Aku pernah menerima layanan buruk sewaktu ke Hospital Kerajaan di Kota Kinabalu, waktu menunggu hampir 2 jam dan anakku semakin pucat sehinggakan aku memutuskan membawa anakku menerima rawatan di SMC dengan bayaran ribuan ringgit tetapi dengan layanan yang amat baik sangat mesra pelanggan.Keputusan itu (keizinan Allah s.w.t) telah menyelamatkan nyawa anakku yang memerlukan pembedahan usus segera. Pengalaman buruk juga ku terima ketika berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, kakitangan tidak mesra pelanggan kebetulan ketika aku sampai mereka sedang mengadakan jamuan hari raya. Dengan makanan di mulut mereka melayan pelanggan. Aku menunggu hampir 2 jam baru dipanggil dan kemudian disuruh datang 2 minggu kemudian untuk mengambil sijil nikahku. Setelah dua minggu aku datang dan setelah hampir 2 jam menunggu aku dimaklumkan bahawa sijilku belum ditandatangani oleh pegawai dan aku disuruh datang keesokan harinya. Esoknya peristiwa sama berulang semula dan aku dijanjikan akan ditelefon apabila sijil tersebut telah ditandatangani. Aku menunggu panggilan telefon hampir seminggu tetapi tiada panggilanpun. Lalu aku ke pejabat tersebut untuk bertanya sijil tersebut dan jawapannya masih sama tiada pegawai 'sain', aku dengan perasaan marah lalu masuk dan bertanya berapa duit yang mereka mahu, dan seorang kakitangan di sana mula menenangkan ku dan setelah itu 5 minit kemudian sijil itu telah ditandatangani. Dan baru-baru ini aku memohon pengesahan salinan IC ku di JPN pun aku menunggu hampir 1 jam. Dan paling buruk ketika aku memohon cabutan sijil lahir anakku untuk membuat IC. Layanan pada peringkat awal amat baik, setelah semua dokumenku diambil aku diberikan tempoh 2 minggu untuk datang kembali. Setelah tarikh tersebut sampai aku ke JPN dan diberikan nombol giliran tepat jam 2.40pm. Aku menunggu dan nombor yang dipanggil tidak running. Tempat duduk penuh so berdirilah. Dan setelah 1 jam 13 minit nomborku dipanggil dan sangkaan ku sijil lahir dah siap tetapi aku dikehendaki membayar RM10.00. Setelah membayar aku disuruh tunggu semula. Nasib baik dah ada tempat duduk kosong dan namaku dipanggil pada 5.21pm. Bayangkan masa menunggu 3 jam + (2 minggu proses permohonan). Dimanakah silapnya?Slogan 'Amanah, Cekap dan Mesra' fikirku untuk JPN salah sama sekali 'Lembab, Lambat dan Lambam' rasanya lebih sesuai. Kenapa sewaktu di Wisma Dang Bandang, JPN sangat efesien, tetapi sejak berpindah ke Pejabat Baru dah jadi malas pula. JPN patut contohi Jabatan Imigresen di sebelah jak tu, lebih efesien dan jangka menunggu masih rasional (30 minit dan paling lama 1 jam) urusan anda pasti selesai atau jika mahu pergi ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia juga lebih cekap walau negara kita konon-kononnya gah tetapi karenah kakitangannya dan birokrasi amat mendukacitakan. Sebagai kakitangan kerajaan aku amat mengambil iktibar masa menunggu ini, apabila sesorang berurusan denganku seperti meminta pengesahan pasti akan aku layan dengan cepat meski ada kerja yang perlu aku buat. Menunggu satu penyiksaan...di manakah silapnya...

Kursus Bina Item Ekonomi Tingkatan 6


Pengalaman mengurus Majlis Konvokesyen dan menghadiri kursus banyak membantu. Pengalaman itu aku gunakan untuk mengurus kursus guru Ekonomi. Kursus bermula 16 - 19 Jun 2009. Alhamdulillah berjalan lancar berkat bantuan my penyelia dan my urusetia. Walau ada sedikit kekecewaan tidak dapat mendatangkan penceramah dari Semenanjung atas karenah birokasi namun kursus tetap berjalan lancar tanpa karenah daripada peserta. Aku sempat berkenalan hampir ke semua peserta dengan pelbagai gaya. Namun jauh disudut hati, aku kagum dengan komitmen mereka untuk membantu anak bangsaku di Sabah. Suasana yang mesra antara aku dengan mereka pasti akan menjadi kenangan yang indah. Moga kita akan bertemu lagi di kursus yang akan datang. Aku telah mengambil keputusan yang tepat untuk tidak hadir ke mesyuarat penyelaras tingkatan enam di Langkawi pada 17-19 Jun (aku menghantar wakil one of my penyelia) kerana aku mendapat teman-teman baru di seluruh Sabah. Hotel Beverly yang ku pilih juga tidak mengecewakan. Sempat berkenalan dengan Yunus Alif dan Ahmad Yusof dari Proton FC dan bersembang pasal bola sepak Malaysia....Insyallah teman-teman semua sampai jumpa lagi....

Thursday, June 4, 2009

Lawatan TPM ke Sabah

Saya tersenyum when cc bagitau permohonan cuti saya for two day dah approve...ingin rehat n bring my family bercuti lah kunu...then dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah my HP ringing..kedengaran suara CC beritahu ada call dari Pejabat Datuk Pengarah...Suhaimi U kena ke airport esok jam 3 prtang as wakil daripada JPN Sabah dan cari another 9 orang lagi tuk wakil jabatan...so my cuti macam..u boleh ganti hari lain..so as yang menurut perintah sayapun kol lah 9 orang pegawai dari setiap sektor then semuanya berjalan lancar. Malamnya saya tidur seawal jam 7.30 malam tapi jam 2.30 pagi Aidan bangun minta susu so buatlah tuk dia..then mata dah tak mahu tidur..capai laptop n cek email...dapat email dari Emelia Monalita kawan lama di Indonesia..sekarang mengajar di Balik Papan...tidur entah jam berapa maybe dalam jam 4 pagi..aku terlelap hingga jam 6.30 pagi..terlepas solat subuh..berdosa sudah aku..hari ini...nda apa nanti solat Zuhur ku solat sunat saja...bisik hatiku, jam 10 pagi dapat call dari ofis..then jam 12 dapat lagi call..ya aku datang jam 2.00pm...so after lunch aku terus bersiap then ke pejabat sampai tepat jam 1.55pm. Sempat lagi buat kerja sedikit then jam 3, aku, Fadzli dan Sharifah n our driver Mr Shariman meluncur ke terminal dua...ramai dah pegawai-pegawai dari jabatan lain, persekutuan dan negeri, polis, navy, bomba..terkejut juga aku belum lagi dari parti-parti politik gerakan, PBS dan UMNO yang paling menonjol. Kami ditemptkan di bilik menunggu VIP sebelum masuk ada pemeriksaan keselamatan juga dan ada Hi-Tea dari Meredien Hotel, terasa juga macam VIP coz Menteri Kabinet Sabah, pengarah-pengarah jabatan, Pesuruhjaya Polis, Tentera, navy dan semua ada di situ dah tiada yang istmewa lagi..aku sempat berjumpa n bersalam dengan YB ku Datuk Hajiji, YB Datuk Jahid Jahim, Datuk Yahya Husin..semua dah jadi macam orang biasa..bisikku kepada Fadzli..Aku mencari kelibat Ketua Menteri..belum kelihatan..di satu sudut kelihatan para datin-datin juga berdiri sambil minum coz tempat duduk diruangan agak terhad..di luar kelihatan pemain kompang dan gadis-gadis manis(hilang dah manis dek panas mentari coz terpaksa berjemur sambil memegang bunga manggar) aku dan Fadzli tersenyum melihat mereka kepanasan. Jam 4.05 minit jet yang membawa TPM mendarat dan baru aku melihat kelibat Ketua Menteri berjalan sendirian tanpa diiringi body guard menyelit dikerumunan orang ramai..aku berbisik ke Fadzli..teruk gak protokol sambutan ni...kami tidak diberipun arahan hendak berdiri di mana semua serba bebas..aku terfikir bertapa bebasnya negara ini hinggakan jika nak tembak CM or TPM macam begitu mudah..TPM turun dari jet dengan paluan kompang, bacaan doa dan terus ke kereta dan berangkat terus ke Sutera Harbour. Aku, Fadzli dan Sharifah terus mencari Shariman dan kembali ke pejabat. Dalam perjalanan aku terfikir best juga jadi VIP...tapi bagaimana nanti jika mereka dah jadi orang biasa segala keistimewaan itu akan hilang..jadi kalau begitu aku mahu jadi VIP, aku mahu jadi VIP di akhirat kerana ianya kekal..tapi bagaimana ya...rajin solat sajakah berbuat baik saja kah..adakah ianya cukup...hanya Tuhan saja yang tahu kerana surga dan neraka ditentukan oleh Nya..jadi sebagai insan kita harus yakin pada kebesaranNya dan meninggalkan segala larangannya...aik...aku kena mandi coz mau Manghib then ke Sutera Harbour lagi...jamuan...(malas sebenarnya mau pi ni, tapi apa ble buat...

Saturday, May 30, 2009

Kita dipanggil Allah s.a.w Hanya Tiga Kali Sahaja.

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?" Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata,"Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."Keningku berkerut."Sedikitnya Allah memanggil kita...?"Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hambaNya itu menjawab panggilan azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti". Saya terpaku,mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, sibuk berurusan dengan rakan sepejabatlah, dan lain lain. Masya Allah.

Ibu menyambung, "panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran". Seorang hambaNya mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labbaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu". Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.Insya Allah syurga adalah balasannya.. ." Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan kain Ihram dan berniat.Aku menjawab panggilan UmrahMu,ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Friday, May 29, 2009

MU 0 - BARCA 2



Kringgggggg my handphone mengejutkan aku dari tidur. Jam 2.40 pagi. UEFA Champion League pulak...bangun then trus on TV...Nasib baik baru main...pakai jersy putih pula Man United pasti 'Setan Merah' tak boleh bantu ni..bisik hati ku...nah..main pula Ferdinand..belum fit betul ni beliau, kenapa main,aik CR7 free kick kena save pula then CR7 lagi atukui tersasar pula..Goooool pula oleh Samuel Etoo...nah sure kalah ni...sms dari adik aku..nah kan apa ku bilang kalah MU ni...aku terus capai Lap Top ku then on9 ler sambil cek my email sambil layan game...MU main tak seperti selalu..Alex Ferguson salah percaturan bisik hati ku, Rehat...aku harap lepas ni Sir Alex tukar formasi 4.3.3. Tevez masuk dalam hati aku kesian gak Tevez next season pindah ke Liverpool then CR7 ke Real Madrid. Aku dah rasakan MU tak akan menang game ini dah gooooool lagi oleh Messi confirm MU kalah...tapi deserve juga lah coz Barca main bagus memang patut menang. After trophy n melihat kesedihan pemain MU yang selama ini mengembirakan ku aku terus mandi coz nak kerja lah...sampai di ofis ada pula arahan kena ke Wisma Muis tuk perhimpunan bulanan with Pengarah. So aku n 2 my penyelia En. Susin dan Y.M Raja Iza ke sana. Ok juga ceramah kali ini cuma ceramah tu aku dah dengar so kurang "seru"lah..tapi my positif side cakap just for ingatan balik...ya betul gak...balik ofis singgah kejap for Lunch di Equity cafe...tunggu my Brother tapi tau gak dia ni if janji tak brapa boleh pakai...so balik ofis ke surau dan continue buat KMK. Got sms from my very cute exstudent Nina...what! dia hilang my number n got new one from Doreen (Ckg)...patutlah my sms on 25 Mac 2009 dia jwb TQ saja..rupanya dia tak tau from who...so aku call dia...suara tu..still macam dulu...very friendly n kind...proud gak coz she still remember me...since jadi cikgu ni...jarang best n student pintar ni ingat guru dia...yang jajal tu sure if jumpa macam kawan pula..but diz person i think will ingat aku lah sampai bila-bila...i hope so...my wish 'moga dia berjaya dalam pelajaran, hidup dan sukses selalu'...then surf la domain yang diberi oleh Nina ni n wah great picture...aik nak jadi jurugambar ke dia ni...bisik hatiku...jauh daripada gambar-gambar yang aku ambil with my handphone...rasanya if i ada camera canggih..boleh fight lah...ceh....

Keningau Tambunan


Isnin, 25 Mei 2009 actually hari ini my 1st daughter punya birthday ke12. Happy Birthday Eka Arkasha Irishyana, moga jadi anak yang baik dan berjaya. As usually saya ke tempat kerja dulu then dapat arahan ke Keningau pula tuk Forum Hari Guru di Keningau on 26 Mei 2009, Pengarah will come so kena lihat pesediaan di Keningau. So saya terus balik rumah singgah kejap dekat Kingfisher beli kek for Eka, tak sempat beli hadiah so bagi Eka duit saja lah..packing barang then tunggu Eka n Iman balik school.Arick n Aidan very excited nak tengok kek segera yang saya beli. After Eka tiup lilin then wish her saya terus bertolak ke Keningau alone jam 15.00pm kena awal sikit coz takut jam di Putatan or Penampang. Confuce nak ikut jalan Tambunan or Kimanis. Then saya putuskan ikut jalan Kimanis yang curam itu. Sampai di puncak banjaran crooker saya berhenti sekejap tuk minum n ke toilet then sempat ambil gambar Keningau daripada puncak crooker.Keindahan ciptaan Tuhan. Sampai di Keningau jam 17.02pm kira laju gak saya drive tadi. Terus ke SK Bingkor coz my beautiful sister tinggal di Flat Guru sini. Stay di rumah my kakak n sempat lepaskan rindu with Alyia, anak bongsu kakak belum setahunpun. Malamnya ke Dewan Keningau n persiapan berjalan lancar dan begitu juga dengan keesokan harinya. Forum dihadiri oleh Timbalan Pengarah Dr. Hj Muhidin Yussin,Timbalan Pengarah BPSH KPM Dr. Amin Senin dan Pengarah IPGM Keningau,Pn. Penny Lim (Mantan Pengetua SM St John Tuaran). Saya sempat berbual dengan Pn. Penny & dia masih seperti dulu mengenali saya sebagai anak murid dan staffnya.Forum berjalan lancar sempat juga berjumpa beberapa kawan lama seperti Peter Paun, Drs. Selamat, Hanifah, Laimah, Romanus dan Razak. Tamat forum saya tidak mengikut jamuan terus ke Flat SK Bingkor coz my kakak dah janji tuk masak so tidak mahu hampakan saya kena makan di rumahnya.After tu jam 14.00pm saya bertolak balik dan saya mabil keputusan ikut jalan Tambunan coz mau singgah Tugu Mat Salleh nak sedekahkan 'al-Fatihah' buat pahlawan Sabah ini. Sedih juga melihat tugu tersebut, rumput panjang mungkin belum dipotong. Melalui jalan Tambunan keadaan lenggang rasanya macam saya seorang saja yang melalui jalan tersebut. Restoran di Gunung Alab dan Gunung Emas juga sepi. Mungkin ramai yang melalui jalan Kimanis.Kabus boleh tahan juga. Sampai di rumah jam 16.40 petang. Hanya 30 minit lambat berbanding melalui jalan Kimanis. Cuma jalan Tambunan tidak ada sama sekali menggunakan gear 1 untuk mendaki jalan curam berbanding jalan Kimanis, menjerit kereta untuk mendakinya.

Saturday, May 16, 2009

Yes! MU Juara BPL

MU 0 vs Arsenal 0. Keputusan seri sudah cukup membawa Red Devil menjuarai Barclay's Premier League untuk tahun ketiga berturut-turut dan menyamai rekod Liverpool untuk kemenangan kali ke-18.Namun kejayaan ini pasti akan bertambah manis jika dapat mengalahkan Arsenal, yang dibelasah dalam champion league minggulalu. Man United seakan-akan main untuk draw saja, berdebar jugalah tunggu pengadil tiup wisel...so piala ketiga tahun ini, actually if kira piala sumbangsih dah 4 dah..so hope jumpa Barcelona nanti CR7 dan rakan-rakan akan main habis-habisan untuk pertahankan Cup Champ League....go Man United, GloRy GloRy Man United...yesssssssaaaaaaaaa

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu




Hari ibu jatuh pada 10 Mei setiap tahun. Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' buat mama, tanpa mama pastinya saya tidak menjadi seperti apa saya pada hari ini. Mamalah yang sanggup menunggu saya seharian di sekolah masa sekolah rendah dulu. Walau pernah dipukul olehmu, saya ikhlaskan itu kerana pukulan itu tandanya mama sayangkan saya. Tanpa mama pasti saya tak akan melangkah ke menara gading. Jerih payah menjaga saya yang rasanya nakal juga masa kecil kan tapi mama sabar menjaga ku...Doaku moga mama diberi kesihatan dan dipanjangkan umur. Bagaimanapun kamu saya sangat menyayangimu mamaku Hajah Jeniah Binti Ali...Buat ibu mertuaku di Bandung Anar Yuhanah selamat hari ibu..sama juga moga ibu sehat dan bahagia selalu...amin...SELAMAT HARI IBU...juga buat Kakak tersayang Dang Norintan dan adikku (musuhku juga) Norlizah Matshah...saya sayang kamu...jadi ibu yang baik dan isteri solehah ya..amin

Met Ultah Sayang....



November 1992 mengenali mu...sudah 17 tahun bersama dalam suka dan duka..pengorbanan meninggalkan tanah airmu dan keluarga amat saya hargai dan pasti saya akan jaga itu. Walau kadangkala cuek tapi sayang saya sama kamu tidak pernah berubah, malah lebih rasanya walau kadangkala 'bencinta' seperti lagu Faizal Tahir, rasa benci dan sayang silih berganti namun itu lumrah dalam rumah tangga. Harapan kita moga Allah s.w.t menjauhi perkara buruk dalam hubungan kita. Kamu, Eka, Iman, Arick dan Aidan adalah 'anugerah terindah' yang saya miliki. Kamu menjadikan saya kuat, kamu menjaga dan melayan saya dengan baik, bersabar dengan karenah saya dan buah hati kita. Malahan amat baik menjaga hati orang tua saya. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Percaya saya pasti tidak akan mensia-siakan kasih sayang ini. Esok 9 Mei 2009 adalah hari ulang tahunmu Dan 10 Mei 2009 adalah Hari Ibu. Pada kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN dan SELAMAT HARI IBU. Terima kasih kerana menyayangiku...Kamu adalah 'ISTERIKU YANG SOLEHAH'....amin...Selamat Ulang Tahun Sayangggggg...

Thursday, May 7, 2009

Lawatan Ke Kota Bahru Kelantan








Saya berkesempatan ke Kota Bahru Kelantan atas tugas jabatan. Saya bertolak dari KKIA pada 17.35 pmmenaiki Airbus MH2617Y ke KLIA. Sempat berkenalan dengan pengacara TV3 Program Bersamamu..duduk bersebelahan 30D..Pada mulanya tak kenal tetapi dia yang perkenalkan diri so kenallah maklum tak pernah tengok pun rancangan "Bersamamu" tu. Sampai di KLIA jam 20.00 pm dan untung bersama seorang rakan yang ada "Gold Card Enrich" so bolehlah relax kejap kat tempat menunggu VIP siap ada buffet lagi so tumpang sekaki lah...hope one day my kad yang masih baru ni akan sampai ke Gold so blelah terima layanan seperti ini..Flight ke Kota Baru MH1426Y bertolak tepat jam 22.05 dan sampai ke Kota Bahru tepat jam 11.00 malam. Dari airport saya menaiki teksi ke Renaissance Hotel. Sampai di hotel jam 11.30 terus check in dan masuk bilik, boleh tahan juga biliknya..very selesa.Mandi then terus tidurlah. Esoknya selepas breakfast, ada Nasi Kerabu trylah.Then berjumpa dengan rakan-rakan dari JPN seluruh Malaysia,kami terus ke destinasi iaitu SMK Tanah Merah 2 untuk Lawatan Penanda Aras Tingkatan 6. Pengetua sekolah seorang yang very komited dan meminati seni, Tn. Hj Daud Bin Muhammad, selain bijak mentadbir beliau pandai mencipta lagu, menulis lirik, mengait sulaman, menari dan mengubah bunga. Kami semua rombongan disambut meriah, diberikan taklimat dan dibawa melawat sekolah. Menariknya kami semua diberi cenderahati gubahan bunga Tuan Pengetua. Terima Kasih Daun Keladi. Lawatan ke sekolah ini berakhir jam 2 petang dan kami serta rombongan di bawa singgah ke Pasar Siti Khadizah, sempat juga melihat jualan batik, tudung dan sebagainya.Kena pandai menawar di sini kerana harga yang ditawarkan lebih tinggi daripada harga di Kota Kinabalu.Setelah itu, balik ke Hotel dan jam 6 petang seorang kawan lama yang pernah bertugas di Sabah datang menjemput di Hotel dan membawa ke gerai tuk pekena 'sup gearbox' siap dengan straw..aku tak pandai makan sum-sum so makan sup, daging n nasi lemak jer lah..Malamnya kami membuat laporan analisis STPM setiap negeri sampai hampir jam 21.00 pm. Masuk bilik then tidur coz kena bangun jam 2.50 tuk tengok LIVE Man United vs Arsenal...Glory Glory Man United begitu bertenaga mengalahkan Gunners 3-1, 2 Gol CR7 dan Park Ji Sung menutup peluang Gunners ke Final. Paginya after breakfast laporan 4 negeri lagi dan diteruskan mesyuarat hingga jam 11.00 am. After tu ambil kesempatan ke shopping complex di sebelah hingga jam 12.30 am. Check Out jam 13.00 pm terus Lunch then jam 14.00 pm ke airport tuk ke KLIA. Sempat jumpa Zizan Raja Lawak dan Along Cham, kecil kurus je orangnya. Tepat jam 16.35 pm MH 1397Y membawa saya dan rakan-rakan ke KLIA dan sampai di KLIA jam 15.20pm. Saya just stay sambil shoping sikit tuk anak-anak di rumah dan terus menaiki MH2628Y ke Kota Kinabalu tepat jam 17.50pm. Di KKIA adikku yang baik sudah menyambut ku dengan SAA8314M kesayangan ku...Thanks Wan kerana sanggup hantar jemput aku di airport since aku bertugas di SPA ni...buat rakan-rakan di JPN seluruh M'sia insyallah kita akan jumpa lagi di Johor Bahru dan Langkawi pada bulan Jun nanti...

Tuesday, April 28, 2009

Trip to Tawau for KSSR



Dapat tugas ke Tawau untuk pemantauan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kena awal bangun pagi on 27 April 09 coz flight jam 6.55am. Excited gak coz last ke Tawau on 2004 so agak lama gak n with jalan darat. Penerbangan awal pagi dengan cuaca yang sangat baik. Dapat melihat keindahan puncak gunung Kinabalu, sayang tak sempat rakam dalam kamera. 45 kemudian selamat landed di Tawau Airport, bangunan yang cantik. Itulah my first imperation terhadap airport ni. Saya dan YM Raja disambut seorang rakan baru yang cukup mesra n baik Mr Roslee (2nd Time meet diz person, kenal d Likas Square). First time jumpa Mr Roslee ni da ada conection n maybe inilah calon yang paling sesuai for ganti tempat YM Raja nanti. Kami singgah 4 breakfast di gerai Soto Banjar. Boleh tahan sedap, if ke sini lagi pasti singgah lagi, tak jauh dari airport.After that, terus ke SK Merotai Besar. Dalam perjalanan sempat mendengan single Mr Roslee ni "Paduka Mat Salleh", genre rock.Suaranya memang ngam for muzik Rock masih seperti lagu Fenomena yg didendangkan d Likas Square tempoh hari. Memang berbakat. GB tiada and kami disambut oleh PK1. Perbincangan berkisar kepada persediaan sekolah dan guru dalam KSSR. Selepas itu, kami melawat persekitaran sekolah then setelah hampir 2 1/2 jam di sekolah tersebut kami terus ke SK Holy Trinity. Pemantauan lancar di kedua-dua sekolah. Hasil pemantauan tak boleh cerita di sini (sulit). Kami di SK Holy Trinity hingga jam 3 petang then singgah sekejap ke SMK Holy Trinity berjumpa dengan saudara lama Mr Sejali Basri. Kawan ku yang satu ini, masih seperti dulu maintain gila-gila, suka ketawa dan very friendly.Rindu gak masa kami sekelas dulu dah 20 tahun ditinggalkan. After tu sempat cari quatation di The ChoicesHotel, sempat numpang mandi then jam 6pm minum with Sejali n 2 orang putrinya yang sungguh cute especially yg bongsu.Jam 7pm balik ke Hotel then jam 7.20pm Mr Roslee come then terus ke Airport n flight ke KK jam 9.55pm. Begitulah ceritanya sehari d Tawau, with the new friend Mr Roslee walau baru 2 kali bertemu rasanya macam dah kenal lama, my old friend mr Sejali U maintain bro, n my sifu YM Raja Iza, awet muda, very sporting person n banyak lagi kena belajar dari org lama ni...Tawau saya pasti kembali







Saturday, April 18, 2009

Cerita Saya



Gambar ni dikirim melalui Facebook seorang teman masa study di Indonesia dulu. Hampir 15 tahun telah ditinggalkan.Dahulunya kami bagaikan sebuah keluarga, mana taknya tinggal serumah dan aktiviti meronda Pulau Jawa dilakukan bersama. Kini kami terpisah di merata Malaysia dan hanya sekali sekala bertemu atau hanya mendengar suara sahaja melalui telefon. Ada juga dikalangan rakan-rakan yang telah dipanggil ilahi.Alfatihah untuk yang telah menemuiNya moga ditempatkan disisiNya..Hidup mesti diteruskan dan dengan tanggungjawab dan anugerah daripadaNya kami kini bersama keluarga masing-masing.Doaku moga saya dan rakan-rakan semua dirahmati, dilindungi, diberkati dan dipanjangkan umur agar dapat terus menyumbang kepada tanahair yang tercinta...

Wednesday, April 1, 2009

Kebesaran ALLAH




Untuk Kita Renungkan.

Ahli sains telah membuat satu kajian berkaitan bunyi yang dikeluarkan oleh jantung manusia. Biasanya jantung manusia akan berbunyi seperti berikut “LUB DUB’. Tetapi berdasarkan kajian lanjut, jantung manusia sebenarnya mengeluarkan bunyi seperti berikut “RUB RUB… RUB dalam bahasa Arab bermaksud ‘yang menciptakan segalanya’. Maknanya Maha Pencipta ialah ALLAH. Jadi setiap kali jantung berdenyut, jantung menyebut kalimah ALLAH, ALLAH…… dan lagi satu Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, barang siapa yang mendengar suara AZAN berhentilah daripada membuat apapun sekalipun ianya sedang membaca al-Quran. Barangsiapa yang bercakap ketika AZAN tidak akan dapat melafazkan Kalimah Shahada ketika ajal menjemputnya…Sesungguhnya AZAN merupakan lagu yang tidak akan tamat dinyanyikan selagi umat Islam wujud di muka bumi ini. Laungan AZAN akan berlanjutan dari Subuh ke Isya di seluruh dunia tanpa terhenti sesaatpun. Wallahuallam…

Friday, March 27, 2009

Amalan Sebelum Tidur.



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :1. Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,3. Sebelum para muslim meridloi kamu,4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...."Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )Sekian untuk ingatan kita bersama.* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yanglain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orangyang mengajarnya meskipun dia sudah mati.Wallahualam

Tuesday, March 24, 2009

Anak Malaysia Jangan Bogel Depan Kamera



Caberawitpun heran, lepas satu, keluar lagi satu cerita baru berkaitan kes bergambar seksi depan kamera. Selepas beberapa artis kantoi, YB kantoi dengan isu ini kini giliran pengacara TV popular pula yang kantoi. Caberawit dapat kiriman photo ini daripada seorang teman. Tak kisahlah apa alasan nak diberi untuk gambar seperti ini, koleksi peribadikah atau apa sekalipun tapi jika ianya dah tersebar yang peribadipun dah tak jadi peribadi. Ingatlah wahai anak Malaysia jangan sekali-kali bogel depan kamera sekalipun untuk koleksi peribadi. Manatau satu hari nanti anda menjadi orang terkenal, popular atau orang yang menjawat jawatan penting di manapun. Gambar seperti inilah yang akan menjatuhkan anda jika ianya jatuh kepada lawan anda atau orang yang dengki dengan anda. Sekiranya anda mempunyai boy friend, tunangkah malahan suami janganlah berani mengabadikan diri anda dalam sebarang pos samada dalam kamera, handphone, videocam dan sebagainya. Simpan dalam memori otak anda sudahlah, atau jika dah kemaruk betul setakat depan cermin sudahlah...tapi ingat dalam rumah sendiripun kena berhati-hati mana tau ada orang pasang CCTV ke or webcam ke...hai dunia dah makin maju, macam-macam boleh jadi. Sebagai manusia kadangkala kita leka dalam membuat keputusan, ada yang dibuat on the spot seperti dalam gambar di ataslah, tapi keputusan on the spot itu boleh memalukan anda, kita leka menyimpan koleksi peribadi ini dan akhirnya jatuh ke tangan orang yang mengambil kesempatan dan akhirnya beginilah jadinya. Hubungan kita dengan teman lelaki, tunang malahan suami juga tidak diketahui sempai bila jadi jangan salahkan mereka jika anda telah merelakan gambar anda diabadikan dan disebar. Moral daripada cerita di atas, buat Anak Malaysia Jangan Bogel di Depan Kamera.....

Sunday, March 22, 2009

Pemilihan Agung UMNO

Persidangan UMNO bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Persidangan kali ini penuh dengan cabaran kerana UMNO kelihatan seperti Retak Menanti Belah. Isu rasuah politik mendahului cerita pemilihan tersebut. Dengan beberapa keputusan yang kontrovesi, dapatkah Najib memulihkan UMNO menjadi sebuah parti yang perkasa memperjuangkan orang Melayu dan masih relevan dengan rakyat. Untuk renungan apakah UMNO telah bersedia melakukan perubahan. Bersama ini diturunkan sebuah puisi untuk ahli UMNO yang akan bersidang;
PAK TUA
Kamu yang sudah tua,
Apa khabarmu?
Katanya baru sembuh, katanya sakit,
Jantung, ginjal dan encok, sedikit saraf,
Hati-hati Pak Tua, istirehatlah,
Di luar banyak angin.
Kamu yang murah senyum,
Memegang perut,
Badanmu semakin tambun,
Memandang langit,
Hari menjelang Maghrib, Pak Tua ngantuk,
Isteri manis menunggu, istirehatlah,
Di luar banyak angin.
Pak Tua, sudahlah,
Kami mampu untuk bekerja,
Pak Tua, sudahlah,
Kamu sudah terlihat lelah,
Pak Tua...oh...pak tua...

Tuesday, March 17, 2009

Proton Exora. Ixorakan nama bunga



Saya adalah ribuan orang yang mencuba nasib dalam peraduan menamakan MPV baru keluaran Proton ini. Antara syarat pertandingan ialah nama yang dicadangkan tidak boleh diambil daripada nama BINATANG dan TUMBUH-TUMBUHAN. Itulah antara syarat-syaratnya. So sayapun mencuba mencari nama seperti keluaran Proton sebelum ini Wira, Satria, Perdana, Persona yang memang tiada unsur nama binatang ataupun tumbuhan. Nama yang saya cadangkan tu tak payahlah saya umumkan disini sebab tak terpilihpun. Tapi apa yang menjadi kekesalan saya ialah apabila diumumkan nama MPV ini diakhbar-akhbar ialah Proton Exora 'keriangan keluarga'. Exora diambil daripada nama bunga ixora. Timbul persoalan kenapa nama bunga, bungakan sejenis tumbuh-tumbuhan. Keesokan harinya diakhbar dijelaskan bahawa nama Exora tidak membawa apa-apa maksud, dan menurut panitia pemilihan nama itu dipilih sebab unik dan tiada maksud apa-apa.Itu penjelasan yang diberikan panitia apabila menerima protes daripada orang ramai. Tetapi keputusan adalah muktamad so berkecailah harapan nak memiliki kereta percuma. Tapi yang paling memfrustkan aku nama Exora terlalu dekat dengan aku...nama anakku sendiri Iman Alyia Exora yang sekarang ni dah tahun 4 pun di sekolah rendah...untuk menyenangkan hatiku indak apalah nda dapat Proton Exora, Tuhan dah bagi Iman Alyia Exora kepada ku...

Monday, March 16, 2009

Chong Wei menang akhirnya


Sekalung tahniah buat Chong Wei yang akhirnya berjaya menundukkan Lin Dan 21-16,21-16. Kemenangan Datuk Chong Wei mengubat duka kekalahan Datuk Nicole dan MU ari tu.Dalam sukan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi serta didukung taktik dan skil yang menjadi serta sedikit nasib pasti membawa kejayaan. Cuma yang menjadi keraguan saya ialah siapa pula pengganti Chong Wei, siapa pula pengganti Nicole, seperti belum ada tu! BAM dan persatuan Squash perlu memikirkan untuk mencari pengganti Chong Wei dan Nicole dan bukan mengharapkan mereka berdua bermain mewakili negara hingga berumur 80 tahun kot..Pemilihan pemain pula hendaklah telus, jangan asyik pikir kepentingan diri sendiri dan pemilihan pemain yang ada kaitan kerabat dan macam-macam lagi. Ambil ikhtibar daripada pasukan Bola Sepak kita, pemilihan pemain tidak telus (maklum FAM masih dipimpin oleh orang yang tu juga, kejap boleh pemain import kejap tak boleh, kalau kalah salahkan pemain dan jurulatih, tapi apabila jurulatih baru dilantik, pemain yang disalahkan tu dipilih pula semula..pirrahhhh)Apapun aku mendoakan agar cepatlah muncul pengganti Chong Wei dan Nicole seperti aku mengharapkan muncul pengganti Dr. M dalam pentadbiran negara..Hidup Dr. M...

Akhirnya MU kecundang



Red Devil akhirnya kecundang kepada The Reds 1- 4. Satu keputusan diluar jangkaan.Saya telah menjangkakan MU akan kalah dalam perlawanan ini berdasarkan kemenangan The Reds mengatasi Real Madrid dan kesukaran serta kelekaan barisan Red Devil ketika mengatasi Inter Milan dalam saingan UEFA. Tapi tidak menjangkakan kekalahan sebesar ini.Ramalan saya kalah 0-1 atau 1-2 sahaja. Tetapi kekalahan ini bagi saya kena pada masanya kerana sejak memenangi Piala Dunia (Kelab) MU tak pernah tertewaskan, mempunyai benteng yang sangat utuh. Hal ini menyebabkan pemain mula merasakan mereka amat baik dan konsisten. Nasib baik lah kekalahan ini tidak berlaku di Final Piala FA atau saingan Champion League. Jadi dengan kekalahan ini Chelsea dan Liverpool hanya 4 mata di belakang MU tapi MU tetap memiliki kelebihan kerana memiliki kurang 1 perlawanan. Liverpool bagi saya bukan ancaman utama MU, ancaman utama ialah Chelsea. Liverpool hanya bermain baik apabila berjumpa pasukan yang benar-benar kuat tetapi apabila berjumpa team pertengahan dan dasar liga mereka bermain tak bermaya. Apapun kekalahan ini pasti membuat Sir Alex dan pemain MU perlu bangkit dan sedar bahawa kemenangan dan nasib tidak selalu menyebelahinya.Bangkitlah ketika menjamu Fulham nanti. Glory glory Man United...

Sunday, March 8, 2009

MU terus unggul atasi Fulham 4-0


Man United menang lagi dalam saingan piala FA mengatasi Fulham. Meski turun tanpa kelibat CR7 dan Berbatov, yang pastinya direhatkan menjelang aksi menentang Inter Milan dalam saingan Champion League dan Liverpool dalam aksi liga.Dua gol dari Tevez, masing-masing satu oleh Rooney dan Park Ji Sung membawa Red Devil ke separuh akhir. Kejayaan ini semakin mendekatkan MU dengan satu lagi koleksi piala. Glory glory Man United.
Crita sikit pasal berita kat TV, caberawit sampai naik muak tengok + dengar berita politik tanah air yang tak abis-abisnya.Kemelut di Perak, PPSMI dan macam2 lagi isu yang entah apa-apa sampai berdemonstrasi...sudah-sudahlah tu..di Perak tu senang saja bubar then pilihanraya biar rakyat Perak tentukan. PPSMI tu serah jer kat KPM buat keputusan, kes Kuhan/Kugan ke tu...penjenayah bah itu..ngamlah ditembak senang kerja polis...aik terlebih bah sudah aku ni...

Saturday, March 7, 2009

Akhirnya Datuk Nicole Kecundang di Arena Sendiri



Natalie Grainger muncul juara skuasy wanita Terbuka Kuala Lumpur CIMB selepas menewaskan Nicol David 11-8, 10-12, 11-7, 5-11, 11-6 pada perlawanan akhir di sini, petang tadi. Caberawit ni bukan mahirpun pasal squash ni, pegang raket squashpun tak pernah. Tetapi kekalahan Datuk Nicole tu tak mengejutkan walau di arena sendiri. Sekurang-kurangnya indalah Nicole digelar jaguh kampung. Kekalahan tersebut mungkin akibat tekanan daripada 'local fan' dan harapan kita kekalahan tersebut tidak akan berterusan untuk Nicole. Caberawit cuma risau bila Nicole da bersara nanti siapalah pulak yang menggantikan Datuk kita ni yer...macam tiadapun...Sharon terlalu jauh dengan Nicole...harapan kita agar ada pengganti Datuk Nicole, suruh dia jadisparing partner Nicole hari-hari, lama-lama pandai gak tu...Sebenarnya nak cakap squash lebih2 tak reti pulak kalau bola bolehlah tapi nak cakap pasal bolasepak Malaysia yang hidup segan mati tak mahu ni..caberawit dah malas kerana kepimpinan FAM masih dok orang tu gak, tak sedar diri tak tau malu dan tak mau undur2..asyik2 pemain dan jurulatih saja disalahkan, FAM saja yang benar, try tengok pimpin Team Jepun kah atau Korea Selatan, pasti kedua-dua Team ni akan jadi nombor 167 dan 169 dunia jika FAM yang tadbir jadi tak hairanlah jika rangking negara kita merundum sebab orang2 dalam FAM sendiri semuanya rangking 170-200 time durang skul dulu...he he he..itupun skul orang babal

In Sya Allah

 25 Mac 2024 (14 Ramadan)